Resepi Florentine Cookies


Bahan-bahan

3 cawan tepung florenta
1/2 cawan biji bunga matahari hijau*
1/2 cawan biji bunga matahari putih*
1/2 cawan kuaci hitam*
>>>boleh juga gunakan apa sahaja kekacang yang sesuai

Cara Pembuatan :


1.Bakar sekejap semua bahan yang bertanda* selama 5 minit di dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius. 

2.Kemudian semasa masih panas lagi satukan didalam satu bekas dengan tepung florenta pastikan semuanya bersalut.

2.Alas loyang 4 segi dengan kertas minyak.Masukkan semua bahan tadi dan tekan biar padat dan nipis di dalam loyang dengan menggunakan senduk nasi.


3.Bakar semula selama 10 minit dengan suhu 150 darjah celsius atau hingga karamel nampak keperang-perangan.
 

4.Potong cookies ini dengan pemotong pizza semasa masih panas dan simpan dalam bekas kedap udara.


Kerja Kosong : pembantu pejabat di Suara Keadilan


KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2014 :  Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memerlukan seorang pembantu pejabat merangkap penghantar barang (despatch) seberapa segera.

Kelayakan minimum adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta boleh menggunakan Microsoft Office. Selain itu, perlu bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kepada yang berminat boleh email resume kepada :  manez99@yahoo.com atau hubungi 03 9221 1045 bercakap dengan Puan Linda untuk sesi temuduga.

BDSM : kegilaan nafsu melampau



BDSM adalah pelbagai amalan erotik melibatkan penguasaan dan penyerahan, peranan bermain, sekatan, dan lain-lain kesanggupan diri. Memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis amalan, kemasukannya dalam masyarakat, perkembangan budaya BDSM biasanya bergantung kepada pengenalan diri dan berkongsi pengalaman.

BDSM diterima secara umum sebagai singkatan untuk:

Bondage - iaitu menahan diri daripada apa-apa jenis; yang paling biasa adalah tali ikatan, tetapi ia juga boleh termasuk tudung sutera, abah-abah kulit, rantai, belenggu, dan juga jenis pakaian seperti korset dan tudung.

Disiplin - penggunaan hukuman sempena peraturan tingkah laku
 
Dominance and submission - apabila satu pasangan mengambil kawalan ke atas yang lain, tetapi hanya dengan keizinan dimaklumkan mengenai "patuh" arahan pasangan. Ada juga yang merujuk kepada ini sebagai "pertukaran kuasa."

SadoMasochism - keseronokan seksual dari sama ada pahit atau mengalami kesakitan dan penderitaan. Satu soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru ialah: Bagaimana sesiapa sahaja boleh suka untuk mengalami kesakitan?
.

Bagi sesetengah orang, sakit secara langsung adalah erotik. Contohnya sesetengah orang mempunyai kepuasan seks daripada disebat bahagian punggung atau kemaluan dan puting buah dada yang disepit dengan penyepit baju. Bagi yang lain pula, sakit sering disertai dengan tindak balas kimia dalaman, terutamanya pelepasan bahan kimia otak dipanggil endorfin.

Boleh disimpulkan bahawa BDSM ialah suatu hobi atau prilaku seks yang ganas dan adakalanya melampui batas kemanusiaan.

Sifat ihsan di akhir zaman


Firman ALLAH SWT yang bermaksud : 

“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Setiap Muslim dituntut berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik.

Di dalam dunia akhir zaman ini, yang sering kita dengar adalah kekejaman manusia dan penindasan serta kezaliman yang dilihat mengabaikan rasa belas ihsan dan prikemanusiaan.  Namun sebenarnya di dalam kemerosotan nilai akhlak, masih ada insan yang berhati mulia yang sanggup berkorban untuk membantu insan yang lain, sebagaimana yang diperlihatkan melalui rakaman video di bawah ini :







*Sebahagian kecil sumber dari :  CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID

Makna dan sebab Hari Malaysia


Mengapa Hari Malaysia diraikan

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Mencari Nilai Hari Malaysia


TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.



Sumber : Google Malaysia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan