Semi-finals : Argentina vs Netherlands

Live on tv2, tvi & Astro


 Keputusan Akhir :

Netherlands  0  -  0  Argentina
 
Pasukan bola sepak Argentina layak ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 setelah mengalami detik pertarungan yang mendebarkan dengan pasukan Netherlands melalui kemenangan penentuan sepakan penalti dengan jaringan 4 berbalas 2.  Messi adalah pemain pertama yang mengambil sepakan penalti bagi pasukan Argentina dan beliau berjaya menjaringkannya.

Semi-finals : Brazil vs Germany

Siaran Langsung pada 4:00 pagi di TV2, TVi dan Astro


Para penyokong Brazil di Estadio Mineirao, Belo Horizonte hanya mampu terdiam dan tergamam melihat pasukan mereka, yang dianggap calon untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini diratah dengan mudah oleh Jerman. 

Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia.
 Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI


 Keputusan Akhir :

Brazil  1  -  7  Germany
11' Germany
23' Germany
24' Germany
26' Germany
29'  Germany
69' Germany
79' Germany
90' Brazil

*Komen : Teruk benar Brazil kena titik dengan Jerman. Macam pelik je apa yang dah berlaku ni... 

 

Apa bendanya kek pondan?


Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".

Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, Pensyarah Kriminologi dan Sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang tertonjol sebagai pakar tersohor dalam isu ini, mak nyah, yang secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki Mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbeza dengan kaum Khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.

Golongan seperti ini dilihat banyak menceburkan diri dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan seperti andaman, spa dan saloon. Namun ada juga sebilangan pondan yang menyertai bidang masakan. Ada yang tidak kisah mengenainya, namun  ada juga yang agak keberatan untuk memakan atau merasai hasil yang disediakan oleh  pondan.

Sila tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai isu ini :



*Ada juga jenama macam ni punya nama.. :D





Pesawat AirAsia AK 278 kemalangan


Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang 7 Julai 2014. AirAsia turut mengesahkan terdapat insiden membabitkan Penerbangan AK 278 di lapangan terbang terbabit yang berlaku sekitar 4 petang.

Bagaimanapun, semua 102 penumpang dan 7 kru di atas pesawat berkenaan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat. AirAsia dalam kenyataan media juga memaklumkan bahawa kejadian tersbeut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.



Bekas model lebih mengerti keperluan MENUTUP AURAT


Orang yang sudah Islam atau lahir dalam keluarga Islam pun masih tak "menutup aurat". Kalau ada pun yang bertudung, tapi pakaiannya masih tidak memenuhi spesifikasi menutup aurat yang dikendaki syariah, contohnya memakai pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk-bentuk dan lekuk-lekuk pada tubuh... Anda (kita) yang sudah lama Islam tak tahu malukah?

Seperlunya orang Islam wajib merasa "tamparan" apabila seorang cina kafir yang merupakan bekas model bunny majalah Playboy,
Felixia Yeap Chin Yee merasa selamat dan lebih dihormati apabila menutup aurat.... Alhamdulilah, beliau telah menganuti agama Islam pada 5 Julai 2014. Kini beliau menggunakan nama Raisyyah Rania.

Hidayah sememangnya datang dari Allah SWT, namun sebagai umat Islam, kita bukan menunggu "hidayah" itu sampai kepada kita, sebaliknya kita sendiri perlu berusaha secara berterusan "mendapatkan" hidayah berkenaan.

Anda dialu-alukan untuk membaca artikel "Tutup aurat bukan sekadar bertudung"





*Video adalah rakaman program sempena "Semarak Ramadhan Negeri Selangor", beberapa hari sebelum beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan