Video larian emas Khairul Hafiz Jantan | Olahraga Sukan SEA 2017


Juara acara pecut 100 meter lelaki telah menjadi milik Khairul Hafiz Jantan dari Malaysia. Beliau menjadi sandaran Malaysia dalam merangkul pingat emas dalam acara olahraga ini dan kemenangan pada 22 Ogos 2017 telah menobatkan beliau sebagai Raja Pecut Asia Tenggara yang termuda dalam sejarah 


Khairul Hafiz Jantan telah mencatat masa larian iaitu 10.38 saat bagi menambah koleksi emas untuk kotinjen Malaysia.

Berikut adalah rakaman video dari Astro dalam acara akhir 100 meter lelaki Sukan SEA 2017 :


Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia - Syria | 22 Ogos 2017


Stadium Hang Jebat, Melaka, 8.45 malam

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 1 - 2 SYRIA

Syria 81'
Syria 83'
Malaysia 90+'


#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Myanmar (21 Ogos 2017)


Pasukan bola sepak umur bawah 23 tahun Malaysia telah meneruskan cabaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada hari Isnin, 21 Ogos 2017 dengan menentang Myanmar bagi perlawanan ketiga peringkat kumpulan A di Stadium Shah Alam, Selangor.

Malaysia dan Myanmar telah layak ke peringkat separuh akhir.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA  3  - 1  MYANMAR

N.Thanabala (Malaysia) 33'
Safawi Rashid (Malaysia) 34'
N.Thanabala (Malaysia) 81'
Than Paing (Myanmar) 85'

Resipi Kuih Dangai


Dibakar dalam acuan kuih kemboja / kuih bakar. Ia sangat enak apabila dimakan ketika masih terasa panas.

Bahan-bahan :

  • 6 cawan kelapa
  • 2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cwn gula
  • Sedikit garam


Cara membuat :

Gaul semua bahan hingga sebati

Tekan sikit masuk dalam loyang atau acuan.

Bakar dalam oven bersuhu 160 celcius selama 30 ke 40 minit.



Kredit : Nur Aisya (Masak apa hari ni)

Resipi Mee Goreng Basah



Bahan bahan :
  • 500 gram mee kuning
  • 100 gram isi sotong& udang - potong kecil
  • 2 biji telur - pukul rata
  • 1 biji buah tomato - potong kasar
  • 3-4 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang merah - hiris halus
  • 1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Garam
  • 1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu
  • Minyak


Bahan tabur :
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Bawang goreng


Cara cara memasak :

Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Masuk isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan semangkuk air untuk memasak ayam.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati.

Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.

Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng.


Kredit pada : Azie Kitchen


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan