Beza lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal dengan Riverside - Agnes Obel


Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu atau pernah kenal lagu Riverside nyanyian Agnes Obel. Kata beliau lagi lagu Arjuna Beta dihasilkan dari  jiwanya yang berkisahkan mengenai anaknya yang mempunyai penyakit jantung dan sesetengah sumber mengatakan bahawa anak angkat Fynn itu mempunyai penyakit autisma.

Yang menjadi isu di kalangan pendengar muzik di Malaysia ialah nilai dan ciri lagu (muzik) yang terdapat pada Arjuna Beta mempunyai persamaan dengan lagu Riverside.  Saya sendiri ada mendengar kedua-dua lagu itu dan mengakui dari segi "mood" dan iramanya ada persamaan  pada beberapa bahagian muzik tersebut.

Mungkin hanya penceritaan dalam lagu Arjuna Beta saja yang berbeza tetapi muzik atau lagunya disadur atau diinspirasikan dari lagu Riverside. Yang menjadi persoalan saya, dia kata tak tahu tentang muzik tetapi lagunya ini hampir sama dengan lagu "orang putih" itu. Mungkin inilah yang dikatakan kebetulan yang sangat jarang berlaku dalam dunia..

Dengarkan serta bezakan muzik dari kedua-dua lagu berkenaan  :

Fynn Jamal - Arjuna Beta


Agnes Obel - Riverside

Ulasan perlawanan Malaysia dan Myanmar - AFF Suzuki Cup 2014


Pasukan Malaysia telah dikurangkan kepada 10 pemain di pertengahan permainan separuh pertama tetapi terus berjuang dengan gah untuk seri 0-0 menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di AFF Suzuki Cup pada hari Ahad, 23 November 2014. Hujan kilat menyebabkan perlawanan ditangguhkan lebih kurang satu jam dari jadual asal.

Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Stadium Jalan Besar dalam permainan yang sama rata dengan beberapa peluang terbaik di hujung perlawanan.

"Saya amat bangga dengan pemain, mereka memberi 100 peratus dan akhirnya beroleh seri. Kami sepatutnya mendapat tiga mata. Kami telah berdisiplin dalam mempertahankan gol sendiri dan cuba untuk menewaskan mereka pada serangan balas, " kata jurulatih Malaysia Dollah Salleh.

"Ia akan menjadi sukar sekarang kerana kita bertemu Thailand dan Singapura. Kami perlu memberikan 200 peratus.

"Dalam pertandingan seperti ini perlawanan pertama adalah sangat sukar. Ini adalah aksi yang baik Malaysia yang telah dilakukan dalam Sukan SEA dan AFF Suzuki Cup. Mereka mempunyai banyak pengalaman, "kata Raddy Avramovic, jurulatih Myanmar.

"Saya gembira bagaimana pemain kita mendekati permainan tetapi sedikit kecewa. Kadang-kadang jika lawan anda kurang seorang ia boleh membahayakan jika anda anggap boleh berehat terlalu banyak dan malas. "

Malaysia menjaringkan gol pada minit keenam apabila Amri Yahyah telah menerima bola di tengah-tengah kawasan penalti tetapi dia telah berada di posisi offside.

Dua minit kemudian Myanmar Nanda Lin Kyaw Chit mempunyai peluang yang baik untuk menjaringkan dari jarak dekat dia kerana mempunyai peluang terbaik tetapi dia menanduk bola melepasi palang gol.

Pemain Malaysia Afif Amiruddin mempunyai peluang yang sama hanya selepas masa setengah jam perlawanan tetapi hasil percubaannya  hanya mampu melepasi palang.

Peluang Malaysia untuk memenangi perlawanan itu kemudian menjadi sukar apabila pemain harapan di bahagian tengah,
Gary Steven Robbat dibuang padang kerana kad kuning kedua pad minit ke 34.

Walaupun kekuranganj seorang pemain, Malaysia masih mampu bertahan dan Azammuddin Akil melepaskan rembatan percubaan yang tersasar sebelum separuh masa tamat apabila pemain itu menyambut bola daripada sepakan percuma yang penjaga gol Thiha Si Thu gagal untuk menyelamatkan dengan kemas.

Penjaga gol Myanmar menjaga gawangnya dengan baik untuk itu pada masa kecederaan apabila dia telah menafikan sepakan percuma yang menuju ke kirinya dan menyelamatkan bola dari garisan gol, berikutan dari sepakan percuma oleh Mahalli Jasuli dari luar kotak penalti.

Pemain Malaysia Norsharul Idlan Talaha hampir melaksanakan peluang terghdiang apabila menerima bola dalam kotak dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat mengawal bola sebelum ia diselamatkan oleh pemain pertahanan Myanmar pada minit ke-58.

Sepuluh minit kemudian Kyaw Chit terlepas satu peluang terbaik permainan apabila dia menyambung lantunan bola dari tepisan pertama penjaga gol. Dari jarak dekat dia sepatutnya dapat menjaringkan gol tetapi ketangkasan penjaga gol Malaysia mampu menyelamatkan bola berkenaan.

Dengan 15 minit masa perlawanan untuk ditamatkan,  Norsharul mempunyai peluang sekali lagi dan terlepas hanya beberapa inci dari kakinya untuk mendapatkan bola di tengah penalti hasil hantaran lintang Amri Yahyah dari sebelah kiri gawang Myanmar.

Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan pasukannya dalam waktu permainan berbaki lima minit untuk tamat apabila beliau menyekat sepakan deras jarak dekat dari Aung Zaw dan kemudian dituruti percubaan dari pemain Myanmar iaitu Kyaw Zayar Win.

Dengan membilang masa untuk ditamatkan perlawanan, Myanmar bekerja keras untuk menang tetapi tidak berjaya dan mengecewakan ramai penyokong Myanmar yang bilangannya jauh mengatasi penyokong lawan mereka.

Keputusan Piala AFF Suzuki Kumpulan B Malaysia vs Myanmar


Keputusan perlawanan kumpulan B antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November 2014.

Siaran langsung turut disiarkan secara live menerusi saluran TV3 dan Astro Arena (801) yang sepatutnya bermula pada pukul 5.00 petang tetapi ditangguhkan lebih sejam akibat hujan lebat.



TAMAT

Malaysia  0  -  0  Myanmar
34' kad merah - Malaysia
 

Usahawan Melayu lalai dalam isu hakcipta

Salam sejahtera...

Hal seperti isu Yatt Hamzah yang mana  tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI didakwa beliau telah ditiru oleh peniaga lain. Dalam hal ini, beberapa perkara saling berkaitan yang berpunca dari tudung rekaan bertemakan Palestin.

Ini membuktikan bahawa usahawan Melayu masih lagi lalai dan ambil mudah soal pendaftaran hakcipta. Sepatutnya usahawan berkenaan mempertimbangkan dengan sedalamnya selain dari perihal rekaan, kos pengeluaran dan bahan-bahan, iaitu isu memperlindungkan dan mendaftar hakcipta sebelum mengeluarkan sesuatu produk dan sebelum dijual di pasaran terbuka.

Di Malaysia sudah ada Sistem Perlindungan Harta Intelek. Usahawan yang ingin bersaing di pasaran terbuka terutamanya yang mempunyai produk berekaan seperti tudung ataupun sebarang jenis produk dalam  kategori harta intelek, dapatkanlah maklumat dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia. 

Untuk melawat laman sesawang rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia, sila klik perkataan berikut ----> MyIPO

Namun seperkara lain yang membataskan usahawan yang keramaiannya dari bangsa Melayu ialah masalah kos untuk mendaftarkan sesuatu rekaan atau "pattern" itu adalah sangat tinggi.  Bukan semua usahawan Melayu yang kaya raya berkoyan-koyan. Bukan semuanya yang mampu membayar yuran pendaftaran bagi perlindungan harta intelek dan rekacipta berkenaan.


*Sumber gambar dari Google

Daftar 8Share Percuma : Jana Wang Guna Internet


Kini telah banyak program menjana duit / wang secara online dianjurkan pelbagai pihak.  Salah satunya yang popular kini ialah 8Share

8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.

Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang menarik dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial boleh menyertai program ini! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura.

Anda akan dibayar tunai dengan menyiarkan cerita Special yang disediakan. Anda juga akan dibayar apabila anda mengajak kawan-kawan menyertai 8Share. Dapatkan Mata Bonus (Bonus Point) dengan menjadi ahli 8Share yang aktif. Pihak 8Share juga akan mengadakan peraduan untuk anda memenangi pelbagai gajet dan hadiah.

Tiga Aturan Utama untuk pengongsi :
  • Memilih dan berkongsi sesuatu yang Istimewa untuk rakan anda yang berminat terhadap sesuatu cerita perkongsian yang diberikan.
  • Jadilah kreatif dan memilih / menulis satu mesej yang menarik untuk menarik pengguna internet melawat pautan perkongsian anda dengan mengkliknya. Tetapi DILARANG menipu pembaca. Kreatif bukan bermakna anda perlu menipu!
  • Berkongsi di beberapa platform, sama ada pada e-mel, Twitter, blog dan banyak lagi.
Bagaimana boleh mendapat wang daripada menyiarkan kempen / cerita Special?

Anda akan diberi URL unik pautan link untuk setiap Special yang anda telah siarkan. Link ini akan digunakan untuk menjejak semua lawatan unik (U.V) anda. 

Anda akan diberi ganjaran untuk setiap lawatan unik yang diterima selagi kempen Special tersebut masih lagi berjalan dan ganjaran yang akan diberikan belum habis lagi digunakan, sehingga anda mencapai ganjaran maksima untuk Special tersebut.

Klik DAFTAR atau banner di bawah ini untuk pendaftaran percuma dan mula menjana duit dari setiap perkongsian kreatif yang anda lakukan.

http://bit.ly/1cPfakI

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan