Resipi Takoyaki


Takoyaki merupakan ringan dari negara Jepun berbentuk bebola yang berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali khas takoyaki.

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1 1/2 cawan air
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit garam

Campur semua bahan dan kacau sebati.

Bahan inti :

- Isi ayam, sotong, udang, sosej yg direbus (dipotong kecil²) terlebih dahulu

- Kobis dicincang halus
Daun bawang dihiris halus

Cara memasak :

- Panaskan kuali acuan takoyaki. Jika tiada, anda boleh juga gunakan acuan kuih cara.

- Masukkan adunan tepung ke dalam acuan hingga penuh semua permukaan.

- Letakkan inti dan sayur.

- Gunakan lidi satey untuk memusingkan takoyaki.

- Buatkan separuh bulat hingga garing dan pusingkan lagi hingga menjadi bulat sepenuhnya.

- Apabila sudah garing, keluarkannya dari acuan dan letak mayonese atau sos takoyaki dan taburkan serbuk kepingan ikan (bonito) yang boleh di dapati di Pasaraya Aeon (Jusco)


Kredit : Nor Juairiah Rashid‎ 

Separuh Akhir Pertama : Piala FA Malaysia ( Pahang - Negeri Sembilan )

30 April 2017 | 9.00 malam
Stadium Darul Makmur

Keputusan perlawanan :

PAHANG  1  -  0  NEGERI SEMBILAN

80' Pahang

Separuh Akhir Pertama : Piala FA Malaysia ( Kedah - Terengganu )

30 April 2017 | 9.00 malam
Stadium Darul Aman

Keputusan perlawanan :

KEDAH  1  -  0  TERENGGANU

72' Kedah
78' kad merah (Terengganu)

Sebelas kaum yang sudah dibinasakan Allah SWT


Berikut merupakan maklumat mengenai 11 kaum (bangsa) yang telah dibinasakan Allah SWT secara terus (cash) setelah mengingkari dakwah Nabi masing-masing.

1-KAUM NABI NUH AS
•Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun,namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. 

Lalu,Allah SWT mendatangkan banjir besar yang
kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh.

(QS Al-Ankabut : 14).

2-KAUM NABI HUD AS
•Nabi Hud AS diutus kepada kaum Ad.
Namun mereka mendustakan kenabian Nabi Hud.

Allah SWT lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa.

(QS Attaubah:70, Alqamar:18, Fushshilat:13, Annajm:50, Qaaf:13).

3-KAUM NABI SALEH AS
•Nabi Saleh diutuskan Allah SWT kepada kaum Tsamud.
Nabi Saleh diberi mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu.

Namun,kaum nya telah membunuh unta betina tersebut sehingga Allah SWT murka dan menimpakan azab kepada mereka.

(QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4-KAUM NABI LUTH AS
•Kaum Nabi Luth terkenal dengan perbuatan songsang.
Mereka mengamalkan hubungan dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi peringatan,mereka tetap enggan bertaubat.

Allah SWT akhirnya menurunkan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka.

Kaum Nabi Luth ini akhirnya mati tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.

(QS Alsyuaraa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Al furqan: 38, Qaf: 12)

5-KAUM NABI SYUAIB AS
•Nabi Syuaib di utuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan.

Mereka sering menipu membabitkan timbangan, sukatan dan sebagainya dalam urusniaga jual beli mereka.

Allah SWT telah menimpakan azab berupa hawa panas yang terlampau.

Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, ianya tidak mampu menghilangkan rasa panas tersebut dan akhirnya binasa.

(QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah.

Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun.

Kaum ini menurut sbahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah).

(QS AlHijr: 78, Alsyuaraa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6-FIRAUN
•Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah SWT mengutus Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. 

Namun,Firaun malah mengaku pula sebagai tuhan. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya Allah SWT peliharakan sbg peringatan.

Hingga kini kita masih boleh melihat jasadnya di muzium mumia,Mesir.

(Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7-Ashab Al-Sabt.
•Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah,Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.

Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya.

Mereka meminta kepada Allah agar menukar hari untuk beribadah pada hari lain, selain Sabtu.

Kaum ini dibinasakan dengan cara dilaknat Allah SWT menjadi kera yang hina.

(QS Al-Araaf: 163).

8-Ashab Al-Ukhdud
•Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah termasuk rajanya.

Kaum ini telah menyeksa dan membunuh sekelompok golongan orang yang beriman.

Golongan yg beriman ini telah di campakkan ke dalam parit yang telah dibakar,termasuk seorang wanita yang sedang hamil.

Mereka dikutuk dan di laknat oleh Allah SWT.

(QS Alburuuj: 4-9).

9-Ashab Al-Qaryah
•Menurut sebahagian ahli tafsir,Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.

Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.

(QS Yaasiin: 13).

10-Kaum Tubba’
•Tubaa adalah nama seorang raja berbangsa Himyar yang beriman.

Namun,kaumnya ingkar kepada Allah hingga melampaui batas.

Maka, Allah SWT telah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka adalah sangat maju.

Salah satunya adalah bendungan (terusan) air.

(QS Addukhan: 37).

11-Kaum Saba
•Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohon dan tanaman subur.

Namun mereka enggan beriman kepada Allah SWT walau sudah di beri peringatan oleh Nabi Sulaiman AS. 

Akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka dengan banjir besar (Al-Arim).
(QS Saba: 15-19).

Wallahua'lam bis sawab

Sumber asal : bulletinmedia
Kredit          : ziefenz ziee

Syarat permohonan myPRIHATIN - JPJ


Program myPRIHATIN adalah  program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bermatlamat membantu golongan rakyat di bandar yang berpendapatan kurang RM3900.00 untuk memiliki lesen dengan harga lebih murah iaitu RM100.00.

Berikut merupakan syarar permohonan program berkenaan :

1- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)
2- Umur 16 tahun ke atas
3- Miskin bandar yg Isi rumah RM3000 ke bawah
4- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu

Buat masa ini di laksanakan WP Kuala Lumpur dan masa akan datang akan dibuat di empat bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Program ini akan diperluaskan ke negeri lain  dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

NOTA PENTING : calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.

#myPRIHATIN
#JPJMalaysia
#rakyatdidekatiJPJdisenangi

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan