Pandangan Islam mengenai haiwan kucing

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Video kucing comel melampau


Kucing (Jawi :کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. 

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. 

Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


Gambar puting beliung di Alor Setar, Kedah


Kejadian puting beliung petang tadi dilaporkan berlaku pada petang 14 Oktober 2014 yang bergerak dari Alor Setar ke Pendang, Kedah.

Beberapa gambar puting beliung sempat dirakam oleh orang ramai. Sekurang-kurangnya 10 buah rumah rosak akibat dibadai angin puting beliung.







Sumber :

www.malaysia1news.my

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan bermula 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015

Berikut adalah bahan-bahan makanan dan keperluan harian rakyat yang telah dimasukkan ke dalam senarai kawalan harga yang bermula dari 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015 :

  1. Semua jenis mentega
  2. Semua jenis keju
  3. Semua jenis marjerin
  4. Semua jenis minuman kotak dan botol
  5. Semua jenis serbuk penaik dan esen membuat kuih-muih dan konfeksi
  6. Jeli dan agar-agar
  7. Daging dan jeroan mentega - segar dan dijeruk
  8. Itik dan burung-burung lain, tidak termasuk ayam
  9. Telur belum berkupas kulit dan telur jeruk
  10. Buah-buahan mentah yang diimport - segar atau dijeruk
  11. Bawang besar dan bawang merah
  12. Bawang putih
  13. Cili kering
  14. Lada hitam dan semua jenis rempah
  15. Kepala, sebiji atau yang diparut
  16. Semua jenis kacang
  17. Semua jenis kacang tanah
  18. Cendawan dan kulat
  19. Minyak sapi
  20. Asam jawa
  21. Makanan laut yang dikeringkan atau dijeruk
  22. Tepung beras
  23. Tepung jagung
  24. Tepung beras pulut
  25. Ubi kentang

Siapa nak belajau komputer dan ICT?


Mencari rezeki dengan menjadi usahawan sebenarnya tidak pernah terfikir oleh saya. Namun dengan takdir dari Yang Maha Esa, saya masih menjadi seorang usahawan dan peniaga terutamanya dalam bidang berkaitan komputer.

Saya menjalankan perniagaan atas nama ICT Niaga Enterprise sejak tahun 2007. Sepanjang masa itu hingga kini, pelbagai perubahan saya lakukan terutamanya pada konsep dan orientasi perniagaan yang dijalankan.

Melalui artikel ini saya ingin memperkenalkan dan menonjolkan perkhidmatan kelas atau kursus berkaitan dengan komputer dan internet.  Sebelum ini sekitar tahun 2011 hingga 2012 saya pernah menjalankan program usahasama dengan GIATMARA Melaka melalui program Perintisan yang menerima pelajar belajar di tempat saya selama enam bulan.

Program yang saya anjurkan ini adalah program jangka pendek, yang diadakan di sekitar Jalan Hang Tuah, Melaka.

Berikut adalah kursus yang saya tawarkan melalui Kelas Belajar Komputer dan ICT :


Berikut adalah senarai kursus-kursus terkini yang ada ditawarkan :

(Klik tajuk kursus di bawah untuk keterangan lanjut. Tertakluk pada perubahan semasa) 



 
Kursus Asas Baikpulih Sistem Komputer : (Format - Install - Selenggara)

(Kursus dan kelas adalah secara individu. Ia dijalankan antara hari Isnin hingga Ahad.  Sesi pagi bermula pukul 10.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 3.30 petang).

Untuk maklumat lanjut, sila lawat blog berikut dengan meng klik >>   Kelas Belajar Komputer dan ICT


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan