Bayi penghidap penyakit ‘Germ Cell Tumor’ semakin pulih


Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London, semakin hari semakin baik.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, doktor yang merawat anaknya itu memaklumkan perkembangan positif keadaan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah.

“Sekarang ini doktor nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebooknya beberapa hari yang lepas.

Ahmad Safiuddin juga mengharapkan agar semua mendoakan bayinya itu agar berjaya melepasi ujian seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya melepasi ujian seterusnya ya! Insya-ALLAH, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan izin-NYA,” katanya.

Ainul Mardhiah bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, berlepas ke United Kingdom malam Jumaat lalu.

Semasa Ainul Mardhiah menanti masa untuk pembedahan sambil ditemani bapa dan ibunya

Senyuman Ainul Mardhiah selepas pembedahan




Kredit kepada : Ku Lihat Langit Biru

Mas Kahwin dan Wang Hantaran : ada yang keliru ?


Ada yang masih keliru tentang perbezaan Wang hantaran dan mas kahwin. Pada pasangan yang bakal berkahwin anda perlu tahu kedua-duanya mempunyai perbezaan. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.

Di sini kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih bujang mudah memahami maksud sebenar.

Wang hantaran

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga.

Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Mas kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri.

Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4 ;

Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik...”

(An nisa : 4)



Sumber : Baitulmuslim

Keputusan Kelayakkan Piala Dunia FIFA 2022 - Malaysia lwn Timor Leste (7 Jun 2019)


Berikut adalah keputusan perlawanan Kelayakkan Piala Dunia FIFA 2022, Pusingan Pertama antara Malaysia menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah berlangsung pada 7 Jun 2019 :

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia 7 - 1 Timor Leste

12' Corbin Ong (Malaysia)
23' Shahrel Fikri  (Malaysia)
43' Norshahrul Idlan Talaha  (Malaysia)
45' + 1' Safawi Rashid  (Malaysia)

52' Freitas (Timor Leste)
59' Safawi Rashid  (Malaysia)
78' Faiz Nasir  (Malaysia)
89' Akhyar Rashid  (Malaysia)



Video Alif Satar bertakbir raya dengan banduan akhir



Alif Satar mempunyai pengalaman yang paling terkesan sepanjang hidupnya yang membuka matanya hatinya .

Beliau mempunyai peluang untuk Bertakbir Raya dengan "Banduan Akhir" di penjara Sungai Buloh. Ia adalah suatu perasaan yang bercampur baur, tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh beliau.

Dalam rakaman video ini, Alif Satar duduk bertakbir raya bersama Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai penjara dan banduan yang bakal dikenakan hukuman mati.

Bagi banduan berkenaan, Syawal ini adalah raya terakhir dalam tahun ini yang disambut oleh mereka.

Betapa syahdunya sehingga Alif Satar mengalirkan air mata di dalam majlis berkenaan.


Kredit : Alif Satar Youtube

Keputusan Liga Super Malaysia : 24 Mei 2019

Satu perlawanan berlangsung pada malam ini (24/05/2019, 9.30 malam) untuk pusingan ke 15 Liga Super Malaysia, melibatkan Terengganu FC dan Selangor.

KEPUTUSAN PENUH

Terengganu FC 1 - 0 Selangor
90+ 1' Sarkunan Krishnansamy (gol sendiri Selangor)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan