Safiq Rahim yang prihatin


Pemain pasukan Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim yang dinobatkan sebagai wira pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu sempat meluangkan sedikit masa beliau untuk melakukan lawatan sosial menziarahi pusara seorang peminat beliau di Parit Yaani, Batu Pahat pada 18 Oktober 2014 meskipun terikat dengan jadual latihan yang ketat. 

Safiq yang baru menerima cahaya mata beliau pada September lalu terpanggil melakukan lawatan tersebut setelah mendengar keluhan ahli keluarga peminat tersebut melalui laman sosial. 

Lawatan tersebut turut diiringi bersama Dr Rosli Abdul Jalil telah disambut dan diiringi oleh keluarga Allahyarham Mohammad Shafiq Bin Mon Sharif sebaik sahaja mereka tiba di sana. Arwah yang berusia 20 tahun, telah terlibat dalam kemalangan pada 7 Oktober dan amat meminati Safiq Rahim semenjak bermain dengan pasukan Selangor. 

 
 

Bagi mereka, sikap keprihatinan Safiq Rahim merupakan sifat yang terpuji dan memberi satu kesan mendalam buat para peminat pasukan Harimau Selatan. Sumbangan khas dari seluruh pemain pasukan turut disampaikan kepada keluarga Mohammad Shafiq.




JDT dan Borussia Dortmund jalin kerjasama


Kehadiran Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund, Mr Edwin Boekamp untuk bertemu dengan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada 16 & 17 Oktober 2014 banyak membawa perkara-perkara positif demi pembangunan bola sepak negeri Johor terutamanya bagi pemain bola sepak berusia 9 hingga 18 tahun.

Satu perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund akan diadakan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman dan perlawanan persahabatan di antara pasukan utama Borussia Dortmund dan Johor Darul Ta'zim turut akan diadakan di Stadium Larkin.

Para jurulatih JDT pula akan dihantar ke sana untuk menimba ilmu taktikal manakala para jurulatih mereka akan didatangkan khas ke sini untuk berkongsi idea serta memantapkan lagi program akademi yang bakal di laksanakan di daerah Kulaijaya tidak lama lagi dan juga untuk projek-projek jangka masa panjang.

Sazali, Bapanya dan BR1M


Apa maksud BR1M? Ia adalah wang dalam program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan kepada warga rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
 

Maklumbalas TMJ tentang kemenangan ke atas Terengganu & isu tendang tiang bendera penjuru padang

Sumber gambar dan temu bual dari Fan page Facebook JOHOR Southern Tigers
 
Selepas dilanda pelbagai isu yang dihebahkan di internet dan media massa, akhirnya pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mencapai kemenangan yang diidamkan ketika bertemu dengan pasukan Terengganu di Stadium Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor.

Berikut adalah temubual antara pihak Johor Southern Tigers dan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selepas tamat perlawanan :

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang. Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.


Pandangan Islam mengenai haiwan kucing

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan