Undian Piala FA 2014 - Liga Malaysia

Piala FA 2014 menyaksikan persaingan 30 buah pasukan negeri dan kelab di mana ia melibatkan 12 pasukan Liga Super 2014, 12 pasukan Liga Premier 2014 dan 6 pasukan dari Liga FAM 2014 termasuk skuad Harimau Muda C. 

Piala FA 2014 bakal menyaksikan pertembungan yang "hangat" dua pasukan finalis Piala FA 2013 iaitu Johor Darul Takzim FC dan Kelantan yang menyaksikan mereka berada di laluan yang berlainan dalam usaha mereka untuk terus mara ke peringkat seterusnya. Johor Darul Takzim FC dan Kelantan mendapat 'bye' pada pusingan pertama kerana selaku juara dan naib juara Piala FA 2013.

Sepak mula pusingan awal akan diadakan pada 21 Januari 2014.  

Lain-lain keputusan undian Piala FA musim 2014 adalah seperti berikut :

1. T-Team - UiTM FC

2. Kuala Lumpur - Kedah

3. Melaka United - Perlis

4. PP.PBAPP FC - Sabah Cebagoo FC

5. PDRM - SPA Putrajaya FC

6. Lions XII - DRB HICOM FC

7. Perak mln Pahang

8. Kuantan FA mln Sabah

9. PKNS FC mln Johor Darul Takzim II (Johor FA)

10. Terengganu mln Kuantan Port FA

11. Sime Darby mln ATM

12. Negeri Sembilan mln Felda United

13. Harimau Muda C mln Selangor

14. Sarawak mln Pulau Pinang


Lirik dan Lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - AMAR


Lirik :

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

RAP:

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri

Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA

Lagu :

Siri Perubatan Islam : Doa merawat lelah dan asma


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. 

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). 

Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. 

Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas "sternum" & "klavikel", dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
 

Kaedah perawatan menggunakan doa :

Jika anda atau sesiapa menghidap asma atau lelah, boleh dibacakan kombinasi doa-doa di bawah : 

1. Surah al-Fatihah 
2. Selawat Syifa' 
3. Baca doa merawat asma sebanyak tujuh kali.

ATAU

Kaedah perawatan menggunakan doa (seperti di atas) dan pilih mana-mana bahan-bahan seperti di bawah :

Bahan 1:
 
- Buah petola muda yang sederhana besar.

Kaedah:

  1. Potong kepalanya dan buang semua bijinya kemudian masukkan gula batu di dalamnya, dan tutup semula kepalanya dengan batang lidi.
  2. Bakar dengan api yang sederhana besarnya dengan meletakkan alas (seperti tutup periuk) di bawahnya sehingga masak buahnya dan gula batu menjadi cair.
  3. Perah dan minum airnya ketika suam pada waktu pagi dan petang.
 
Bahan 2:

-Sediakan madu lebah asli yang dicampur dengan tiga titik getah buah betik.

Kaedah:
 
  1. Bagi orang dewasa, bahan yang diperlukan ialah satu sudu besar madu dan 4 atau 5 titik getah buah betik.
  2. Campurkan madu dengan getah betik tadi, dan diberi minum. Setelah itu, minumlah air yang telah didoakan.
  3. Untuk merawat kanak-kanak hanya 2 titik getah betik diperlukan.
  4. Beri makan pesakit pada waktu malam sahaja.
  5. Bekalkan air yang didoakan untuk diminum sekiranya pesakit tidak dapat tidur.

Bahan 3: 

-Anak burung ciak rumah  yang telah disembelih dan dijadikan sup.

Kaedah:
 
a. Beri sup termasuk daging dan tulang burung kepada pesakit.



Sumber rujukan dari : 
- Darussyifa (Tuan Guru Dr. Haron Din)

Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam


Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet.
 
Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian. Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.
 
Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber. Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya. 
 
Antara jenayah siber yang kian meningkat ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, pengintipan, penggodaman dan penyebaran virus dan cecacing komputer. Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi orang awam untuk mengambil kisah akan keperluan keselamatan siber bagi membendung gejala jenayah "kolar putih" ini.  Berikut adalah panduan yang boleh dipraktikkan oleh orang awam dalam menangani isu masalah keselamatan siber :


Panduan Keselamatan Siber

1. Antivirus
Gunakan perisian antivirus sebagai pelindung utama komputer anda dan pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini

2. Emel
Jangan buka emel atau lampiran daripada sumber yang tidak diketahui. Sentiasa merasa curiga terhadap apa-apa lampiran emel yang tidak dijangka walaupun anda menerimanya daripada orang yang anda tahu

3. Katalaluan
Gunakan kombinasi katalaluan yang sukar untuk diceroboh seperti gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Seeloknya tukar kata laluan setiap enam bulan.

4. Internet
Putuskan sambungan Internet sekiranya tidak digunakan.

5. Akses Komputer
Jangan berkongsi akses komputer anda dengan orang yang tidak dikenali. Pelajari risiko perkongsian fail. Elakkan menulis maklumat akses di tempat yang mudah dilihat.

6. Membuat Sandaran (Backup)
Sentiasa melakukan backup pada komputer anda dan simpan di tempat lain (External Hard Disk, DVD, USB Flash Drive).

7. Perlindungan Titik Akhir (End Point Protection)
Gunakan aplikasi Firewall untuk melindungi komputer anda daripada penceroboh Internet.

8.Penampalan / Kemas Kini (Patching / Update)
Kerap memuat turun kemaskini perisian keselamatan dan "patch" untuk sistem operasi dan perisian berkaitan.

Idea giler aku untuk bisnes 2014

http://kelas-ict.blogspot.com/2013/11/promosi-bayar-yuran-kursus-komputer.html

Inilah idea yang belum pernah saya buat sepanjang saya menjalankan perniagaan secara rasmi atas nama ICT Niaga Enterprise sejak tahun 2007 lalu. Idea menukarkan makanan sebagai pengganti kepada duit untuk membayar yuran kursus komputer yang saya anjurkan.  

Bunyinya macam kembali ke zaman "hitam putih" tetapi ianya adalah idea spontan dalam beberapa minggu lalu dan saya mengatur dan menggilap idea berkenaan dari semasa ke semasa, maka hasilnya ialah secara rasminya saya melancarkan "Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan" pada blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT

Ianya tetap dilaksanakan walaupun mungkin ada yang mengatakan ianya idea gila, namun bagi saya ia memberi pilihan kepada mereka yang ingin belajar komputer tetapi mempunyai kewangan yang terhad.  

Promosi ini sangat membantu khususnya rakyat negeri Melaka kerana saya telah memberikan diskaun separuh harga dari caj yang sebenar, mengikut harga asal pakej tertentu.  Diskaun diberikan pada pakej kursus yang berharga RM100.00 ke atas.  Manakala bagi pakej bawah RM100.00, nilai barangan makanan yang hendak ditukarkan adalah tidak berubah.

Untuk maklumat lanjut, klik gambar di atas sekarang...!

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan