Sidang meja bulat pembangkang usaha selamatkan Malaysia



Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pertemuan sidang meja bulat parti pembangkang esok (hari ini, 22 September 2015) bukan hanya untuk mewujudkan permuafakatan politik.

Bercakap dalam satu kenyataan, Anwar berkata pertemuan tersebut adalah usaha dan langkah yang penting untuk menyelamatkan Malaysia.

"Tujuan pertemuan ini bukan hanya untuk mewujudkan muafakat politik; usaha kita lebih dari itu, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Ini merupakan langkah awal yang penting bagi mewujudkan muafakat yang melibatkan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang amat diperlukan demi membawa perubahan kepada negara," Kata beliau melalui satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini.

Katanya, walaupun berada di penjara namun beliau tetap bimbang dalam pelbagai isu yang melanda negara.

"Saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan."

Anwar turut menasihatkan dalam keadaan genting ini, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan maju ke hadapan.

"Ini untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya lagi.

PAS hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok (hari ini, 22 September 2015).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.

Malah PAS turut mendakwa mendapat tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan terlalu pendek.


Rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang baharu di Subang Jaya hari ini. Dihadiri pimpinan parti-parti pembangkang, NGO dan individu-individu.




Keprihatinan Raja Salman terhadap mangsa kemalangan di Mekah



Umumnya mengetahui tragedi kren tumbang yang berlaku di Masjidilharam, Makkah pada Jumaat kira-kira pukul 5 petang waktu Arab Saudi (10 malam waktu Malaysia).

Susulan dari tragedi kren tumbang, Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi umumkan :-

1. Bayar pampasan Riyal 1 juta ( = RM 1.14 juta) bagi waris si mati.

2. Bayar pampasan Riyal 1 juta bagi yang cedera dengan yang sebabkan kecacatan kekal.

3. Bayar pampasan riyal 500 ribu ( = RM573 ribu) bagi cedera yang lain.

4. Raja berikan jemputan khas seramai 2 orang dari waris si mati untuk tunai haji jemputan Diraja tahun 1437 H.

5. Membenarkan semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.

6. Benarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga pulang.

7. Syarikat pembinaan Ben Laden (pemilik kren dan projek), digantung dari semua yang sedang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi SEHINGGA semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang.

Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.

8. Dilarang semua anggota pekerja projek yang terbabit dari tinggalkan Saudi sehingga semua siasatan tamat.


*Terjemahan ringkas oleh https://www.facebook.com/DrZaharuddin

Sumber : www.alriyadh.com/1082991

Muhyiddin Yassin : International Joke dari Ahmad Maslan


Dalam video ini adalah memaparkan maklumbalas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Ahmad Maslan berkaitan ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu ketika merasmikan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, mengenai "kalau besok pilihanraya, Barisan Nasional akan kalah....".

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.






Panduan Senaman FIT30 : Doktor Hidayat


APA YANG BAKAL ANDA DAPAT DENGAN PROGRAM FIT30?



PANDUAN SENAMAN FIT30 (NILAI RM47)

Di dalam panduan ini anda akan mendapat jadual program FIT30 selama 30 hari dan senaman-senaman yang perlu anda lakukan untuk di dalam Program FIT30. Program senaman ini akan menjadi lebih mudah dengan jadual yang Doktor Hidayat berikan.


DIET DAN NUTRITION DALAM PROGRAM FIT30

Di dalam bahagian ini Doktor Hidayat akan berikan anda 5 Formula Diet di dalam Program FIT30. Setiap program diet mempunyai 5 formula yang perlu anda pegang untuk anda turunkan berat. Anda amalkan 5 formula ini, anda akan menurunkan berat badan jauh lebih pantas!


20 VIDEO SENAMAN HARDCORE!

20 contoh video ini adalah kunci kepada anda untuk menurunkan berat! Doktor Hidayat mengajar anda satu persatu bagaimana untuk melakukan senaman tersebut.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat pembelian? Klik pautan berikut :




Resipi Lasagna


SEJARAH LASAGNA

Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua daripadanya menyatakan bahawa ia adalah hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (Laganon) iaitu kunci kira-rata doh pasta yang dipotong menjadi jalur. Perkataan (lagana) masih digunakan dalam bahasa Yunani bermaksud sejenis rata nipis roti yang tidak beragi.

Teori lain adalah lasagna merupakan perkataan yang berasal dari Yunani (lasana) atau (lasanon) yang bermaksud "tatakan kaki tiga atau stand for periuk", "ruang periuk". Orang-orang Rom meminjam perkataan sebagai "lasanum", yang bermaksud "periuk" dalam bahasa Latin. Orang-orang Itali menggunakan perkataan untuk merujuk kepada hidangan di mana lasagna dibuat. Kemudian nama makanan mengambil nama pinggan hidangan.

Teori ketiga telah dicadangkan ialah hidangan ini merupakan satu perkembangan Bahasa Inggeris resipi abad ke-14 "Loseyn" seperti yang diterangkan dalam Forme of Cury, buku memasak ini digunakan semasa pemerintahan Richard II. Walau bagaimanapun, teori ini masih menjadi perbalahan kerana ia boleh dikatakan bahawa tomato adalah asas ramuan lasagna. 

Ia tidak tiba di Eropah sehingga selepas Columbus sampai ke Amerika pada tahun 1492 (Perbincangan terawal tomato dalam kesusasteraan Eropah muncul dalam herba yang ditulis pada tahun 1544 oleh Pietro Andrea Mattioli manakala buku masakan terawal yang ditemui dengan resipi tomato telah disiarkan dalam Naples dalam 1692, walaupun penulis telah menampakkannya mendapat resepi dari sumber-sumber  di Sepanyol.


Resipi Lasagna

Bahan - Bahan

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery - Saya tak letak
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • Capsicum merah dan hijau (dihiris)
  • Chicken cubes untuk perasa tambahan
  • Sebiji bawang holland - saya tambah


Cara Penyediaan

  • Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan