Wira perlawanan akhir Piala Malaysia menandatangani kontrak baru


Seperti status di Twitter Ahmad Hazwan Bakri, wira Selangor pada final Piala Malaysia, telah menandatangani kontrak baru dengan Red Giants.  

Tidak sampai 24 jam selepas menjaringkan dua gol yang membantu Selangor mengangkat gelaran Juara Piala Malaysia kali ke 33, yang telah lama ditunggu-tunggu pada hari Sabtu lalu, penyerang kelahiran Labuan telah dipetik oleh laman web rasmi Selangor sebagai berkata bahawa beliau telah menandatangani kontrak baru untuk musim 2016.

"Kontrak saya dengan Selangor bakal berakhir pada tahun 2015, tetapi saya telah menandatangani kontrak baru yang akan melihat saya tinggal di Selangor untuk musim akan datang," kata penyerang berusia 24 tahun itu.

Beliau menyertai Selangor pada awal musim 2014 apabila beliau meninggalkan program Harimau Muda yang sebelum itu beliau telah bermain untuk Kuala Lumpur sehingga tahun 2012. 

Pada musim Piala Malaysia yang baru berakhir, Hazwan menjaringkan empat gol termasuk dua gol pada perlawanan akhir. Baru-baru ini, sebelum Suku Akhir Piala Malaysia, Hazwan telah menjadi perhatian ramai apabila beliau menyertai semula pasukannya di Kuching untuk menghadapi Sarawak selepas perkahwinannya, dan menangguhkan bulan madu beliau.


Lirik Lagu Ayda Jebat - Siapa Diriku


Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Ku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku… 2x

Ku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu, jangan cepat nak labelku

Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkanku
Tinggalkanku seribu batu
Aku, masih di hadapanmu

Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Ku hanya manusia biasa
Kita tak sempurna

Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kata I love you

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku




Lirik Lagu Najwa Latif - Suatu Hari Nanti


Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doaku untukku
Setiap doaku untukmu

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Tadi pagiku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa
Bawaku bawa
Semuaku sayangku bawa

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Siapa yang halau
Dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut
Hantar aku ke hujung

Lambai selagiku wujud
Senyum selagiku berdiri
Senyum selagiku berjanji

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya

Satu hari nanti
Aku kan bebas
Ay ya ya ya
Dan pada oh hari itu
Dengar aku nyanyikan
Ay ya ya ya




Gambia kini negara Islam


BANJUL: Presiden Gambia, Yahya Jammeh telah mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya. Negara kecil yang dinamakan sempena satu sungai yang pernah digunakan kapal British membedil meriam bagi meluaskan sempadan negara itu, akan menyertai negara republik Islam lain seperti Iran dan Afghanistan. 

"Sejajar dengan nilai dan identiti negara, saya mengisytiharkan Gambia sebagai sebuah negara Islam," kata Jammeh dalam siaran televisyen di seluruh negara. "Sempena penduduk majoriti negara ini beragama Islam, Gambia tidak dapat meneruskan lagi legasi sebagai negara kolonial," katanya. 

Penduduk Gambia kini berjumlah 1.8 juta dengan 95 peratus adalah beragama Islam. Jammeh berkata, penduduk yang menganut agama selain Islam masih bebas meneruskan agama masing-masing. 

Jammeh, yang terkenal sebagai seorang pemidato hebat, memiliki reputasi yang tinggi sejak menjadi presiden selama 21 tahun dengan membuat kejutan mengumumkan Gambia keluar dari Komanwel pada 2013. Pada tahun 2007, beliau mendakwa negara itu menemui ubat herbal untuk mengubati penyakit AIDS. - AFP

BANJUL: Presiden Gambia, Yahya Jammeh hari ini mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya. Negara kecil yang dinamakan sempena satu sungai yang pernah digunakan kapal British membedil meriam bagi meluaskan sempadan negara itu, akan menyertai negara republik Islam lain seperti Iran dan Afghanistan. "Sejajar dengan nilai dan identiti negara, saya mengisytiharkan Gambia sebagai sebuah negara Islam," kata Jammeh dalam siaran televisyen di seluruh negara. "Sempena penduduk majoriti negara ini beragama Islam, Gambia tidak dapat meneruskan lagi legasi sebagai negara kolonial," katanya. Penduduk Gambia kini berjumlah 1.8 juta dengan 95 peratus adalah beragama Islam. Jammeh berkata, penduduk yang menganut agama selain Islam masih bebas meneruskan agama masing-masing. Jammeh, yang terkenal sebagai seorang pemidato hebat, memiliki reputasi yang tinggi sejak menjadi presiden selama 21 tahun dengan membuat kejutan mengumumkan Gambia keluar dari Komanwel pada 2013. Pada tahun 2007, beliau mendakwa negara itu menemui ubat herbal untuk mengubati penyakit AIDS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104332
BANJUL: Presiden Gambia, Yahya Jammeh hari ini mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya. Negara kecil yang dinamakan sempena satu sungai yang pernah digunakan kapal British membedil meriam bagi meluaskan sempadan negara itu, akan menyertai negara republik Islam lain seperti Iran dan Afghanistan. "Sejajar dengan nilai dan identiti negara, saya mengisytiharkan Gambia sebagai sebuah negara Islam," kata Jammeh dalam siaran televisyen di seluruh negara. "Sempena penduduk majoriti negara ini beragama Islam, Gambia tidak dapat meneruskan lagi legasi sebagai negara kolonial," katanya. Penduduk Gambia kini berjumlah 1.8 juta dengan 95 peratus adalah beragama Islam. Jammeh berkata, penduduk yang menganut agama selain Islam masih bebas meneruskan agama masing-masing. Jammeh, yang terkenal sebagai seorang pemidato hebat, memiliki reputasi yang tinggi sejak menjadi presiden selama 21 tahun dengan membuat kejutan mengumumkan Gambia keluar dari Komanwel pada 2013. Pada tahun 2007, beliau mendakwa negara itu menemui ubat herbal untuk mengubati penyakit AIDS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104332

Video gol Final Piala Malaysia 2015

 

Kerajaan Negeri Selangor menikmati cuti umum pada Isnin selepas skuad bola sepak negeri itu, The Red Giants muncul juara Piala Malaysia 2015, di Stadium Shah Alam, yang bermula pada 8.45 malam, 12 Disember 2015. 

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada sidang media selepas berakhirnya perlawanan berkenaan. Pasukan Selangor disahkan sebagai juara selepas menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi final berkenaan. 


 
2         -         0

"Tahniah kepada seluruh pasukan, pengurusan dan juga pemain. Selepas diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kita umumkan Isnin sebagai cuti umum. "Saya harap, kejayaan ini dapat terus dikekalkan pada saingan akan datang," katanya. 

Kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 itu sekali gus juga mencapai sasaran Misi 33 Selangor yang dilancarkan empat tahun lalu. Kali terakhir The Red Giants menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2005.

Video perlawanan peringkat akhir Piala Malaysia 2015 :




PEMAIN Selangor gembira atas kejayaan menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 hasil dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada aksi final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam. - Foto Hasriyasyah Sabudin





Sumber :  BHOnline




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan