Video gol Vietnam vs Malaysia : 2nd Semi Final AFF Suzuki Cup 2014

 

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah bangkit dengan taktikal baru dan kemasukan beberapa pemain yang belum pernah bermain sepanjang kejohanan AFF Suzuki Cup 2014 ditambah lagi dengan kehadiran semula tonggak ke dalam pasukan Harimau Malaya, membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan Vietnam dengan agregat 5 berbalas 4.

Malaysia akan bertemu Thailand di peringkat akhir pertama dan kedua (17 dan 20 Disember 2014).

Saksikan video gol yang dijaringkan dalam perlawanan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2014 ini.


 
(ini je saiz yang boleh dipaparkan)


Belia China lawat Masjid Kampung Hulu


Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu sebelum ini.  Mereka dalam rangka lawatan ke beberapa buah negeri dan Melaka adalah salah satu dari destinasi lawatan mereka.

Kunjungan mereka telah disambut oleh jawatankuasa Masjid Kampung Hulu, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (cawangan Negeri Sembilan).

Mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Masjid Kampung Hulu dengan bantuan penterjemah ke dalam Bahasa Cina. 

Seramai 120 orang belia China terlibat dalam rombongan ini dan ada antara mereka yang bukan beragama Islam.  Setelah mereka meninjau-ninjau kawasan sekitar masjid dan bergambar, mereka kemudiannya menjamah makanan dan minuman yang disediakan, sebelum berangkat ke destinasi lain.

 


*Kebetulan saya masih ada di masjid berkenaan selepas solat zohor semasa rombongan dari China ini sampai, maka saya secara tidak langsung jadi wartawan media bagi pihak Masjid Kampung Hulu.



Malaysia vs Vietnam : Separuh Akhir Pertama AFF Suzuki Cup 2014


Perlawanan Separuh Akhir Pertama, Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014, yang menemukan pasukan bola sepak Malaysia dan Vietnam.  Keputusan terkini akan cuba dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja perlawanan bermula.


KEPUTUSAN AKHIR

Malaysia  1  -  2  Vietnam

Video gadis bertudung menari dan orang tua berjoget


Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : 

"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.

Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."

Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."

Menurut Profesor Dr Ahmad Amin (budayawan, cendikiawan dan sejarawan Mesir) , "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."


Pakai tudung tetapi pakaian yang lain mengikut susuk tubuh dan berliuk lenggok badannya.... 
budaya yang dibiasakan secara tak sedar.... Teruk atau tidak, ia masih tidak selaras dengan akhlak Islam.



*Secara tidak langsung, saya turut menasihati dan mengingatkan diri sendiri serta orang lain.
*Video disebarkan dari page facebook Isu Semasa


Gadis cun makan pisang seperti blowjob

 

Buah Pisang merupakan buah-buahan tropika yang mudah kita temui di Malaysia.Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya.

Walaupun nilainya lebih murah dari kebanyakkan buah lain yang lebih popular dan digemari, ternyata ia memiliki manfaat yang amat baik untuk kesihatan manusia iaitu memberi perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki sel tulang, sehinggalah kepada keupayaannya mencegah kanser buah pinggang.

Namun lantaran bentuknya yang seakan bahagian sulit lelaki, ia seringkali dijadikan bahan lawak lucah oleh masyarakat di negara ini serta di negara tertentu yang lain.

Dalam video di bawah ini, memaparkan sebuah video pendek yang mengandungi aksi gadis cantik yang memakain pisang dengan gaya yang menghairahkan, seolah oleh sedang melakukan aksi "blowjob". Ia sedang hangat dikongsikan di media sosial yang lain di internet.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan