Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di
Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria juga salah
seorang ahli kumpulan Jambu / Virus, menerusi laman Instagram miliknya dengan status berikut :
“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah
kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang akibat sesak
nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,”
Difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus,
dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program "Raja Band" di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini pernah
menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada tahun 2001 sebelum mula menyerlah namanya dalam bidang komedi apabila diumumkan juara
program Raja Lawak, terbitan Astro musim pertama pada tahun 2007.
Jenazah Yus dikatakan telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Antara rakan artis dan kenalan yang datang ke Hospital Selayang bagi menziarahi jenazah arwah Yus.
Sumber berita : Instagram Tauke Jambu
Sumber gambar : Google Image