Jenis-jenis penyakit rabun mata


Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal empat tahun. Biar apa pun masalah penglihatan, ia boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Antara penyebab berlakunya rabun adalah disebabkan faktor keturunan. Seorang anak yang ibu bapanya mengalami masalah rabun mempunyai kebarangkalian 40 peratus menghidap masalah sama. Terjadinya rabun jauh akibat bebola mata seseorang itu lebih besar dan panjang berbanding mereka yang tidak rabun.

Apakah maksud rabun mata?

Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Antara jenis rabun mata

Rabun Jauh

Ini adalah rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja serta boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Rabun jauh biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawall usia 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun jauh mungkin akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

Rabun Dekat

Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

Rabun Silau (astigmatism)

Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain.


*Sumber :
-Harian Metro Online
-MyHealth (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Video gol Vietnam vs Malaysia : 2nd Semi Final AFF Suzuki Cup 2014

 

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah bangkit dengan taktikal baru dan kemasukan beberapa pemain yang belum pernah bermain sepanjang kejohanan AFF Suzuki Cup 2014 ditambah lagi dengan kehadiran semula tonggak ke dalam pasukan Harimau Malaya, membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan Vietnam dengan agregat 5 berbalas 4.

Malaysia akan bertemu Thailand di peringkat akhir pertama dan kedua (17 dan 20 Disember 2014).

Saksikan video gol yang dijaringkan dalam perlawanan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2014 ini.


 
(ini je saiz yang boleh dipaparkan)


Belia China lawat Masjid Kampung Hulu


Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu sebelum ini.  Mereka dalam rangka lawatan ke beberapa buah negeri dan Melaka adalah salah satu dari destinasi lawatan mereka.

Kunjungan mereka telah disambut oleh jawatankuasa Masjid Kampung Hulu, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (cawangan Negeri Sembilan).

Mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Masjid Kampung Hulu dengan bantuan penterjemah ke dalam Bahasa Cina. 

Seramai 120 orang belia China terlibat dalam rombongan ini dan ada antara mereka yang bukan beragama Islam.  Setelah mereka meninjau-ninjau kawasan sekitar masjid dan bergambar, mereka kemudiannya menjamah makanan dan minuman yang disediakan, sebelum berangkat ke destinasi lain.

 


*Kebetulan saya masih ada di masjid berkenaan selepas solat zohor semasa rombongan dari China ini sampai, maka saya secara tidak langsung jadi wartawan media bagi pihak Masjid Kampung Hulu.



Malaysia vs Vietnam : Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki Cup 2014


Perlawanan Separuh Akhir Pertama, Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014, yang menemukan pasukan bola sepak Malaysia dan Vietnam.  Keputusan terkini akan cuba dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja perlawanan bermula.


KEPUTUSAN AKHIR

Malaysia  1  -  2  Vietnam

Video gadis bertudung menari dan orang tua berjoget


Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : 

"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

Menurut Profesor Dr Ahmad Amin (budayawan, cendikiawan dan sejarawan Mesir) , "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."


Pakai tudung tetapi pakaian yang lain mengikut susuk tubuh dan berliuk lenggok badannya.... 
budaya yang dibiasakan secara tak sedar.... Teruk atau tidak, ia masih tidak selaras dengan akhlak Islam.



*Secara tidak langsung, saya turut menasihati dan mengingatkan diri sendiri serta orang lain.
*Video disebarkan dari page facebook Isu Semasa


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan