Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia : 7 April 2012

 

Enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada malam ini dengan menyaksikan Sarawak, Johor FC, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Felda United menjadi tuan rumah bagi melayani Kelantan, Lion XII, Terengganu, Sabah, Kuala Lumpur serta Kedah.

 KEPUTUSAN PENUH
Sarawak 1 - 1 Kelantan
Johor FC 0 - 1 Lions XII
Selangor 6 - 1 Terengganu
Negeri Sembilan 2 - 2 Sabah
Perak 2 - 1 Kuala Lumpur
Felda United 2 - 0 Kedah

Susu penting bagi semua peringkat umur, bukan hanya untuk bayi

 

Assalamualaikum.....

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa. Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. 

Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalah
berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.

Pelabelan Makanan
Sewaktu membeli makanan kita jarang sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.

Keperluan Buat Ibu Mengandung
Ibu mengandung amat memerlukan kalsium demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat kehilangan kalsium. Antaranya:

a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh
c. Kaki kejang

Keperluan di hari tua
Semasa peringkat dewasa pula, anda masih perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.

Sumber lain kalsium
Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:

a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah)
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon

Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Apa itu Autisme?

 

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. 

Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. 

Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. 

Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
 
Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?
Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.

Sekiranya, anak anda mahupun saudara mara yang mempunyai anak yang disyaki mempunyai simptom-simptom autisme, segeralah membawa mereka berjumpa dengan doktor yang berkaitan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menghadapi situasi ini.

Semak daftar pemilih (pengundi)

Klik gambar di atas untuk ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Assalamualaikum.

Adakah anda sudah mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya?. Jika belum, sila lihat apakah syarat kelayakan pengundi di bawah ini :

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut: 

-Seorang warganegara Malaysia
-Telah mencapai umur 21 tahun
-Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan 
-Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

SPR menjalankan dua jenis pendaftaran pemilih iaitu:

Pendaftaran Baru
SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.

Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi 
SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. 

Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu. 

Bagi keperluan tukar alamat, pemohon perlu membuat penukaran alamat baru dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Tempat Untuk Mendaftar.
Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di pusat-pusat pendaftaran berikut:
-Pejabat-pejabat pos berkomputer 
-Pejabat-pejabat SPR
-Pejabat Daerah
-Pejabat Majlis Daerah

Cara Untuk Mendaftar.
-Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
-Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran

-Tidak boleh daftar bagi pihak orang lain

-Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR

-Petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran berkomputer

-Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan

-Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati

-Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti


** Pesanan saya :
  1. Banyakan membaca dan ambil tahu perkembangan negara dari pelbagai sumber, BUKAN hanya bergantung pada televisyen atau media massa arus perdana yang lain.
  2. Tetapkan pendirian dan mengundi atas dasar kebaikan sejagat, bukan sebab kroni atau rasuah @ "projek mee segera".
  3. Jauhi diri dari konsep "i help you, you help me".
  4. Semasa mendaftar (pertama kali), sila bertanya kepada pegawai berkenaan mengenai kemusykilan anda seperti sama ada adakah anda boleh atau sempat untuk mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Khasiat Air Kelapa Muda

 

Assalamualaikum.

Apabila memperkatakan mengenai air kelapa muda, salah satu yang saya terbayang ialah Coconue Shake. Sesekali minum seolah-olah dapat menyegarkan tubuh badan dan melegakan dahaga, namun tidak digalakkan minum selalu kerana tahap kemanisan serta kandungan ais yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan jika dinikmati secara berlebihan, apatah lagi jika ianya dicampurkan dengan bahan tambahan seperti ais krim atau biskut berperisa.

Selain dari produk Coconue Shake, air kelapa muda mempunyai kegunaan lain terutamanya dari segi petua kesihatan dan perubatan. Pengamal perubatan herba menyatakan bahawa air kelapa muda memang boleh meneutralkan segala macam racun yang ada di tubuh, dengan syarat air kelapa muda yang diminum harus dengan dosnya harus sesuai. Biasanya, racun-racun yang dimaksudkan adalah racun-racun yang dibawa oleh minuman beralkohol dan merokok yang masuk ke dalam tubuh. Ada juga yang mengatakan air kelapa muda adalah penyelesaian sementara bagi bisa patukan ular.

Hasil kajian mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa.
Sejak sekian lama, air kelapa dipercayai mempunyai khasiat bagi mengurangkan demam dan campak, selain itu ianya mampu menurunkan suhu dalam tubuh badan.

Bagi ibu yang mengandung, air kelapa perlu kerap diminum kerana dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi.
Air  kelapa muda turut dikenalpasti sebagai ubat tradisional yang berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing di dalam usus dan ia juga sangat baik diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain.

 
Coconut Shake Asli Pantai Klebang

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan