Live Streaming keadaan di Gaza dan Tel Aviv

 

Seperti yang umum sedia maklum Semenanjung Gaza dan Bandar Tel Aviv kembali bergolak dengan serangan roket dan melalui jalan darat di mana pihak fahaman Zionis tak putus-putus membunuh penduduk di Gaza dan Palestine.

Sesetengah media massa terutamanya di negara-negara barat dan negara yang tunduk dengan tekanan USA, tidak akan menyiarkan keadaan sebenar di sana.  Oleh itu dengan teknologi yang ada masa kini, stesyen televisyen Al Jazeera menyediakan live streaming di salah satu laman web mereka.

Melalui sumber, dikatakan ia adalah live streaming yang memaparkan keadaan wilayah Semenanjung Gaza dan sekiatr bandar Tel Aviv yang menyaksikan serangan pasukan Al Qassam ke atas Tel Aviv yang dihadiahkan khas untuk Zionis yang dilaknat Allah SWT ini...  Semasa artikel ini ditaip, keadaan aman seketika.

Berikut adalah pautan ke laman web live streaming berkenaan :



*sila klik refresh atau reload di web browser anda jika siaran tersekat-sekat atau tergantung.
*kelancaran siaran live streaming bergantung pada kualiti internet dan kelajuan RAM komputer anda


Kepada mereka yang suka harga barang naik


Artikel di atas adalah telah diimbas dari sebuah artikel dari surat khabar Harian Metro bertarikh 11 Julai 2014. Ia memaparkan keperitan hidup keluarga empat beranak yang diketuai oleh ibu tunggal.  Jika dibaca pada tajuk artikel berkenaan sewajibnya kita berasa sangat menyedihkan dan malu.  Negara kita berbelanja besar untuk projek-projek mega dan penjenamaan semula imej pentadbiran pada saban waktu tetapi masih lagi ada rakyatnya yang susah dan miskin dalam zaman canggih-manggih begini.

Ada yang dah kaya (kononnya) tak kisah jika harga barang dan perkhidmatan naik berkali-kali dan katanya rakyat kita mampu serta tak terkesan dengan kenaikkan begitu (saya dengar sendiri dari perbualan seorang belia lanjut usia di Masjid Kampung Hulu, Melaka).  Hakikatnya benarkah begitu?

Saya teringat beberapa tahun sudah apabila saya menyelak surat khabar Melaka Hari Ini.  Semasa itu tugu 1Malaysia baru dibina di Pantai Klebang yang mana kos pembinaannya bernilai 1juta ringgit dan di halaman sebelahnya memaparkan kedaifan dan kesusahan sebuah keluarga di Melaka. Persoalannya, apakah membina tugu semahal begitu lebih penting dari membela nasib rakyat?

Kita bukan minta secara berterusan orang miskin ini dibantu dengan memberi makanan terus pada mereka setiap hari. Untuk jangka masa lama, berikanlah mereka cangkul, kail, tangguk, jala, tukul besi ataupun benih tumbuhan agar mereka yang dibantu ini dapat berdikari setelah itu.


Bagaimana untuk menambah dan membuang paparan widget pada Home Screen Android


Widget adalah mungkin salah satu ciri yang paling menarik pada peranti Android. Apabila memasang sesuatu aplikasi, anda bukan sahaja menerima aplikasi berkenaan itu tetapi sering kali juga mendapat beberapa widget tertentu yang didatangkan bersama-sama dengannya dan biasanya menawarkan pengguna akses yang cepat dan mudah untuk pelbagai ciri-ciri menarik.  

Menambah, menukar dan mengeluarkan widget dari mana-mana home screen (skrin utama) pada peralatan yang menggunakan sistem operasi Android adalah agak mudah, iaitu seperti berikut :

Untuk menambah widget :
-Sama ada tekan lama ruang kosong pada skrin utama anda, atau tekan "menu" kemudian "tambah." 
-Pilih "widget" dan benarkan senarai untuk terpapar  
-Pilih "widget" yang dikehendaki dari senarai dengan mengetik (tapping) ia (jika ada tetapan, menu akan 
  muncul)

Dari sini anda boleh menggerakkan widget sekitar "home screen" dengan hanya menekan lama pada mana-mana ikon widget dan kemudian mengheret ikon berkenaan.  


Untuk membuang widget :

Ikon widget boleh dikeluarkan daripada skrin utama peralatan anda dengan menekan widget tanpa lepas dalam beberapa saat dan mengheretnya ia ke pada ikon tong sampah yang akan muncul, sama ada ke atas atau bawah (bergantung kepada pelancar pada peralatan anda) dan kemudian melepaskan ia.

Semi-finals : Argentina vs Netherlands

Live on tv2, tvi & Astro


 Keputusan Akhir :

Netherlands  0  -  0  Argentina
 
Pasukan bola sepak Argentina layak ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 setelah mengalami detik pertarungan yang mendebarkan dengan pasukan Netherlands melalui kemenangan penentuan sepakan penalti dengan jaringan 4 berbalas 2.  Messi adalah pemain pertama yang mengambil sepakan penalti bagi pasukan Argentina dan beliau berjaya menjaringkannya.

Semi-finals : Brazil vs Germany

Siaran Langsung pada 4:00 pagi di TV2, TVi dan Astro


Para penyokong Brazil di Estadio Mineirao, Belo Horizonte hanya mampu terdiam dan tergamam melihat pasukan mereka, yang dianggap calon untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini diratah dengan mudah oleh Jerman. 

Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia.
 Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI


 Keputusan Akhir :

Brazil  1  -  7  Germany
11' Germany
23' Germany
24' Germany
26' Germany
29'  Germany
69' Germany
79' Germany
90' Brazil

*Komen : Teruk benar Brazil kena titik dengan Jerman. Macam pelik je apa yang dah berlaku ni... 

 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan