Profil penyampai Sinar Pagi (Sinar.fm) - Khairil Rashid, Salih Yaccob dan Raja Azura

 

Saya mula mendengar stesyen radio Sinar FM sejak ia menumpang frekuensi stesyen radio Era.FM.  Sehinggalah kini saya stesyen radio berkenaan masih menjadi pilihan utama saya terutamanya semasa segmen "Sinar Pagi" yang dikelolakan oleh trio Sinar Pagi iaitu Khairil Rashid (Krill), Kak Engku @ Raja Azura (K.E.) dan Salih Yaacob (SY).

Bagi saya gandingan mereka adalah serasi dan menjadi daya penarik utama untuk stesyen radio Sinar.FM menjadi antara stesyen radio yang popular di Malaysia.  Kemunculan mereka pasti akan menceriakan pagi pendengar stesyen radio berkenaan dengan celoteh-celoteh dengan topik-topik yang menarik dan lucu setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Berikut adalah maklumat ringkas bagi trio "DJ" bagi segmen Sinar Pagi :


Nama saya: Khairil Rashid

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang
: 13,574 hari.

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri
: Album Flybaits yang gambar kartun mereka dalam gelanggang tinju.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya:
Ketam goreng berlada

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Pulau Perhentian sebab tak henti-henti bekerja (….bodek boss).

Warna kegemaran saya dan mengapa
: Hijau sebab ianya menyegarkan minda.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem-filem komedi seperti Meet The Parents, Meet The Fockers

S
aya menjadi seorang yang sensitif bila: Mengantuk.

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India
untuk beli baju raya.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB
, saya nak cakap pada Israel ` He, korang tak de anak bini ke, tak de perasaan ke?.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysi
a, saya akan namakan resepi Rendang Malaysia.

Jika saya terserempak dengan hantu,
saya akan rakam video dia dalam handphone, sape nak tengok kena download melalui blog saya, satu download RM10….

Idola Saya
ialah ayah saya

Erti persahabatan pada diri saya adalah
..saling hormat menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.

`
Rumahku Surgaku’ bermakna..bukan saja saya sekeluarga, malah sesiapa saja yang bertandang ke rumah saya akan merasa gembira, tak percaya datanglah rumah….


 

Nama saya: Salih Yaccob.

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang: 47 tahun 3 bulan……

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: Tak ada.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya
: Mee segera.

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Pulau Perhentian. Tak ada masa nak pergi.

Warna kegemaran saya dan mengapa: Putih sebab bersih.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem madu tiga.

Saya menjadi seorang yang sensitif bila
: Ada yang menderita kerana peperangan

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India
untuk pergi kedai Din Wahab.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB, saya nak minta maaf kerana manusia sendiri menjadikan dunia ni penuh dengan kemusnahan akibat peperangan, pencemaran dan ketamakan.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia, saya akan namakan resepi itu Makanan Lazat sebab rasanya sedap.

Jika saya terserempak dengan hantu, buat don’t know aje.

Idola saya ialah.. saya sendiri.

Erti persahabatan pada diri saya adalah.. jujur dalam persahabatan.

Rumahku Surgaku’ bermakna.. rumah tempat beribadah satu keluarga.




 

Nama saya: Raja Azura Binti Tengku Ahmad Tajudin.

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang
: 18 tahun…eh taklah tapi rahsia..he he he

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: Udah lama…tak ingat.

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya: Sambal goreng ikan bilis dan sum sum daun pandan. Masa tu darjah 2

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa
: Banyak tempat belum dilawati sebab sibuk sangat.

Warna kegemaran saya dan mengapa: 12 warna lunar kerana semua warna ada.

Filem yang membuatkan saya ketawa
: Filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.

Saya menjadi seorang yang sensitif bila: Ada orang berlagak depan saya dan menipu.

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India untuk beli baju raya Din Wahab.

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB,
saya akan lihat dulu perkembangan di sana dan minta balik ke tanah air kerana saya ni seorang yang sensitif.

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia
, saya akan namakan resepi itu Best Lauk Malaysia kerana lauk Malaysia memang best dan orang putih tak tahu banyak tentang lauk-pauk Malaysia.

Jika saya terserempak dengan hantu, ..ee..hantu ke? Err tumpang lalu.

Idola saya ialah..Bonda saya le

Erti persahabatan pada diri saya adalah..Bantu menbantu, ikhlas serta menjadi pendengar yang setia.

`Rumahku Surgaku’ bermakna..Rumah adalah segala-galanya, menjadi tempat tidur yang penting dan memupuk keluarga bahagia.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : Malaysia-Singapura (12 Jun 2012)

 


KEPUTUSAN SEMASA

    MALAYSIA 2  -  0 SINGAPURA

minit : 18' - Shakir Ali  (Malaysia)
minit : 61' (sepakan percuma) -  Safiq Rahim (Malaysia)


Gol Pertama Malaysia
 

Gol Kedua Malaysia

Haiwan lebih prihatin dari manusia?


Dalam gambar di atas menunjukkan satu kejadian yang berlaku di luar negara, namun tidak dipastikan di negara mana.  Memperlihatkan sekumpulan anjing yang dipercayai milik lelaki yang terbaring di tengah jalanraya yang sibuk itu, berkumpul disekeliling menemani tuannya.  Tidak dapat juga dipastikan apa yang sebenarnya terjadi pada lelaki berkenaan, juga sama ada dia masih hidup atau telah mati semasa gambarnya diambil oleh seseorang.

Anjing-anjing berkenaan masih tidak berganjak dan tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri dalam tengah-tengah kesibukan jalanraya.  Anjing-anjing setia berkenaan dilihat lebih suka membiarkan diri mereka dalam keadaan bahaya kerana mahu menjaga atau mahu mengelakkan kenderaan dari melanggar tuannya.

Di dunia manusia pada masa kini, semakin sukar untuk mencari keadaan tidak mementingkan diri sendiri, tetapi melalui dunia haiwan, Allah SWT mahu memberi pengajaran dan juga peringatan kepada manusia bahawa manusia kini semakin kurang nilai-nilai "kemanusiaan" dan sering berlaku kejam sesama manusia demi merebut serta mengekalkan kuasa dan kekayaan, malah sanggup membunuh sesama sendiri.


**Pada pendapat saya ada kemungkinan sekumpulan anjing berkenaan bukan milik lelaki berkenaan.  Mungkin anjing-anjing itu telah "kenal" lelaki yang terbaring itu.  Maksud saya mungkin lelaki berkenaan sering memberi kumpulan anjing-anjing itu makan dan minum apabila keluar di bandar.


**Anjing merupakan antara haiwan yang terkenal dengan kesetiaan terhadap "tuan" yang menjaganya.

Perompak salah pilih kedai, dibelasah cukup-cukup

 

Inilah yang sepatutnya berlaku dan diamalkan oleh kita iaitu tidak mudah panik dan berani bertindak melawan penjenayah apabila berada dalam keadaan yang sesuai dan masa yang tepat.   Pekerja sebuah kedai serbaneka, Zhen Yang dan isterinya membela diri dengan melawan dua perompak di dalam premis berkenaan di Gatineau, Que, Canada. Mereka menunjukkan keberanian dan tidak mudah panik.  

Dalam rakaman video cctv, kelihatan Zhen Yang menyemburkan cecair pemedih mata pada kedua orang perompak berkenaan.  Namun salah seorang perompak dipercayai berjaya melarikan diri.  Setelah puas menyepak perompak berkenaan, isteri beliau pergi mendapatkan bantuan dari seorang lelaki dan sejurus selepas itu seorang pegawai polis datang membuat tangkapan.

Video kejadian ini telah dimuatnaik dan disiarkan di dalam laman web MSN Video sejak 8/6/2012.  Tarikh sebenar kejadian boleh dirujuk pada video di bawah ini :

Pemakanan bayi sebelum berumur dua tahun

 

Anak adalah rezeki yang terbesar bagi pasangan suami isteri.  Ia adalah kurniaan Allah SWT yang paling bernilai dan merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan kesungguhan bagi memastikan anak itu membesar dengan baik dari segi rohani dan jasmani.

Semakin anak atau bayi membesar, semakin berminat bayi berkenaan mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Melihatkan perkembangan seperti ini, ada juga ibubapa semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada bayi mereka. 

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana sistem penghadaman bayi anda belum mencapai tahap matang dan juga berkemungkinan mempunyai masalah alahan. Tercekik juga adalah antara petanda sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi. Amat penting untuk ibubapa tahu makanan yang perlu dielakkan mengikut usia bayi / anak berkenaan.

Berikut adalah panduan ringkas yang boleh diikuti oleh ibubapa yang mungkin merupakan kali pertama mempunyai "cahaya mata"...

Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan:-

Semua makanan pejal : Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


4 Hingga 12 bulan :-

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu : Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut

Kacang, Mentega Kacang : Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
Minuman :
Air Kopi / Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


12 bulan hingga 24 bulan :-

Susu Rendah Lemak : Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun dan lihat perkembangannya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan