Keputusan bola sepak AFC Cup 8 Mei 2012 : Kelantan - Ayeyawady



KELANTAN  1  -  0  AYEYAWADY

Kelantan mara ke pusingan ke-2 Piala AFC selaku juara kumpulan H dengan 13 mata. Automatik berkelebihan selaku tuan rumah menentang Naib Juara Kumpulan F 23 Mei nanti.
Keputusan lain bagi perlawanan dalam kumpulan H ini Arema Indonesia menewaskan Navibank Saigon dengan jaringan 6 berbalas 2.
Selain Kelantan, tiga pasukan lain dalam kumpulan ini mengumpul jumlah mata sama iaitu sebanyak 7 mata, namun kelebihan memihak pada Arema untuk mengiringi Kelantan ke pusingan kedua berdasarkan jumlah jaringan gol. Kelantan akan bertemu pasukan antara Kitchee FC atau Terengganu di pusingan kedua, 23 Mei 2012 nanti.

Polis Ayam, menjaga keamanan?


Dalam dunia manusia tugas menjaga keamanan (jagalah sangat....) digalas oleh pasukan keselamatan awam sepertu polis dan tentera.  Pasukan keselamatan ini terutamanya polis perlu jujur dan berkarisma dalam menyempurnakan tugas mereka.

Walaupun mentaati ketua adalah antara undang-undang dalaman yang utama, namun adalah haram untuk mentaati perintah pihak atasan yang kejam serta menzalimi rakyat.

Namun apa yang dilakukan oleh kedua-dua ayam ini adalah laksana polis haiwan yang meleraikan pergaduhan dua ekor arnab.  Nampak kelakar juga namun disebaliknya ada pengajaran yang tersirat disebalik kejadian ini.  Tonton video di bawah ini :



**ayam yang bijak macam ni terasa sayang nak disembelih kerana ia ada keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada haiwan berkenaan.

Tujuh "pernah" dalam cinta

 

Di mana bumi dipijak, dimana langit dijunjung, di situlah pasti ada hati insan yang pernah terguris tatkala berkongsi perasaan, menyulam kasih dalam menyantuni tuntutan sunah pada umat Nabi Muhammmad S.A.W.

Saya juga tidak dapat lari dari menghadapi takdir sebegitu. Kecewa di saat kesetiaan dan kejujuran telah diberikan. Kecewa dikala hati telah dikunci untuknya lantaran niat untuk memperisterikan si dia...  Di manakah nilai kesetiaan andai kasih yang dicurah menjerluskan diriku ke lembah kecewa.
Terima kasih cinta kerana :

1. pernah hadir dalam hidup aku..,
2. pernah menemani kelapangan minda aku..,
3. pernah mengajar aku apa itu erti kehidupan..,
4. pernah memberikan aku rasa kasih dan sayang..,
5. pernah menjaga aturan perjalanan rindu aku..,
6. pernah menjadi penghibur di saat aku kesedihan..,
7. pernah kau mengisi kekosongan saat aku hilang kebahagiaan..,

dan aku masih lagi berterima kasih padamu walaupun di akhirnya kau jua yang membuat aku kembali menangis.....
** jangan silap faham ye... diri ni masih ingat Tuhan. Yang di atas ini saje nak bersastera waktu malam ke pagi (11.00 pm - 01:14am). Belum dapat frekuensi untuk tidur...

Destinasi Pelancongan : Gunung Jerai


Assalamualaikum...

Dah lama saya tak "melancong" ke Gunung Jerai.  Adalah dalam lebih 10 tahun rasanya.  Pasti kini terdapat perubahan yang ketara terutamanya dari segi kemudahan awam bagi pelancong yang inginkan suasana alam yang mendamaikan. Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, pendengaran anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu burung-burung yang hidup bebas di hutan rimba.

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam (tertakluk pada perubahan semasa).

Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu ketika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.  Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

Pelbagai jenis bunga yang menarik dan mempersonakan yang tumbuh bebas di sekitar kawasan pergunungan.  Antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.  Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.  Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya.  Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.    

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.  Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran tertentu.

Keputusan Liga Super Malaysia : 4 Mei 2012

 
KEPUTUSAN PENUH

Kelantan  3  -  0  Lion XII
(Stadium Sultan Muhammad IV, KB) 

Terengganu  2  -  2  Perak
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT)  

Sabah  1  -  0  Felda United
(Stadium Likas, Kota Kinabalu) 
  

Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Mei 2012
(terdapat kekeliruan dari sumber mengenai tarikh perlawanan. 
Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 4 Mei, ditunda ke 5 Mei atas sebab masalah teknikal)

KEPUTUSAN PENUH

Kuala Lumpur  1  -  1  Sarawak
(Stadium Hang Jebat, Melaka)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan