Rahsia sarang semut


Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan.  Kalau "orang putih" dengau (loghat negeri Melaka bagi perkataan "dengar"), mesti mereka akan terkejut dan berkata "WTH.....!!!".

Namun pada kali ini, atmosfera artikel saya bukanlah berkisarkan mengenai perkongsian resepi kuih atau biskut sarang semut, tetapi ia berkenaan dengan sarang semut yang sebenar.  Di luar negara (dalam video lokasinya mungkin di Australia), saintis membuat pemerhatian terhadap semut yang membina sarangnya.

Mereka mengkaji bagaimanakah rupanya "teknologi" dan bandar empayar sesebuah kerajaan semut dibina.  Mereka mengambil masa 3 hari dengan menuangkan bancuhan simen khas ke dalam lubang semut sehinggakan ia telah mencecah sebanyak 10 tan.

Selepas sebulan, mereka menggali di sekitar kawasan sarang semut itu bagi melihat keadaan sarang semut yang telah dituangkan bancuhan simen khas. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila tonton video di bawah :



Bas melanggar penjual roti bermotorsikal


Seorang penjual roti mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah bas pada lebih kurang pukul 5.30 petang di kawasan berhampiran perkampungan. Dia tercampak dari motor rotinya dan termasuk ke dalam sebuah longkang yang dalam.

Roti yang diniagakan banyak bertaburan di atas jalan raya disamping motornya yang tersadai di tengah jalan raya berkenaan. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya, dia terus merintih kesakitan dan cuba memanjat untuk keluar ke bahu jalan namun gagal.

Seketika kemudian datang orang kampung menghampirinya dan bertanya :

"Ada apa ni encik?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata,

"Adaa rotii kejuuu... Adaaa rotii coklaatt...Maacam-macaam ada....."




Penafian MRT Corp tentang kenderaan jatuh dalam lubang di Jalan Bukit Bintang


Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku pagi pada 23 April 2014 (Rabu), laluan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide telah ditutup pada hari yang sama.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata penutupan jalan raya telah dilaksanakan dengan serta-merta selepas Kontraktor Kerja Projek MRT Bawah Tanah KVMRT (T ) Sdn Bhd mengesan mendapan di bawah laluan pejalan kaki.

"Setelah mengesan mendapan, kontraktor dengan segera mengerahkan Pasukan Kecemasan (ERT) ke lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

"Keputusan dibuat berdasarkan kepada prosedur operasi standard projek MRT untuk menutup laluan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang arah Jalan Tun Razak bagi mengurangkan risiko terhadap orang awam.

"Pihak polis dan kakitangan ERT juga telah dikerahkan ke lokasi untuk mengawal laluan trafik," kata MRT Corp di dalam satu kenyataan media.

MRT Corp berkata penutupan , yang bermula dari jam 9 pagi, adalah supaya membolehkan kerja-kerja pengukuhan tanah dijalankan. MRT Corp turut berkata Jalan Bukit Bintang ditutup sehingga pukul 6 pagi, 24 April  2014.

"Semasa penutupan jalan itu, laluan trafik kontra telah dilaksanakan dengan kenderaan dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak diarahkan ke dua lorong yang bertentangan (menghala ke Bukit Bintang). "Dua lagi lorong masih terbuka untuk kenderaan yang menghala ke  Bukit Bintang."

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata mendapan itu tidak menyebabkan lubang besar sehingga membolehkan kereta jatuh ke dalamnya atau kerosakan harta benda.

"Kami segera menutup jalan itu apabila tanda-tanda awal mendapan ditemui oleh kakitangan, mengikut prosedur operasi standard kami.

"Saya menafikan semua khabar angin yang mengatakan bahawa kereta telah jatuh ke dalam lubang. Saya menyeru sesiapa yang sedang menyebarkan khabar angin itu untuk menghentikan kelakuan yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia boleh membuatkan orang ramai panik," katanya.


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan kawasan itu.

"Trafik dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak boleh menghala ke Jalan Imbi di Chulan Square, dan kemudian pusing kiri ke Jalan Inai, kemudian kiri sekali lagi ke Jalan Kampung dan memasuki semula Jalan Bukit Bintang di lampu trafik di mana mereka boleh belok kanan untuk menuju ke Jalan Tun Razak.

"Secara alternatif, pemandu boleh terus ke Jalan Inai dan  seterusnya sampai ke jalan Tun Razak.

"Satu lagi laluan alternatif adalah dengan meneruskan perjalanan di Jalan Imbi dan beralih kiri di jalan masuk SMART Tunnel, dan meneruskan perjalanan ke Bulatan Kampung Pandan di mana mereka boleh pergi ke Jalan Tun Razak."

Lebih pening dari Keluarga 69 ?


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,

Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri.

Aku sendiri naik pening menterjemahkan semua nih...!



*Ini adalah hikayat rekaan sahaja tetapi tidak mustahil ia boleh atau ada berlaku dalam masyarakat kita.

Solat Hajat & Bacaan Yasin di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim‏


Assalamualaikum WBT,
Dengan segala hormatnya, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjemput Saudara / Saudari ke Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24.4.2014 (Khamis)

Masa: 7:15 pm 

Lokasi:  Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim 
             11, Jalan 3/61 Bukit Segambut Dalam,
             51200 Kuala Lumpur.

* Solat Maghrib di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sekian, Terima Kasih.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan