Bisnes sampingan yang menyeronokkan


Secara rasminya saya adalah usahawan dalam bidang ICT dan pendidikan, namun demi mencari pengalaman dan kelainan, saya menyertai Teras Unggul Success secara "part time".  

Teras Unggul Success adalah perniagaan milik Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad iaitu Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Negeri Melaka yang menawarkan perkhidmatan urutan tradisional serta jualan produk berasaskan akar kayu dan tumbuhan herba dengan resipi turun temurun keluarga beliau.

Teras Unggul Success menjalankan perkhidmatannya di Pasar Tani sekitar Melaka.  Berikut adalah jadual promosinya  :

Isnin : Durian Tunggal (Petang)
Selasa : UTC Melaka (setiap tengah dan hujung bulan - Pagi)
Rabu : Jasin (Pagi) dan Seri Pengkalan (Petang)
Khamis : Selandar (Pagi)
Jumaat : Lubuk Cina (Petang)
Sabtu : Masjid Tanah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)
Ahad : Alor Gajah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)

Lain-lain kawasan bergantung pada permintaan atau terdapat penganjuran acara tertentu.

Pada fikiran saya dengan membuat "part time" khidmat mengurut dan jualan produk akar kayu serta herba, saya lebih dekat dengan akar umbi rakyat, dapat cuba memahami masalah dan keperluan rakyat. 

Secara tak langsung dapat peluang untuk mempromosikan bisnes Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang saya anjurkan.  Selain itu dapat juga menikmati dingin angin pantai apabila membuat promosi di kawasan berkenaan.


Antara produk dari Araz Success dan Teras Unggul Success iaitu Jus Penawar Rimba, Minyak Lintah Gunung serta Minyak Urut D'Cas



Bergambar bersama DJ Melaka FM


Semalam (25 April 2015) saya bergambar bersama DJ Izat dari Melaka FM semasa di khemah utama di Karnival Hari Peladang Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat Negeri Melaka. Berlangsung di R & R Sungai Rambai. Masa ni tengah menanti giliran untuk pertandingan saringan karaoke anjuran Jabatan Perikanan.

Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat Negeri Melaka ini bermula pada 24 hingga 26 April 2015.

Kenapa MBO dan Melaka Mall begitu?

(Sumber gambar di atas dari : en.itravelkaki.com)
Pada 11 April 2015, saya telah berkunjung ke Melaka Mall untuk menonton filem Fast And Furious 7 (FF7) di MBO Cineplex.  Seperti yang sedia maklum, Melaka Mall dilihat sebagai pusat beli belah yang suram dan hanya beberapa perniagaan sahaja yang dapat bertahan dalam menjalankan perniagaan di sini dan menjadi nyawa Melaka Mall.

Pertama, saya nak cerita mengenai kemudahan yang disediakan oleh MBO. Suasana panggung wayang yang selesa dengan suhu yang bersesuaian menjadikan ia sebagai tempat lepak yang agak baik. Namun yang mengecewakan ialah kemudahan tandas yang lebih teruk dari tandas di Melaka Sentral.

   

Kedua, kebocoran pada bumbung Melaka Mall apabila hujan. Sesudah habis menonton filem FF7 yang hebat, saya berjalan di ruang legar bagi meninjau kemudahan yang ada di bangunan ini. Boleh dikatakan suasana di sini tidaklah mencapai tahap "best".  Suasana agak suram (tak meriah) dan yang paling tidak disangka, bumbungnya bocor dan air menitis apabila hujan turun.

   



*bangunan ini pernah meriah di awal pembukaannya iaitu semasa bangunan ini dinamakan sebagai Kota Mas.


Naikkan gaji pekerja : CEO potong gaji sendiri



Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit yang bertempat di Seattle, Amerika Syarikat, memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.

Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.

"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut," beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.

Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.

"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.

Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.

Sumber : Sinar Harian


*CEO di Malaysia bagaimana pula....?


Melawat Datuk Haji Abu Dolah di Selandar



Pada 9 April 2015 saya telah melawat Yang Bahagia Datuk Haji Abu Dolah Bin Hitam, iaitu Pengerusi JKK Selandar, Melaka dan pegawai khas kepada presiden Dunia Melayu Dunia Islam sempena hari ulang tahun kelahiran beliau. Turut ada bersama ialah Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka, Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad (a.k.a Castelo).



Semoga Allah SWT merahmati kehidupan YB Datuk Haji Abu Dolah serta diberkati sepanjang usia olehNya.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan