Lagu Dondang Sayang khas hari raya


Klip video ini khas untuk semua bagi sambutan hari raya Adilfitri bagi tahun 2020 ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengurus Besar INSWA YBrs. Encik Nurman bin Mohd Baroldin serta warga kerja INSWA. 

Ucapan terima kasih juga buat Penyanyi Dondang Sayang Negeri Melaka iaitu Yasser Fikri Krianys Allan Wan dan YBhg. Datuk Mohd Baharim Bin Sharif yang sudi menjayakan klip video dondang sayang mambo raya INSWA


Sumber : Ismma Ismma (Facebook)

#MengimarahkanSeniBudayadanWarisan
#KitaJagaKita
#NormaBaruKehidupan 
#StayAtHome #DudukRumahJanganMerayau
#PenjarakanJarakSosial
#JagaKebersihan #CegahCovid19 
#BudayaINSWA
#urutankakitanjungrimaudalam

Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia


Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada 9.15 pagi hari Selasa, 12 Mei 2020 di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.

Jenazah Allahyarham Lambak yang telah berusia 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

"Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini," katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi agensi berita, Bernama.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, berumur 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama produk kicap Habhal's . 

Pada November 1981, syarikat ini pernah melantik Jalil Enterprise bagi membekalkan kicap secara kontrak dan apabila perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan Jalil Enterprise mengusahakan produk kicap atas jenama sendiri iaitu Kicap Jalen pada Ogos 1988.

Kredit : 
- Bernama

Iklan tv Kicap Cap Kipas Udang akhir tahun 1980-an.:



Peniaga Johor terjejas ketiadaan bazar dan pelanggan Singapura


Langkah kerajaan Malaysia melarang kegiatan bazar Ramadan tahun ini memberi tamparan hebat kepada para peniaga di Johor.

Ini kerana jumlah pelanggan mereka dari Singapura juga menjunam kerana warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Selama bertahun-tahun lamanya, para pelanggan dari Singapura memang menjadi 'lubuk emas' bagi para peniaga di Johor, kerana mereka banyak berbelanja bagi pelbagai keperluan Ramadan dan Hari Raya.

NIAGA ONLINE RUGI BERBANDING NIAGA BAZAR

Antara pusat yang sering 'diserang' para pelanggan dari Singapura di Johor termasuklah Angsana Mall. Pusat beli-belah itu bagaimanapun sunyi-sepi kali ini.

Selalunya setiap Ramadan keadaan di situ amat sibuk dengan pelbagai kegiatan dan orang ramai mempunyai banyak pilihan juadah berbuka puasa.

Namun pandemik COVID-19 menjejas hebat jumlah pelanggan dalam dan luar negeri.

Bazar Ramadan kini dilarang beroperasi sebagai sebahagian daripada langkah membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Antara peniaga mapan di sana termasuklah Encik Iezla Malik, yang sudah 14 tahun menjual kuih-muih tradisional di bazar Ramadan.

Namun kali ini, beliau hanya bergantung kepada tempahan secara online dan hanya boleh membuat penghantarannya dalam kawasan jarak 10 kilometer.

"Kalau dekat bazar, bukan orang Johor sahaja. Kita ada pelanggan dari Singapura, Kuala Lumpur. Agak rugi sebab apa, kuantiti yang kita buat untuk persiapan bazar, tak sama," keluh Encik Iezla.

"Ada kerugian besar untuk peniaga-peniaga. Suasana bekerja dah tak ada. Semuanya menerusi telefon, WhatsApp, tidak ada 'feel' lagi," tambah beliau.

70% PELANGGAN WARGA SINGAPURA

Ia juga masa-masa sukar bagi tukang jahit bernama Jamil Sukaini. Butiknya yang menjual tempahan baju tradisional Melayu mengalami kerugian besar kerana kedai terpaksa ditutup.

Ini kerana jenis perniagaannya bukan dianggap sebagai perkhidmatan penting dan perlu ditutup buat sementara kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekitar 70 peratus pelanggannya merupakan rakyat Singapura yang tidak dapat masuk ke Malaysia semasa tempoh PKP.

Ditanya tentang reaksi para pelanggan, Encik Jamil menjawab: "Sebenarnya, ada juga yang tanya, telefon, macam mana nak ambil, baju saya dah siap ke belum? Bolehkah Encik Jamil hantar atau poskan? Tapi masalahnya, saya tak boleh nak bagi jawapan yang pasti. Sekarang masih perintah berkurung, antara dua kerajaan pun belum lagi buka sempadan."

Meskipun demikian, Encik Jamil tetap bersikap optimis.

Beliau merancang menjual pakaian yang sudah siap dijahit di wadah online, menyertai ratusan ribu perniagaan lain yang kini sudah mendakap platform digital untuk berniaga.

Kredit :
- Mediacorp Sg
 

Restoran McDonald's pertama Indonesia telah ditutup

Sejarah 29 tahun McDonald's di Jakarta telah berakhir

Telah menjadi "trending" di Twitter, setelah berada pada salah satu sudut pusat perbelanjaan Sarinah Thamrin, Jakarta, sejak 1991, restoran pertama McDonald's di Indonesia telah ditutup. 

Berita ini disahkan oleh pihak McDonald's Indonesia. Dalam kenyataan rasmi mereka, McDonald's Indonesia terpaksa menutup restoran pertamanya di Indonesia itu atas permintaan pengurusan gedung Sarinah melalui surat rasmi yang diterima oleh pihak McDonald's Indonesia pada Jumaat, 1 Mei 2020. 

Pihak pengurusan gedung Sarinah akan melakukan renovasi dan mengubah strategi perniagaan pada bangunan milik pemerintah tersebut. 



Berakhirnya operasi McDonald's di Jakarta

Kredit Foto dan teks : 

- McDonalds Sarinah Thamrin, Jakarta Pusat (Twitter & Instagram) 
- Google image


Covid 19 : Pemasangan kawad berduri di Petaling Jaya


Pemasangan kawad duri dilaksanakan oleh ATM bermula tengah malam, 9 Mei 2020 di Jalan Othman Petaling Jaya Old Town, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman daripada pihak berkuasa, sama ada kawasan berkenaan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau bentuk kawalan lain.

Tinjauan mendapati, banyak laluan sekitar kawasan itu sudah dipasang kawat duri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain sekatan jalan raya oleh polis.





Kawasan terbabit sebelum ini menjadi tumpuan kerana pasar basah yang terletak dekat Jalan Othman dikenal pasti antara kluster penularan wabak COVID-19. Selain kawat duri dipasang sekitar pasar berkenaan, pemasangan turut meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 4 PJ Old Town.

Pada 5 Mei 2030 lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata 24 kes COVID-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya.

Beliau berkata, 23 kes direkodkan di Pasar Besar Jalan Othman dan satu kes di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya.

Semalam, Bilik Gerakan COVID-19 Selangor, melaporkan sembilan kes baharu dicatatkan dalam daerah Petaling, manakala satu di Gombak.

"Pertambahan 10 kes itu menjadikan jumlah terkini pesakit COVID-19 di Selangor ialah 1,596 dengan 206 kes aktif.

"Seramai 1,328 pesakit pulih dan dibenar keluar hospital manakala jumlah kematian kekal 20 orang," katanya.





#Inforoadblock #sekatanjalanraya #covid19  #petalingjaya

Sumber teks berita dari : BH Online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan