Petua untuk cari air dalam hutan


Adakalanya, individu atau berkumpulan menghadapi suatu situasi semasa megembara di dalam hutan di mana makanan yang dibawa telah kehabisan atau berkurangan. Adalah sangat penting di dalam keadaan sebegini apakah makanan atau minuman yang terdapat di dalam hutan yang boleh dimakan dan diminum.

Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup di dalam kawasan hutan dan bagimana hendak bergerak dengan tepat di dalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

 Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksimum kemampuan fizikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental iaitu kemahuan untuk terus hidup.

Paling mustahak ialah mencari bekalan air yang selamat untuk diminum.  Ada pelbagai kaedah yang boleh digunapakai tetapi bergantung kepada bentuk muka bumi kawasan hutan berkenaan.  Untuk tujuan itu, sila tonton video di bawah ini yang menunjukkan kaedah mencari air di kawasan hutan belantara.



Video klip lagu : Gegarlah Keamanan Israel


Keganasan Israel yang ditunggangi oleh fahaman Zionis masih berterusan dan negara-negara Islam sekitarnya seakan buta mata dan tuli telinga mereka.  Hanya sebilangan kecil negara Arab yang mungkin ada menghulurkan bantuan.

Namun para pejuang keamanan dan jihat melawan tentera bersekutu dajjal ini bersiap sedia dan terus bersemangat mempertahankan tanah air mereka. Semoga jika mereka mati, mati dalam keadaan syahid. Perdengarkan dan perlihatkanlah video di bawah :


Rahsia sebenar YAKJUJ dan MAKJUJ

Sila baca artikel ini dengan minda yang bersih dan terbuka


Selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan perihal yang salah mengenai Yakjuj dan Makjuj.  Soalan yang biasa diajukan ialah "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Itu soalan yang tidak tepat dan salah.  Seperlunya mereka bertanya "Apakah Yakjuj dan Makjuj?".

Yakjuj dan Makjuj sebenarnya jauh lebih menakutkan daripada apa yang mungkin anda pernah bayangkan.  Tiada satupun jenis teknologi senjata dalam sejarah hidup manusia dapat menghalang atau menewaskannya.  Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang dasyat dan menggerunkan. 

Zulkarnain iaitu seorang raja yang soleh dan hidup di era Nabi Ibrahim A.S juga tidak mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj walaupun dia mempunyai bala tentera yang sangat kuat pada zaman itu.  Yang hanya mampu dilakukan beliau ialah dengan menyekat Yakjuj dan Makjuj dengan sebuah tembok besi.  Itu sahajalah cara yang paling berkesan menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj.

Walaupun telah berjaya "mengurung" Yakjuj dan Makjuj, Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang.  Yakjuj dan Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang menjadi penghalangnya.  Umat Islam di seluruh dunia menantikan peristiwa yang menakutkan ini.

Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj dan Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj dan Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada "serangannya". 

Kegagalan membongkar misteri Yakjuj dan Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi terdahulu yang mencetuskan persoalan "Siapakah Yakjuj dan Makjuj?".  Dalam Al Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak.

Jika ditelaah dengan teliti, dua perkataan Yakjuj dan Makjuj lebih membawa maksud sejenis bencana yang merosakkan bumi. Dua perkataan iaitu Yakjuj dan Makjuj hanya dinyatakan dalam Al Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al Kahfi (ayat 94) dan Al Anbiya' (ayat 96).

“Mereka berkata, „Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?‟” – [18 : 94]

“Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

“Berkata : "Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka” – [18 : 95]

Tembok ini dibina oleh Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut.

Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi.  Kekuatan besi tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj.

Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa "mereka" berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu?  Jadi untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada "siapakah"kepada "apakah" Yakjuj & Makjuj. 

Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

#1 : Terletak di antara dua gunung. Yakjuj & Makjuj muncul ketika Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung. "Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung .................” – [18 : 93]

#2 : Merosakkan permukaan Bumi. Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan Bumi. “Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi …………” – [18 : 94]

#3 : Boleh disekat dengan empangan. Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. “……… aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka‟.” – [18 : 95]

#4 : Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan".

#5 : Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang"

#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi. Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng- lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

#7 : Akan muncul semula dari bawah tanah. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : Terletak di antara dua gunung.
#2 : Merosakkan permukaan bumi.
#3 : Boleh disekat dengan empangan.
#4 : Mempunyai sifat menyala.
#5 : Bergerak seperti gelombang.
#6 : Turun dari lereng-lereng tinggi.
 #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah.

Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah.  Seperti yang telah saya nyatakan di awal slide ini, Yakjuj & Makjuj bukan "siapakah" tetapi "apakah".
Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.
Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh pengkaji terdahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj?

Yang sebenarnya Yakjuj &Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan Bumi.

Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui Zulkarnain.

Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Zulkarnain. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Tetapi Zulkarnain masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka.

Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan Bumi.

Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan.
Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaga kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang.

Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan Bumi.
Tetapi saya masih belum beritahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.

Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini.

Mempunyai sifat menyala. Perkataan "Yakjuj" mempunyai huruf akar "alif-jim" yang membawa pengertian "nyalaan". 

Bergerak seperti gelombang. Perkataan "Makjuj" mempunyai huruf akar "mim-jim" yang membawa pengertian "gelombang".

Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu : "Gelombang Yang Menyala".  Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada "gelombang yang menyala" ke dalam surah Al-Kahfi dan Al- Anbiya.

“Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" – [18 : 94]

“Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan "gelombang yang menyala"? Sudah pasti anda akan menjawab : LETUSAN GUNUNG BERAPI
Pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pun tahu tentang ini.  Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai "lava".  Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.

Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi.  Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem "Volcano".

Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan.
Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Zulkarnain.  Kaum yang ditemui Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di Barat menggelarnya sebagai "tornado" tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai "puting beliung". Dua perkataan "puting" dan "beliung" digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu "tornado". 

Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan.  Begitu jugalah dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj.  Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava.

Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi.  Mungkin ada antara kita yang sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini.

Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara yang aneh dalam sejarah manusia.  Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.  Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya menyelamatkan diri.

Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif.  Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat.

Penempatan kaum ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam manusia di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.

Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?" - [67:17]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" - [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan ciri- ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.  Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak di antara dua buah gunung berapi. Ia terletak di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empayar Zulkarnain.  Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.  

Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu- kubu pertahanan dan sebagainya.  Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini. 

Untuk mengetahui lebih mendalam cerita pendedahan eksklusif berkenaan dengan Yakjuj dan Makjuj, ia ada dijual dalam bentuk e-book.  Sila klik banner di bawah





Cara keluar dari kumpulan di Whatsapp (Android)


Aplikasi permesejan "mobile gadget" adalah salah satu saluran perhubungan pilihan (selain dari sms, panggilan suara dan video) kepada para pengguna alat elektronik mudah alih seperti tab yang berkeupayaan telefon serta telefon pintar. Kebanyakkan jenama atau syarikat yang mewujudkan aplikasi ini menawarkan khidmat percuma (dengan terma dan syarat tertentu).

Salah satu aplikasi yang sedang hangat dan terlajak popular pada masa kini ialah WhatsApp. Di dalam WhatsApp, selain daripada "chat" individu, ia turut menawarkan chat berkumpulan.  Ini bermakna sesiapa yang menyertai atau berdaftar dengan kumpulan chat tertentu di dalam WhatsApp akan menerima sebarang kemaskini dari semasa ke semasa.

Anda akan mengetahui adanya cerita dan perkembangan terkini kumpulan tertentu di dalam WhatsApp dengan adanya bunyi tertentu pada peralatan anda. Ini ada ketikanya menggangu tumpuan dan emosi anda jika anda menyertai kumpulan yang cergas berborak.  Malah lebih malang lagi jika tab atau telefon anda tidak dapat menampung keperluan memori atau kelajuan proses pada ketika itu, menyebabkan tab atau telefon menjadi "hang" (tergantung / terhenti).

Jika anda tidak mahu lagi mengambil bahagian dalam chat berkumpulan pada Whatsapp, anda boleh keluar dengan mudah dari kumpulan berkenaan dengan melakukan seperti berikut:

1. Aktifkan aplikasi "Whatsapp"

2. Pada senarai berbual (chat), ketik (klik) sekali secara berterusan dalam jangka masa beberapa saat pada nama kumpulan yang anda ingin meninggalkannya.

3. Ketik "Delete and exit Group" untuk meninggalkan kumpulan chat.


Guraunya Benar Belaka - Cor Pan mangsa nahas MH17


Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

Beliau membuat status bergambar pada akaun Facebooknya pada pagi Khamis di lapangan terbang Amsterdam. Penerbangan MH17 adalah perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tetapi terhempas di timur Ukraine, 50 kilometer dari sempadan Russia dan Ukraine.

Antara gambar yang sempat dirakam Cor Pan yang dikatakan pesawat MH17
Laman Facebook beliau sejak itu telah dibanjiri dengan penghormatan dan status berkenaan telah dikongsi beribu-ribu kali. Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan (lebih kurang begini maksudnya) : “Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya".

Cor Pan, yang dikatakan merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk sengaja bergurau bahawa satu lagi pesawat yang mungkin akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang dikatakan hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.

Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan benar-benar hilang daripada radar selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.  Pesawat ini jatuh terhempas dan meletup dipercayai terkena tembakan misteri dalam laluan udara yang merentasi negara Ukraine serta mengorbankan 298 penumpang dan 15 orang anak kapal.

Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor Pan, berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, namun beliau berada di dalam pesawat. Gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang yang memperlihatkan pesawat sedang menunggu di ruang parkir. Gambarnya itu disertakan dengan keterangan "Di Lapangan terbang Schipol". Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat.

Namun, apabila pemeriksaan teliti pada foto, bagaimanapun, huruf "RC" dapat dilihat di bawah roda hadapan pesawat, yang menunjukkan nombor pendaftaran pesawat adalah 9M-MRC. Sedangkan nombor pendaftaran pesawat MH17 adalah 9M-MRD.

Ada kemungkinan Cor Pan mengambil gambar pesawat Malaysia Airlines yang berbeza iaitu MH194 yang tiba dari Kuala Lumpur.


 
Di tempat lain di media sosial, satu status Instagram muncul untuk menunjukkan pasport dan boarding pas seorang pemuda Belanda yang berada di MH17.

Menurut pada kapsyen gambar berkenaan, beliau dalam perjalanan ke Bali.



*Sumber
-Berita RTM
-Google


*Komen :

 -ada khabar mengatakan beberapa kejadian yang menimpa Malaysia sejak kebelakangan ini adalah berkaitan dengan bantuan Malaysia ke Palestine.

-ia seolah-olah menunjukkan ada pihak mahu membuli dan memberi amaran kepada Malaysia agar tidak menghulurkan bantuan kepada Palestine.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan