Kejohanan Bowling Pasar Tani Melaka 2015


Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April (Khamis) di Melaka International Bowling Center, MITC Melaka.

Kejohanan ini adalah hasil cetusan fikiran dari Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan yang juga merangkap Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga usahawan dan peniaga Pasar Tani seluruh negeri Melaka dengan penyertaan lebih dari 20 buah pasukan.

Menurut Encik Jamaluddin, kejohanan ini diadakan untuk menyatukan serta mengeratkan ukhwah seluruh peniaga dan usahawan di Pasar Tani seluruh Melaka dan menghimpunkan mereka dalam suasana yang ceria dan santai. Beliau juga turut berhasrat menjadikan kejohanan sukan sebegini sebagai acara tahunan Pasar Tani Negeri Melaka.

Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penaung dan penaja utama kejohanan turut berkenan untuk datang serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.  Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor antara VIP yang turut hadir pada kejohanan ini.

Saya melalui perniagaan ICT Niaga Enterprise turut membuat penajaan bagi kategori "Kumpulan Paling Ceria Dan Komited".

Ketika urus setia membuat persediaan di kaunter pendaftaran di MIBC

 
Suasana ketika kejohanan baru bermula


 
 Antara kumpulan yang menerima hadiah di Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, 
Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka


 
 Jamuan VIP selepas tamat pertandingan bowling

Urutan Tradisional : Teras Unggul Success


Teras Unggul Success adalah syarikat yang menjalankan perniagaan berteraskan perkhidmatan urutan tradisional dan jualan ubatan berasaskan akar kayu dan herba.  Antara produk yang mendapat sambuatan di pasaran ialah Minyak Urut D'Cast, Tonik Rambut, Minyak Lintah dan Pati Jus Akar Kayu. 

Mereka kini aktif di beberapa pasar tani dalam negeri Melaka dan juga sedia memberikan perkhidmatan ke rumah pelanggan. Pemiliknya iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad, yang juga merupakan Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka, menawarkan perkhidmatan urutan tradisional serta jualan ubatan yang mujarab dan ampuh sebagai penyelesaian alternatif terhadap masalah kesihatan rakyat khususnya di negeri Melaka. Teras Unggul Success juga merupakan rakan niaga strategik Araz Success.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan urutan tradisional dan pembelian produk berasaskan herba, sila hubungi nombor telefon di bawah :



Rumah yang mesra kucing


Saya minat kucing, malah Nabi Muhammad SAW juga membela kucing dan mempunyai kucing kesayangan yang diberi nama "Mueeza".

Sesiapa yang membela kucing ataupun apa jua haiwan lain, wajiblah menjaga juga kebajikkan haiwan berkenaan.  bukan sahaja menjaga dari segi kesihatan, makan dan minum tetapi juga dari segi kesihatan emosi haiwan berkenaan.

Di bawah ini saya kongsikan video berkenaan dengan rumah yang diubahsuai menjadi mesra kucing yang dibuat oleh peminat kucing di luar negara.






Sumber : Petfinder.com


Cara mengenali produk tiruan Milo



BERHATI-HATI. Sekarang telah berlaku lambakkan produk palsu / tiruan jenama Milo di pasaran. Kemungkinan ada bahan yang bahaya kerana ia tidak mendapat kelulusan yang sah dari pihak berkuasa.

Gambar di atas adalah salah satu cara untuk meneliti sama ada produk Milo itu tiruan atau asli

Jenama besar yang popular seperti Milo pun ditiru, inikan pula produk usahawan kecil dan sederhana... Bajet / kos utk melindungi hakcipta produk dari segi jenama, rekabentuk, konsep dan idea dikatakan terlalu tinggi. Usahawan kecil dan sederhana tak semua yg mampu membayar "yuran" berkenaan...

Harap agensi berwajib dlm masalah sebegini dpt membuat solusi terhadap permasalahan sebegini bagi melindungi industri keusahawanan di Malaysia...

*Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
~Pengasas ICT Niaga Enterprise
~Panel Penasihat Industri, Unifield International College

Cara halus memikat lelaki


Wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan.

Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya. Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan.

Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang diidami.

Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia.

Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman.



Kini, seorang penulis dan pakar motivasi 
yang sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 15 tahun yang lalu iaitu DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, telah menghasilkan satu e-book yang berkaitan dengan permasalahan wanita ini. Terdapat tujuh belas bab dalam karya beliau judul yang diberi tajuk "Hi Hensem".

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan laman web di bawah ini :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan