Resipi Lasagna


SEJARAH LASAGNA

Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua daripadanya menyatakan bahawa ia adalah hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (Laganon) iaitu kunci kira-rata doh pasta yang dipotong menjadi jalur. Perkataan (lagana) masih digunakan dalam bahasa Yunani bermaksud sejenis rata nipis roti yang tidak beragi.

Teori lain adalah lasagna merupakan perkataan yang berasal dari Yunani (lasana) atau (lasanon) yang bermaksud "tatakan kaki tiga atau stand for periuk", "ruang periuk". Orang-orang Rom meminjam perkataan sebagai "lasanum", yang bermaksud "periuk" dalam bahasa Latin. Orang-orang Itali menggunakan perkataan untuk merujuk kepada hidangan di mana lasagna dibuat. Kemudian nama makanan mengambil nama pinggan hidangan.

Teori ketiga telah dicadangkan ialah hidangan ini merupakan satu perkembangan Bahasa Inggeris resipi abad ke-14 "Loseyn" seperti yang diterangkan dalam Forme of Cury, buku memasak ini digunakan semasa pemerintahan Richard II. Walau bagaimanapun, teori ini masih menjadi perbalahan kerana ia boleh dikatakan bahawa tomato adalah asas ramuan lasagna. 

Ia tidak tiba di Eropah sehingga selepas Columbus sampai ke Amerika pada tahun 1492 (Perbincangan terawal tomato dalam kesusasteraan Eropah muncul dalam herba yang ditulis pada tahun 1544 oleh Pietro Andrea Mattioli manakala buku masakan terawal yang ditemui dengan resipi tomato telah disiarkan dalam Naples dalam 1692, walaupun penulis telah menampakkannya mendapat resepi dari sumber-sumber  di Sepanyol.


Resipi Lasagna

Bahan - Bahan

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery - Saya tak letak
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • Capsicum merah dan hijau (dihiris)
  • Chicken cubes untuk perasa tambahan
  • Sebiji bawang holland - saya tambah


Cara Penyediaan

  • Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.



Komen Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai pemecatan TPM dan Naib Presiden UMNO


Video ini merakamkan komen dari bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai sesuatu yang berani demi melanjutkan hayat atau 'survival' politiknya.


Video pengakuan Muhyiddin Yassin mengenai wang RM2.6 billion



Dalam negara kita dilanda malapetaka seperti kehilangan dan kemalangan kapal terbang, isu jet peribadi, skandal dana 1MDB dan pelbagai lagi, di dalam kita masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Seperti biasa, apabila sudah dipecat, barulah akan keluar cerita belakang tirai pemimpin tertentu. Video ini memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengakuan mengenai wang berjumlah RM2.6 billion di hadapan beberapa orang yang dipercayai slaah seorang daripada mereka pernah menjawat jawatan sebagai menteri suatu ketika dahulu.



Marilah kita sama-sama berdoa pada tiap sujud dan selepas solat agar Malaysia tidak menjadi seperti negara lain yang dilanda peperangan dan kemusnahan akibat dari kerakusan manusia dalam perebutan kuasa dan semoga Malaysia dan umat Islam keseluruhannya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Resipi Kek Kukus Pelangi



Kek Kukus Pelangi

Bahan-bahan :

5 biji telur grade A - dari peti ais
200 gram gula kastor
220 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan yang yang mengikut warna pelangi

Cara Membuat :

1. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. Alas loyang persegi dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.

2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak dan pewarna masakan.

3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 - 6 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.

4. Sudukan adunan berselang seli warna secara bertompok-tompok dan lorek dengan dengan lidi sate dan kukus selama 5 - 7 minit dengan api perlahan.

5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus lagi. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit dan tutup penutup kukusan dengan kain bersih.

6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian dibalikkannya supaya kek sejuk sepenuhnya


Kenyataan media Muhyiddin Yassin




KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

27 Julai 2015


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan