Sekali pandang lain macam


Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. 

Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Kemudian dengan penciptaan kamera berfilem dan kini kamera digital, aktiviti bergambar menjadi semakin mudah dan "selfie" diiktiraf menjadi perkataan terbaru dalam kamus bahasa Inggeris, yang merujuk kepada aktiviti mengambil gambar diri sendiri secara berseorangan. Ber "selfie" jadi lebih mudah apabila telefon tangan atau mobile phone juga telah mempunyai fungsi kamera.

Namun sesekali apabila kita melihat semula koleksi gambar yang ada, ada antaranya mengelirukan pandangan jika tidak diteliti dengan berhati-hati. Contohnya seperti di bawah ini :


 
Badan siapa punya? kaki siapa punya?

 
Alamak, sekali pandang ingatkan "keris tumpul"

 
Pergh... ingatkan "blowjob" tadi....

 
Anak alien ke apa ni...?


*Nota :
-Kemudahan kamera digital wajib digunakan untuk kebaikkan bersama bukan untuk membuat fitnah.
-Dengan kecanggihan teknologi perisian komputer, gambar boleh dimanipulasikan sama ada ke arah positif atau negatif.

Resipi Kentang Putau



Kentang Putar atau kentang lenyek adalah hidangan yang disediakan dengan menggunakan kentang rebus yang dihancurkan. Resipi ini mula muncul lebih kurang pada tahun 1747 seperti yang dicatatkan dalam The Art of Cookery oleh Hannah Glasse.

Ia menjadi hidangan sampingan kepada menu makanan utama, seperti biasaannya yang terdapat pada menu di restoran KFC. Kebiasaannya ia dimakan bersama dengan roti kosong atau bun.

Berikut adalah resipi yang saya kongsikan dari sumber perkongsian Facebook :

Bahan-bahan ( santapan 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.

4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

Cara-cara

-Rebus kentang sehingga empuk dan masuk kan garam sedikit. 
-Tos kan air dan lenyekkan ia menggunakan "hand mixer" sehingga halus
-Kemudian masukkan lada hitam dan susu.
-Siap
 

Sos

1.Rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam selama 10 minit.
2.Tos kan air rebusan tadi.

3.Masuk kan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil, kemudian masskkan tepung gandum, kacau berterusan untuk mengelakkannya berketul-ketul.

4.Masukkan air rebusan bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat kemudian kacau sehingga agak sebati.  Ia sudah boleh dijamah bersama roti atau makanan  kegemaran anda.



*Nota : "Putau" tu loghat negeri Melaka yang membawa maksud putar  :-) 


Perbezaan perang Palestin - Israel tahun 1967 dan 2014


Perang antara negara haram Israel (Zionis) dan Palestin telah berterusan berabad lamanya dan dilihat seperti hanya menunggu munculnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S untuk menghapuskan kaum Yahudi berfahaman Zionis ini atas balasan kekejaman mereka yang melampau dan terkutuk.

Pada tahun 1960-an, Palestin tidak berperang sendirian kerana mereka dibantu oleh beberapa negara arab yang terdekat.  Namun kini di era tahun 2000, Palestine berperang secara bersendirian dan tanpa sokongan dan bantuan yang jelas dari negara arab yang terdekat dengan mereka.

Sungguhpun begitu, atas semangat jihad melawan kekejaman Zionis, yang silih berganti dari generasi ke generasi, Palestin melalui Hamas, perjuangan mereka tetap utuh dan masih mampu bertahan dalam beribu kepayahan yang mendatang.

Di bawah ini saya kongsikan fakta mengenai peperangan di tahun 1967 dan tahun 2014 :

Perang 1967 :

Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Iraq dan beberapa negara Arab lain yang membantu.

Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).

Perang 2014 :

Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.

Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).
Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat dan Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa. 

Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membis.

Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.


*Sumber :  Dr Zainur Rashid Zainuddin (Facebook)


Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan mencuba Gintell massage chair

 

 Pada 7 Ogos 2014, saya menemani Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka iaitu Encik Jamaludin Arshad untuk menyelesaikan beberapa urusan dengan agensi kerajaandi bangunan UTC Melaka.

Dalam waktu kelapangan yang ada sementara menunggu urusan selesai, Encik Jamaludin berminat untuk mencuba kerusi urut yang terdapat di dalam bangunan UTC Melaka. Di dalam bangunan ini terdapat dua lokasi diletakkan dua set kerusi urut jenama Gintell. Salah satunya diletakkan berhampiran dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, malah Encik Jamaludin turut menyinggah di kedua-dua lokasi berkenaan kerana beliau berasa selesa dan berpuas hati dengan kerusi urut Gintell itu pada kali pertama.

Saya juga turut mencuba kerusi urut berkenaan dan ternyata memberi kesan positif pada setiap "point" yang diurut pada bahagian badan saya. Selepas ini mungkin duduk di kerusi urut Gintell akan menjadi aktiviti utama sekiranya kami singgah di UTC Melaka.



*Untuk makluman pembaca, Encik Jamaludin mempunyai kemahiran membuat ubatan akar kayu dan minyak urut serta urutan tradisional.

Selain itu beliau juga menjalankan perniagaan masakan panas dan membekalkan makanan bermasak.  Menu makanan beliau yang paling utama ialah Char Kuew Tiow Penang.


Pemburuan polis Malaysia terhadap peserta acara bogel




Seorang wanita telah ditangkap dan lebih daripada sedozen yang dicari oleh Pihak berkuasa Malaysia selepas imej festival sukan perkumpulan hidup telanjang mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam, kata polis Jumaat.

Paparan dalam video perhimpunan itu, yang dipanggil "Malaysia N-u-d-e Sports Games 2014 ", tersebar pertama kali di media sosial awal minggu ini dan menjadi "viral" di internet.

Ia menunjukkan peserta bermain-main di pantai terpencil Pulau Pinang pada penghujung bulan Mei, terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk lukisan badan, menari, dan pelbagai pertandingan lain, semua dalam keadaan bogel.

Dalam satu adegan, seorang wanita dilihat menunggang kuda pada seorang lelaki, manakala di yang lain, seorang wanita merangkak ke atas tiga lelaki terbaring di sebelah satu sama lain di atas pasir.

"Seorang wanita warga Malaysia ditahan Khamis untuk membantu pihak polis dalam penyiasatan festival kasar, "Lai Fah Hin,Ketua Polis tempatan di negeri utara Pulau Pinang, memberitahu AFP (Agence France-Presse).

Lai berkata 18 orang, kebanyakan mereka orang asing, mengambil bahagian dan polis yang telah belajar identiti 15 dan sedang mencari mereka.

Pihak berkuasa tidak memberitahu sama ada wanita Malaysia yang ditangkap itu adalah peserta atau sebaliknya. Mereka dicari termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua Warga Myanmar, Filipina dan seorang warga India, katanya.

Perhimpunan ini bukan sahaja telah dikutuk oleh masyarakat Islam tetapi juga banyak bukan Islam, dan mencetuskan pertelingkahan antara pengkritik dan penyokong budaya hidup telanjang.

Lai berkata, mereka boleh menghadapi sehingga lima tahun penjara kerana mengambil bahagian dalam suatu "perbuatan lucah".

Kira-kira 60 peratus daripada hampir 30 juta penduduk Malaysia adalah Islam berbangsa Melayu.


*FAKTA :

Di Pulau Pinang diharamkan kasino (pusat judi) tetapi di negeri yang bersultan dan mempunyai seorang rakyatnya yang menjadi teraju pemerintahan negara, mempunyai kasino terbesar di Asian Tenggara.

Apatah lagi penganjuran seperti ini, pastinya tidak ada kaitan dengan kelulusan kerajaan negeri. Mereka datang mendaftar sebagai pelancong tetapi aktiviti mereka boleh berubah bila-bila masa.

Nak boikot perniagaan cina DAP? Kalau cina MCA bagaimana? masih lagi 1Malaysia?


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan