Makanan berasaskan durian diberi percuma di Pasar Tani UTC Melaka


Waktu kini adalah musim durian. Para peminat "raja buah" ini pasti ternanti-nantikan bekalan buah durian sampai ke dalam pasaran.  Begitu juga di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka, tidak ketinggalan untuk menyambut musim ini dengan menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan durian.

Yang lebih menariknya, ia diberi secara percuma kepada pengunjung yang makan dan minum di medan selera Pasar Tani UTC Melaka. Ia terhad kepada 100 orang pengunjung terawal yang datang menjadi pelanggan di medan selera, bermula dari pukul 4.30 petang.

Program ini bermula selama lima hari iaitu sejak hari Isnin (10/12/2012) hingga ke hari Jumaat (14/12/2012). Berikut adalah jadual edaran makanan berasaskan durian :

Isnin (10/12/2012)
- bubur kacang durian

Selasa (11/12/2012)
- Pulut durian

Rabu (12/12/2012)
- Karipap durian

Khamis (13/12/2012)
- Durian "crepe"

Jumaat (14/12/2012)
- Desert durian


**untuk makluman pembaca, Pasar Tani UTC Melaka dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Related Posts:

  • Resepi Florentine Cookies Bahan-bahan3 cawan tepung florenta1/2 cawan biji bunga matahari hijau*1/2 cawan biji bunga matahari putih*1/2 cawan kuaci hitam*>>>boleh juga gunakan apa sahaja kekacang yang sesuaiCara Pembuatan : 1.Bakar sekeja… Read More
  • Usahawan kreatif jual burger berwarna-warni KEBIASAANNYA, roti burger berwarna putih dan dihidangkan bersama daging burger, sos, mayonis, salad, tomato serta lain-lain sehingga membangkitkan aroma menyelerakan dan menarik sesiapa sahaja untuk … Read More
  • Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng Bahan-bahan : 4 biji tauhu 2 bungkus tauhu telur 1 ketul dada ayam / udang 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng Daun sup potong halus Sedikit cili merah potong halus Bawang goreng, Gar… Read More
  • Resipi Kek Lapis Keju Bahan-bahan : 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee) 1 Cawan susu segar 250gm Cream cheese 100gm Whipping cream non-dairy 3 Sudu besar gula castor 1 Sudu besar gelatin halal 50… Read More
  • Restoran dan Kiosk Ramly Burger Dalam kehangatan isu boikot Restoran Makanan segera Mc Donalds, ada lagi agenda yang lebih penting dan dirasakan wajib bagi meneruskan legasi empayar perniagaan milik orang Islam terutamanya orang Melayu.   … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan