Bisnes sampingan yang menyeronokkan


Secara rasminya saya adalah usahawan dalam bidang ICT dan pendidikan, namun demi mencari pengalaman dan kelainan, saya menyertai Teras Unggul Success secara "part time".  

Teras Unggul Success adalah perniagaan milik Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad iaitu Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Negeri Melaka yang menawarkan perkhidmatan urutan tradisional serta jualan produk berasaskan akar kayu dan tumbuhan herba dengan resipi turun temurun keluarga beliau.

Teras Unggul Success menjalankan perkhidmatannya di Pasar Tani sekitar Melaka.  Berikut adalah jadual promosinya  :

Isnin : Durian Tunggal (Petang)
Selasa : UTC Melaka (setiap tengah dan hujung bulan - Pagi)
Rabu : Jasin (Pagi) dan Seri Pengkalan (Petang)
Khamis : Selandar (Pagi)
Jumaat : Lubuk Cina (Petang)
Sabtu : Masjid Tanah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)
Ahad : Alor Gajah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)

Lain-lain kawasan bergantung pada permintaan atau terdapat penganjuran acara tertentu.

Pada fikiran saya dengan membuat "part time" khidmat mengurut dan jualan produk akar kayu serta herba, saya lebih dekat dengan akar umbi rakyat, dapat cuba memahami masalah dan keperluan rakyat. 

Secara tak langsung dapat peluang untuk mempromosikan bisnes Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang saya anjurkan.  Selain itu dapat juga menikmati dingin angin pantai apabila membuat promosi di kawasan berkenaan.


Antara produk dari Araz Success dan Teras Unggul Success iaitu Jus Penawar Rimba, Minyak Lintah Gunung serta Minyak Urut D'Cas



Related Posts:

  • Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka Assalamualaikum... Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawa… Read More
  • Idea bisnes mudah Siri 2   Artikel ini merupakan lanjutan kepada artikel "Idea bisnes mudah Siri 1". Dalam artikel ini saya memberitahu idea bisnes yang masih lagi relevan dan jika kena pada lokasinya mampu menjana pendapatan yang stabil. B… Read More
  • Pemasaran Affiliate : Bisnes segera yang menguntungkan   Pemasaran affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link khas affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh penjual. Pemasaran affiliate semakin popul… Read More
  • Jana income online mesti bermodal? Seperti yang pernah saya konsikan dalam ceramah keusahawanan apabila dijemput oleh Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam forum anjuran mereka, saya katakan jangan terlalu letakkan "modal duit" sebagai halangan untuk berni… Read More
  • 5 Kaedah Mencetak T-Shirt   Perniagaan mencetak t-shirt semakin menjadi tumpuan para belia untuk mempelajari dan menjadikan ia sumber pendapatan yang agak lumayan jika kena dengan cara dan jalannya.   Dengan pasaran yang masih la… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan