Video Zarul Umbrella - Ramalanku Benar Belaka (versi baru)

 

Bagi peminat lagu Melayu era 1990-an, pastinya akan mengenali kumpulan Umbrella yang terkenal dengan lagu yang dianggap menjadi ikon pengenalan kumpulan ini iaitu bertajuk "Ramalanku Benar Belaka".

Kali ini melalui vokalis Umbrella iaitu Zarul, telah menyanyikan semula lagu berkenaan beserta dengan video klip dalam versi yang diperbaharui. Bagi saya ianya menarik dan pembikinan semula yang kreatif dari segi susunan muzik dan video klip. Mula dimuat naik ke internet dalam tahun 2013. Sila tonton dan dengarkan video di bawah ini :




*saya pernah mengalami keadaan seperti yang dikisahkan dalam lagu ini...



Mesut Ozil nafi menderma pada Gaza

 

Sesetengah media antarabangsa melaporkan bahawa Özil mendermakan wang bonus kemenangan berjumlah £350k sempena Piala Dunia untuk penduduk Gaza selepas terharu apabila seorang kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang terbunuh akibat serangan Zionis telah memakai jersi yang tertera namanya semasa kejadian.

Pemain bintang Arsenal dan pasukan kebangsaan Jerman yang berusia 25 tahun itu didakwa berkata dia akan menderma pendapatan dari kemenangan Jerman di Brazil kepada badan amal untuk kanak-kanak di Semenanjung Gaza.

Tetapi wakilnya berkata pemain tengah Arsenal itu menderma wang kepada projek-projek di Brazil dan tidak kepada usaha-usaha bantuan di Gaza.

Roland Eitel berkata: "Dakwaan bahawa Mesut menyumbangkan wang ke Gaza tidak benar. Mungkin pada masa akan datang, siapa tahu? Dia menderma wang untuk tujuan di Brazil dan dia kini sedang bercuti."



*Maklumat ringkas profil bola sepak Mesut Ozil :
  •  Mesut Özil adalah pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain untuk kelab Inggeris Arsenal dan pasukan kebangsaan Jerman. Özil telah menjadi ahli pasukan belia kebangsaan sejak tahun 2006, dan ahli pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009.



Sembilan Jeneral Perang Termasyhur Dalam Sejarah Islam


Jika kita menyingkap kembali lembaran sejarah Islam, pasti akan melihat sesuatu yang tidak boleh diabaikan iaitu  mengenai kehebatan dan kemasyuran wira-wira Islam yang sangat tersohor dengan kehandalan mereka dalam aspek berkaitan ketenteraan. 

Kegagahan dan kebijaksanaan mereka tidak dapat disangkal apatah lagi dengan jumlah tanah jajahan yang ditakluki ketika Islam sedang berkembang.  Namun perangnya umat Islam ketika itu sama ada di bawah  pimpinan Nabi Muhammad SAW atau selepas baginda adalah perang mempertahankan diri dan hak yang telah dicerobohi oleh musuh.


Berikut merupakan 9 pemimpin perang yang terkenal dalam sejarah Islam :

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.



Video yang boleh menakutkan tentera Israel


Penaklukan dan cubaan rampasan tanah oleh tentera Israel di Palestin serta keganasan tanpa batasan oleh mereka hanya melahirkan belia-belia yang sanggup berjihad mempertahankan kedaulatan Islam dan tanah air mereka. Mereka rela berkorban nyawa melawan musuh yang laksana wakil dajjal di atas muka bumi.

Serang balas oleh pejuang-pejuang Palestine terutamanya sayap ketenteraan Hamas iaitu Briged Izzuddin Al-Qassam dibuat bagi menyekat kemaraan tentera Israel (Yahudi Zionis).  Video-video disebarkan bagi menggambarkan keberanian mereka melawan puak Yahudi Zionis ini.  Mereka telah bertekat sungguh-sungguh untuk berjuang di jalan Allah SWT.

Namun ada video-video tertentu yang menghadirkan kegentaran kepada tentera Israel. Salah satunya seperti di bawah ini.  Saya sendiripun seram melihatnya :


Sejarah simbol bintang bucu 6 Israel - The Star of David


Bintang Daud atau "The Star of David" berbucu enam yang menjadi simbol pada puak Israel (Yahudi Zionis) pada sekian lama terutamanya pada bendera negara haram mereka sebenarnya bukanlah berasal dari puak mereka sendiri.

Menurut sumber dalaman Masjid Al-Aqsa, ia sebenarnya adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia telah lama wujud sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.  Ketika Salahuddin Al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau mengekalkan lambang bintang berbucu enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. 

Bangsa Arab Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini, sebelum puak Yahudi dibawa oleh Nabi Musa A.S ke Palestin, mereka telah menetap di sini.

Pada mimbar, mamar dinding dan tingkap di Masjid Al-Aqsa juga terdapat simbol ini.  Usia mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding masjid ini telah berusia ratusan tahun. Puak Israel Zionis menggunakan lambang ini hanyalah sekitar 100 tahun. 

Mereka menggunakan lambang ini agar seolah-olah mereka kelihatan seperti penduduk asal seperti Arab Kan'an.  Mereka awal dahulu adalah puak yang meminta simpati kerana tiada penempatan khusus.


Dinding mamar Masjid Al Aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Tingkap kaca Masjid Al Aqsa





*Komen :

-isu Yahudi (Zionis) dan umat Islam berawalan dari isu adik beradik sama bapa lain emak.  Keturunan umat Islam adalah dari ibu Nabi Ismail A.S yang dikatakan asalnya pembantu rumah dan puak yahudi adalah dari keturunan isteri pertama Nabi Ibrahim A.S (melalui pembacaan saya pada artikel suatu ketika dahulu).

-sudah lama Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan isteri pertama namun belum dikurniakan zuriat. Maka baginda berkahwin pula dengan ibu Nabi Ismail A.S. Semasa mengandungkan atau melahirkan Nabi Ismail A.S, ditakdirkan Allah SWT, isteri pertama Nabi Ibrahim A.S pula mengandung.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan