Waktu kini adalah musim durian. Para peminat "raja buah" ini pasti ternanti-nantikan bekalan buah durian sampai ke dalam pasaran. Begitu juga di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka, tidak ketinggalan untuk menyambut musim ini dengan menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan durian.
Yang lebih menariknya, ia diberi secara percuma kepada pengunjung yang makan dan minum di medan selera Pasar Tani UTC Melaka. Ia terhad kepada 100 orang pengunjung terawal yang datang menjadi pelanggan di medan selera, bermula dari pukul 4.30 petang.
Program ini bermula selama lima hari iaitu sejak hari Isnin (10/12/2012) hingga ke hari Jumaat (14/12/2012). Berikut adalah jadual edaran makanan berasaskan durian :
Isnin (10/12/2012)
- bubur kacang durian
Selasa (11/12/2012)
- Pulut durian
Rabu (12/12/2012)
- Karipap durian
Khamis (13/12/2012)
- Durian "crepe"
Jumaat (14/12/2012)
- Desert durian
**untuk makluman pembaca,
Pasar Tani UTC Melaka dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.