Raja Bomoh dicela Pendekar Silat Kampung



Setelah beberapa kali Raja Bomoh 1Malaysia, iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat aksi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin yang dikatakan berang dengan sikap biadap terhadapnya, seorang anak jati Rompin, Pahang (tanpa memperkenalkan namanya) telah tampil "membuat" teguran kepada Raja Bomoh 1Malaysia yang amat popular ketika ini.

Merendah diri dengan mengatakan bahawa di tidak pandai sangat bersilat dan hanya belajar "silat kampung", beliau agak tegas dan lantang bersuara terhadap isu "Raja Bomoh 1Malaysia" ini. Beliau mendakwa Ibrahim Mat Zin adalah sesat serta khurafat dan menyeru anak murid Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib meninggalkan "Ibrahim Mat Zin".

Beliau juga mengaku bahawa tidak berniat untuk mencari publisiti tetapi untuk menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh kepada penipuan Raja Bomoh 1Malaysia terhadap kaedah perawatan yang dijalankan bomoh berkenaan yang didakwa menggunakan sihir.  Tonton video di bawah ini :







Keputusan AFC Cup | Group F : T & T Ha Noi - Selangor (19.03.2014)

 
 Kumpulan F
Stadium  Hang Day 
19.03.2014
18:00


KEPUTUSAN AKHIR :

T &T Ha Noi (Vietnam)   1   -   0   Selangor (Malaysia)
52' T & T Ha Noi


PENGUASAAN PERLAWANAN :

T &T Ha Noi (Vietnam)   58%   -   42%   Selangor (Malaysia)

 

Keputusan AFC Cup : Kelantan - Ninh Binh (18.03.2014)

Kumpulan G
18 Mac 2014
6.00 petang


- KEPUTUSAN PENUH
tamat

Kelantan (Malaysia)  2  -  3 Vissai Ninh Binh (Vietnam)


Tarian dan nyanyian Ultras Taming Sari

 

Tidak perlu dipertikaikan lagi, Ultras Taming Sari adalah pencetus semula gelombang penyokong dan peminat bola sepak di Melaka khasnya dalam menyokong pasukan bola sepak negeri Melaka.

Membawa konsep sokongan dari Ultras Malaya, mereka telah memulakan pergerakkan Ultras di Melaka sejak lebih kurang 2-3 tahun kebelakangan ini. "Konsep asasnya" ialah memberi sokongan berterusan pada pasukan bola sepak negeri Melaka walaupun pasukan sedang hampir kalah mahupun telah kalah.

Berikut adalah video yang merakamkan "aksi" Ultras Taming Sari di Stadium Hang Jebat, Melaka semasa perlawanan ketiga Liga FAM, Melaka United menentang pasukan MISC-MIFA pada 16 Mac 2014 dengan kemenangan berpihak kepada Melaka United, 5 berbalas 2 gol...

Nyanyian tetap diteruskan walaupun hari dah mendung nak hujan

 
*KOMEN :
-Sangat mengharapkan konsep sokongan begini berterusan dan tidak berubah serta tidak dipengaruhi elemen dan kepentingan peribadi individu tertentu.

-Walauapapun organisasi yang kita sertai, ingatlah matlamat perjuangan asal yang positif, jangan pernah mengubahnya.

Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia


Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab.  Promosi percuma yang beliau dan rakan-rakannya perolehi sangat jarang didapati oleh "usahawan" lain yang kebiasaannya memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membayar kos pengiklanan dan promosi imej sama ada di dalam dan di luar negara.

Beliau dikira sangat bertuah dengan publisiti yang diberikan.  Dan semenjak kes beliau yang dikatakan melakukan sesuatu yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar (walaupun ada pihak yang menyokongnya), melahirkan ramai juru edit bahan digital yang kreatif.  Pelbagai bahan-bahan terbitan digital dilihat banyak disebarkan ke segenap ruang internet di Malaysia, malah mungkin sudah menerjah jaringan antarabangsa.

Dalam artikel ini saya memaparkan beberapa koleksi gambar tok bomoh yang telah diedit oleh mereka yang sangat kreatif (kreatiflah sangat.....).


**gambar akan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya ada gambar baru**












*KOMEN :

- Tidak bertanya tersesat jalan... Jika terjadinya hal mengelirukan seperti ini, duduk sepakat bincang dan huraikan dari pelbagai sudut, apa yang salah dan mana yang betul.

-Dalam tiap perkara, agama adalah perkara asas yang nombor satu wajib dipertimbangkan dari segi perlaksanaan dan perlakuan. Dalam konteks isu ini adalah Islam.

-Dikuatiri "tindakan berani" beliau ditaja atau didalangi oleh pihak "pembesar" tertentu bagi mengalihkan dan menyibukkan perhatian rakyat jauh dari sesuatu perkara yang lain a.k.a berlakon je ni...

-Mulianya seseorang harus dinilai pada keimanan, kesabaran dan keteguhannya dalam mempertahankan kebenaran, berani buat teguran disaat yang lain kelu dan memperterangkan yang haq serta membersihkan yang bathil...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan