Bersolat tetapi masih hidup susah? Rugi ke?

Berusaha, doa, solat dan beristiqamah adalah jalan terbaik untuk berjaya...


Ada yang berkata : “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada yang berkata demikian, ketika itu? Dia mungkin berjaya dari sudut keduniaan, tetapi semakin jauh dari ALLAH SWT. Itulah istidraj.

Istidraj adalah, apabila ALLAH SWT memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH SWT yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH SWT itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH SWT suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Dan janganlah dari kalangan kita mengaku beriman kepadaNya sebelum diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan.....

Keputusan Liga Super Malaysia 23 Jun 2012

 
KEPUTUSAN PENUH

SARAWAK 1 - 2 PERAK
Stadium Negeri Sarawak, Kuching
minit : 10'
minit :
minit :

T-TEAM 1 - 1 NEGERI SEMBILAN
 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
minit : 55' - Negeri Sembilan
minit : 63' - T-Team

SELANGOR PKNS 2  - 2 TERENGGANU
 Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
minit : 3' - Terengganu
minit :  32'- Selangor PKNS
minit : 37' - Selangor PKNS
minit : 90' - Terengganu

KELANTAN 2 - 0 SABAH
Stadium Sultan Muhammad IV, KB
minit : 6' - Kelantan
minit :  90' - Kelantan

KEDAH 2 - 1 KUALA LUMPUR
 Stadium Darul Aman, Alor Setar
minit : 39' - Kedah
minit :  73' - Kedah
minit : 81' - Kuala Lumpur

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (23 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Korea Selatan


Perlawanan kelayakan Piala Asia untuk pemain bawah 22 Tahun merupakan kejohanan yang pertama kali seumpamanya diadakan oleh badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung dalam tahun 2013. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Pasukan Malaysia bawah 22 tahun dibawah bimbingan Ong Kim Swee diundi dalam kumpulan G, bersama Korea Selatan, tuan rumah iaitu Myanmar, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 2 - 3 KOREA SELATAN
 minit 7' - Malaysia
minit 12' - Korea Selatan
minit 31' - Korea Selatan
minit 33' - Korea Selatan
minit 61' - Malaysia



**separuh masa kedua ada perubahan positif... insya Allah... pada perlawanan seterusnya Malaysia akan dapat buat yang paling baik dari perlawanan ini... Paling penting KEKALKAN minda dan kata-kata positif kerana "kata itu doa"... jadi berdoalah yang baik-baik sahaja.....

Keputusan Liga Super Malaysia 22 Jun 2012

 
22 Jun 2012  (Jumaat)

Hanya satu perlawanan yang berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan pertembungan pasukan dari perladangan iaitu Felda United menentang pasukan dari selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

KEPUTUSAN PENUH

KL FELDA UNITED 0 - 1 Johor FC
Stadium Hang Jebat, Melaka

minit 54' - Johor FC

Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa

 

Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental. 

Bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang beriman, bertaqwa dan memberi manfaat yang baik dalam zaman serba moden dan serba canggih ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik atau tidak sehaluan dengan tuntutan Allah SWT.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa kesilapan ibubapa
(secara umumnya) dalam memberi didikan kepada anak-anak sejak mereka kecil hinggalah dewasa. Bukan untuk mencari salah tetapi lebih kepada muhasabah diri, yakni menilai kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Pentafsiran kita mungkin berbeza, namun matlamat seharusnya sama iaitu untuk memberi segala kebaikan pada zuriat kita agar berjaya dan beriman di dunia dan akhirat...

Kesilapan ibu bapa dalam menggunakan kaedah mendidik anak-anak :
  • Ibu bapa mempunyai matlamat yang silap atau tersasar dari landasan yang sebenar dalam tujuan menghantar anak-anak ke sekolah.
  • Memilih sekolah hanya atas dasar "dekat dengan rumah" dan meminggirkan faktor-faktor lain yang lebih utama.
  • Memberi atau menunjukkan contoh serta tauladan yang salah / kurang sesuai pada anak-anak.
  • Tidak atau jarang memberi motivasi pada anak-anak.
  • Mengongkong atau menyekat kreativiti (kreatif) anak-anak.
  • Membataskan pergaulan anak-anak tanpa menerangkan sempadan-sempadan atau adab pergaulan dalam Islam.
  • Tidak atau kurang memberi didikan akhlak dan agama.
  • Menyerahkan atau melepaskan sepenuhnya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak pada guru.
  • Kurang mengajar anak-anak soal bertanggungjawab dan berdikari.
  • Terlalu mengharap anak-anak memberi hasil yang baik dan cemerlang dengan cepat sehingga anak itu mengalami tekanan perasaan.
  • Menjauhkan anak-anak dari orang yang sepatutnya didekatkan pada mereka, yakni orang yang baik akhlak dan beramal soleh.
  • Kurang atau tidak menghormati hak, maruah serta perasaan anak-anak.
  • Kurang meluangkan masa yang berkualiti tinggi bersama anak-anak.
Antara kesan yang akan dilihat pada anak-anak sekiranya kesalahan seperti di atas berlaku ialah :
  • Anak-anak akan menjadi insan yang tiada atau kurang berwawasan
  • Sukar berdiskusi atau berbincang secara berhikmah
  • Lemah pendirian
  • Tidak mempunyai keyakinan dan keazaman yang tinggi
  • Mudah tersinggung, 
  • Pemarah, 
  • Menjadi seorang yang suka berbohong
  • Sukar untuk berdikari dan berusaha sendiri.
  • Pendendam

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan