Assalamualaikum.....
Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu 
       kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu 
       bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan 
       sehingga dewasa. Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. 
Antaranya 
       kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. 
       Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi 
       manusia terutamanya kalsium adalah
berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 
miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang 
memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.
Sewaktu diperingkat umur yang awal, si 
kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat 
seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, 
mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan 
ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti 
seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.
Selain itu kalsium juga membantu dalam 
mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan 
kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan 
selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari 
aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan 
tinja.
Pelabelan Makanan
Sewaktu membeli makanan kita jarang 
sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah 
penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat 
di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat 
di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan 
anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam 
makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.
 Keperluan Buat Ibu Mengandung  
Ibu mengandung amat memerlukan kalsium 
demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed 
di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah 
penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya 
keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan 
diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat 
kehilangan kalsium. Antaranya:
a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh 
c. Kaki kejang
Keperluan di hari tua
Semasa peringkat dewasa pula, anda masih 
perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari
 tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan 
tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda 
mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari 
berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.
Sumber lain kalsium
Selain susu dan produk tenusu, terdapat 
pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan 
kalsium. Antaranya seperti:
a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond 
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain 
menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai 
kalori yang rendah) 
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis 
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon
Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah 
kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda 
boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam 
membantu mengenai perkara ini.