Pengakuan bekas rakan sekolah Jep dan Mamat


Berikutan dengan keluarnya Mamat dari kumpulan pelawak Sepah dan secara terlangsungnya menjadikan Sepah sebagai "Sepahtu", ada seorang yang kononnya bekas rakan sekolah Jep dan Mamat membuat luahan  perasaan dalam facebook  "Gua Tv Dot Com", sebagai respon kepada penurunan prestasi lawak Sepahtu  yang kini sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2013.

Akaun tanpa gambar profile bernama Iskandar Rashid memberi komen berikut :

"sejujurnya ini pandangan ikhlas aku

aku kenal siapa sepah, dan jep dan mamat ni adalah rakan sekolahku.....( jep sila ingat aku andai ko terbaca ni

sememangnya sepah dulu tiada lagi......lawak sepah kini tiada lagi

ye...aku mengaku, perginya mamat pada mulanya ramai mengatakan sepah tak terkesan kerana ramai menganggap mamat seolah-olah macam penumpang dalam maharaja lawak sebelum ini

AKAN TETAPI....

mamat kaya dengan idea lawak.....sepah dulu banyak bergantung kepada idea mamat, sebagai rakan sekolah...aku kenal mamat pandai mengolah cerita untuk dijadikan bahan lawak.........maklumlah mamat ni loyar buruk sikit orangnya, orang loyar buruk ni banyak idea.....malangnya dari segi persembahan, mamat tak pandai menggayakan ideanya kepada lawak berdasarkan lenggok badan dan mimik muka dan suara.....tapi kat sini bukanlah aku nak kata jep dan shuib tak menyumbangkan idea sebelum ini......

maka punch line disini kelebihan ada pada jep......dan mamat sebagai back up

kini mamat takde, maka jep dan shuib terpaksa mengolah idea sendiri.....meskipun mamat banyak dilanda kontroversi, tapi idea idea mamat tu PENTING bagi sepah sayangnya ia tiada lagi.....

kalau benar idea mamat takde pengaruh dalam persembahan sepah sebelum ni....kenapa sekarang sepah gagal menampilkan konsistensi persembahan walalupun dah masuk minggu kelima??? hinggakan pada satu tahap, aku dah boleh bajet apa punnchline sebelum mereka keluarkan punch line...

bagi jep dan mamat, tak salah untuk kalian bersatu semula...sejujurnya kalian memerlukan antara satu sama lain.....buang yang keruh ambil yang jernih, ingat sikit persahabatan masa sekolah.....di mana ada jep disitu ada mamat......

-jangan lupa warung pak khalid belakang sekolah tempat melepak lepas abis sekolah

-jangan lupa bangsal tepi padang...tempat duduk waktu rehat

- jangan lupa asal usul macam mana susahnya menghadiri ujibakat di plaza angsana, mamat mengaku dia malu berpakaian perempuan di atas pentas ujibakat, tapi demi mencuba nasib digagahkan jua ( luahan ni )

aku juga tahu punca di sebalik perpecahan ini, namun bagiku ia hanya perkara yang rasanya bukannya takde jalan penyelesaian...sebaliknya hanya satu perkara.....buang ego masing2

dalam situasi ini....nak sebelah jep tak boleh...nak sebelah mamat tak boleh....masing2 takde salah...tapi ingat sikit korang dulu sama sama naik

P/S: kadang2 bila tengok gambar kamu berdua zaman sekolah yang ada dalam simpananku...pelik jugak kenapa sekarang kamu berdua tak boleh kekalkan

tulisan ini hanya dari seorang kawan lama sentiasa menyokong dari belakang....aku tak suka orang sekeliling mencemuh kerjaya baru kalian berdua.....menggelarkan kalian berlagak, over atau sebagainya kerana aku kenal kamu berdua....semasa menang raja lawak, mamat ada berkata semasa siaran langsung lepas penyampaian hadiah

MAK...ORANG TAK DAPAT BAGI IJAZAH, TAPI DAPAT BAGI INI

aku mengaku aku menangis dengar ayat tu....bila mengenangkan kembali cerita cerita zaman sekolah sehingga kamu berjaya, pada aku kkorang berdua adalah contoh pada rakan kita lain bahawa, tanpa kelulusan kita juga mampu ubah nasib....walaupun aku belajar tinggi, tapi aku percaya pendapatan kalian 10 kali ganda lebih hebat......macam jep menang super spontan 100 ribu....aku nak dapatkan 100 ribu tu kena kerja aku rasa 4/5 tahun tanpa makan dan minum....dan sejujurnya aku pernah datang ke dewan maharaja lawak dan tengok kalian dari jauh.....nak masuk dalam takde pass.....nak pergi dekat tuk berbual takut tumpang glamor pulak kerana masa tu kamu ngah sibuk wat persiapan persembahan....takpelah cukupla tengok dari jauh

maafkan andai ada tersingung dengan tulisan ini....kerana ia tak lain dan tak bukan merindui lawak bermesej sepah yang dulu..."

iklas dari sahabat sekolahmu
SMKSI KULAI 2002



*Kesimpulan :

-Tiada displin, tidak ada gunanya walau seseorang itu pandai macam mana sekalipun.
-Semoga Sepahtu yang ada kini akan lebih baik dari sehari ke sehari dan lebih bersih dari dahulu

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 - Malaysia lwn Laos

Berikut adalah keputusan perlawanan kedua Malaysia bagi acara Bola Sepak Sukan SEA peringkat kumpulan A menentang Laos.

Perlawanan yang berlangsung pada 13 Disember 2013, pukul 5.30 petang (waktu Malaysia) disiarkan secara langsung oleh Astro Arena saluran 80, RTM TV1 dan TV9.


 KEPUTUSAN PENUH
MALAYSIA 4  -  1  LAOS
Hazwan Bakri - minit 7 (Malaysia)
 K.Reuben - Malaysia minit 38  (Laos)
Hazwan Bakri - minit 60 (Malaysia)
Laos gol sendiri 79 (Malaysia)
 Hazwan Bakri - minit 86 (Malaysia)

Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 4


Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 3".  Pada artikel kali ini saya memaparkan lirik dan lagu yang bertajuk "Pedih - Awie", "Pasti - Mega" dan "Suratan Cinta Kita - Iwan".

*-*-*-*-*

Pedih - Awie
Jelingan manjamu yang mempesonakan
Membuatkan hatiku indah terasa
Mungkinkah kita akan merasakannya
Hidup berdua hingga Ke akhir hayatku

Mata bertentang hati pun berkata
Engkaulah satu tiada duanya
Hidup gembira mesra sentiasa
Akhirnya musnah jua oleh orang ketiga

(*)
Adakah ini dugaan semata
Untuk aku pelajari
Erti dewasa untuk terima
Kehidupan tak selamanya
Harus menjanjikan bahagia

Sungguh ku tak menyangka tangan ku hulurkan
Demi masa depanmu
Tergamak engkau mendustakan kau nodai

(Ulang *)

Apa yang aku kesalkan
Kau tak menghargai
Cinta yang ku berikan
Cinta yang tak berbelah bagi
Cinta suci

Jelingan manjamu yang mempesonakan
Membuatkan hatiku indah terasa
Sehingga aku ketepikan segala
Engkau ku bagaikan
Sebutir mutiara

Video Youtube :


Pasti - Mega
Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
Kau lakukan untukku

Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membanjiri kolam hatiku
*korus
Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau kisahkan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Merenung kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu
ulang *korus 2 x

Video Youtube :


Suratan Cinta Kita - Iwan
Tak pasti kemanakah
Kan ku bawa hati ini terluka
Biarpun kan ku pendam
Tiadakan ku berdendam

Cukuplah ku rasakan
Kekecewaan yang sering melanda
Rela ku hadapinya walau apa jua

Biarkan lah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangiskan akan perpisahan ini
Semua sudah suratan

Tak tahu mengapakah
Cinta yang lama terbina berkecai
Walau hakikatnya
Kita saling menyayangi

Manis yang kau rasakan
Pahit yang aku terima menusuk
Hanya mampu berserah
Walau apa jua

Biarkanlah aku pergi
Biarkan ku bawa diri
Usah kau tangisi
Akan perpisahan ini
Semua sudah suratan

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini

Hanya kerana mulut berbisa
Engku terperdaya
Bukannya pintaku bukannya mahuku
Perpisahan ini

Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa
Selamat tinggal kasih
Semoga engaku berbahagia

Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa
Selamat tinggal sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tingalkan kenangan selama-lamanya

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini

Hanya kerana mulut berbisa
Engku terperdaya
Bukannya pintaku bukannya mahuku
Perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa

Selamat tinggal kasih
Semoga engaku berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa

Selamat tinggal sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tingalkan kenangan selama-lamanya


Video Youtube :

Sijil Perakuan Arah Kiblat Negeri Melaka


Kebiasaannya pihak pengurusan Hotel, rumah tumpangan atau homestay akan berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada agensi tertentu kerajaan dalam pelbagai aspek  seperti pengurusan, kebersihan, kesihatan,  kecantikan dan halal. 

Namun, Jabatan Mufti Negeri Melaka mengambil langkah awal berbanding dengan negeri lain dengan mewujudkan pengiktirafan 'Sijil Perakuan Arah Kiblat Bagi Premis di Negeri Melaka'.  Ia bukan saja hanya untuk pengusaha pusat pelancongan dan percutian malah jabatan-jabatan berkaitan kerajaan dan bangunan persendirian juga turut digalakkan untuk memohon sijil ini.

Jabatan Mufti Negeri Melaka telah telah mengambil inisiatif mewujudkan satu Portal dinamakan 'E-Kiblat' yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan premis-premis yang telah memperolehi Sijil Perakuan Arah Kiblat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka. Dengan adanya sijil perakuan itu, maka orang ramai khususnya pengunjung beragama Islam tidak perlu merasa was-was bersolat di dalam premis berkenaan.

Sistem E-Kiblat ini juga dibangunkan untuk proses permohonan penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi Negeri Melaka. Permohonan ini terdiri daripada dua (2) kategori iaitu permohonan Masjid / Surau baharu dan juga premis seperti asrama, hotel, surau dalam bangunan dan lain-lain lagi. Pemohon hanya perlu mengisi borang secara 'online' dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Senarai Perakuan Arah Kiblat di Negeri Melaka atau ingin memohon perakuan untuk premis anda, bolehlah melayari www.al-azim.com/kiblat

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 - Brunei lwn Malaysia





Sukan SEA Myanmar 2013 (Acara Bola Sepak) : Brunei - Malaysia 
10 Disember 2013 (Selasa)
5.30 petang
 
Berikut adalah keputusan perlawanan pertama Malaysia bagi acara Bola Sepak Sukan SEA peringkat kumpulan A menentang Brunei Darussalam di Stadium Zeyer Thiri, Myanmar.

Perlawanan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang (waktu Malaysia) disiarkan secara langsung oleh Astro Arena saluran 801 dan RTM TV1.

 KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 2  -  0  BRUNEI

Rozaimi Rahman - minit 32 (Malaysia)

Ashri Chuchu - minit 71 (Malaysia)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan