Nama SAKAN adalah ilham pemiliknya Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim
 sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato’ 
Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum 
ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara 
aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982.
Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Dato' Hj. Che Umar
 yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan 
Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Datin Resnah Husin sebagai 
Pengurus syarikat. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan 
menjual kepada kenalan sahaja. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah
 maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga 
kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian 
Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang 
yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.
Dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai 
potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato' Hj. Che Umar 
mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi
 tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan 
ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat 
membanggakan.
Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga (3) orang anaknya yang baru
 tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston 
Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan 
Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun 
2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 
81 cawangan pada hari ini (2012). Kesemua saham syarikat dimiliki 
sepenuhnya oleh Dato' Hj. Che Umar, isteri serta anak-anaknya.
Tiga faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah: 
-Pengetahuan      dan pengalaman Pengarah urusan; Dato' Hj. Che Umar 
Hj.Yatim selama lebih 20 tahun dalam      bidang ini sebagai pemborong 
sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan.      Ini termasuk keupayaan 
mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983      dan 1997) dengan 
baik malah semakin berkembang.
-Ketegasan      dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Dato' Hj. Che
 Umar dalam membentuk      anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti 
yang ada pada hari ini.
 -Budaya kerja yang diamalkan.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan 
berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan 
secara runcit dan borong. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua 
peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi 
dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah.
Sejak
 ditubuhkan di Kuala Kangsar pada tahun 2001, PBSSB telah berkembang 
dengan begitu pesat dan kini terdapat 80 buah cawangan di seluruh negeri
 di Malaysia. Anak-anak Dato' Haji Che Umar Bin Haji Yatim iaitu Puan 
Rosmariza Binti Dato' Hj. Che Umar, En. Hairil Amri Bin Dato' Hj. Che 
Umar dan Puan Rosmarina Binti Dato' Hj Che Umar merupakan tulang 
belakang pembangunan syarikat yang sentiasa memastikan kelancaran urusan
 perniagaan syarikat ini.
SAKAN memiliki  kelebihannya  tersendiri dan 
mempunyai daya saing yang kuat  untuk terus lebih maju ke hadapan. 
Kelebihan yang ada pada SAKAN membolehkan memenuhi falsafah 
perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para 
pelanggannya. China, Thailand, Indonesia adalah negara asing yang 
menjadi punca barangan diperolehi  selain daripada negeri-negeri dalam 
Malaysia.
Keperluan hidup manusia (pakaian, tempat tinggal dan makanan) adalah 
fokus barangan jualan SAKAN. SAKAN menyediakan pakaian untuk semua 
peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi 
dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini 
masyarakat lebih berhati-hati,  prihatin dan mempunyai informasi yang 
luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli.
Berdasarkan komen yang kami terima, pelanggan yang 95% terdiri dari 
masyarakat Islam mahu berbelanja di kedai-kedai dan pasaraya milik 
bumiputera, tetapi memandangkan jumlahnya amat kecil dan kebanyakannya 
tidak mampu bersaing  maka keinginan itu terkubur. Oleh itu, SAKAN yang 
mampu bersaing dari segi harga dan kepelbagaian barang, mendapat tempat 
di pasaran di samping dapat menunaikan fardhu kifayah. Kami mahu 
pelanggan merasakan bahawa membeli belah di SAKAN bukan hanya dapat 
berjimat dengan harga borong yang ditawarkan malah mendapat layanan yang
 memuaskan.
Menyedari hakikat di pasaran kini, maka kami telah 
merancang untuk  memperluaskan cawangan yang sedia ada ke beberapa 
tempat yang telah dikenal pasti. Keyakinan serta kesungguhan pihak 
pengurusan dan semua kakitangan syarikat memberi keyakinan untuk 
mencapai matlamat syarikat di masa hadapan.
**p/s :
- Jika ada yang meragui kualiti barangan yang dijual, maka sepatutnya andai sendiri boleh menilai sebelum membelinya. Sama seperti kes Pasaraya Mydin semasa awal penubuhannya, kualiti barangan yang dijual di Mydin diragui kerana dikatakan kebanyakkan barangan diimport dari negara China.
-Barangan yang dijual murah berpadanan dengan ketahanan dan kualitinya, sesuai untuk rakyat yang berpendapatan miskin dan sederhana ataupun yang ingin berjimat-cermat.
-Mana-mana barang yang pakai tak "lasak", dibeli dengan harga mahal atau murah, ia akan bertahan lama. 
-Jika inginkan yang kualiti tinggi... (tinggilah sangat...), pergilah ke pasaraya seperti Sogo ataupun kedai-kedai swasta di Jusco).