Islam adalah agama untuk semua umat manusia (semua bangsa)



Banyak "statement" yang diputarbelitkan oleh pihak media massa di Malaysia atas arahan "tangan-tangan ghaib" jika ianya dikeluarkan oleh pihak yang tidak seteru dengan pemimpin atau parti pemerintah tertentu.

Mereka sering menyiarkan petikan ucapan yang telah "diubah" sama ada dalam bentuk video mahupun audio dengan harapan "orang-orang kampung" akan percaya bulat-bulat.  Malah ada sekelompok blogger upahan yang dipergunakan untuk menyebar berita rekaan bagi menjatuhkan imej individu tertentu.  Blogger seperti ini dapat dikenali dengan cara penggunaan tajuk artikel yang menggunakan "bahasa kotor" atau mencarut tak tentu arah.  Mereka (blogger upahan) dan pihak yang memberi upah, terdesak untuk merosakkan imej baik individu atau pihak lain serta mengharapkan rakyat Malaysia sudah cukup bodoh untuk mempercayainya.

Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Jadi ini bermaksud Islam adalah UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA termasuklah bangsa yang menganuti Yahudi. Ya, saya mengatakan "bangsa yang menganuti Yahudi" kerana istilah Yahudi sebenarnya adalah merujuk kepada agama, Yahudi bukan bangsa atau kewarganegaraan".  Malah istilah "Israel" itu merujuk kepada gelaran pada Nabi Musa A.S.  Istilah seperti ini sengaja disalahgunakan bagi mengelirukan bangsa mereka yang lain agar mendokong perjuangan sesat mereka. (merujuk pada salah satu siri dokumentari Jejak Rasul, TV3).

Maka dengan itu kita disaran supaya berbuat baik dan menjaga hak serta keselamatan apa sahaja bangsa selagi bangsa itu tidak memerangi Islam atau berbuat sesuatu yang jahat pada umat Islam, kerana jika itu terjadi, kita wajib mempertahankan agama dan diri.

Dalam isu yang diputarbelitkan media ini, jika bangsa yang menganuti Yahudi itu tidak memerangi dan mengganggu agama Islam dan umatnya, mengapa kita perlu mengasari mereka?. Hal ini merujuk kepada sebilangan bangsa Yahudi yang tidak membuat kekacauan. Yang membuat kekacauan kini adalah bangsa "Yahudi Celup" iaitu berfahaman Zionis. Inilah yang dimaksudkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Malah kita perlu menyekat dan menentang sesiapa sahaja yang cuba merosakan Islam walaupun ia datang dari bangsa Melayu sendiri.

Malah ada dari kalangan "Yahudi" yang telah diusir dan ditindas oleh Zionis kerana tidak bersetuju dengan fahaman yang ada dalam Zionis. Mereka yang dizalimi oleh Zionis ini digelar "Yahudi Ortodoks".

Kesimpulannya, selagi mereka tidak menyerang dan melakukan sesuatu yang tidak baik pada umat Islam, selagi itulah kita perlu menjaga dan menghormati hak keamanan mereka.  Kenapa perlu memusuhi dan memerangi mereka yang tidak buat "kesalahan" sedangkan yang berbuat demikian adalah sebilangan lain dari kaum mereka.  Kita wajib memerangi mereka pada yang sudah memulakan kejahatan sahaja, bukan semuanya.





**Sedikit sejarah mengenai Yahudi Ortodoks :
(dirujuk dari Pejuang Pro Demokrasi)

Mereka (Yahudi Ortodoks) diberi Tanah Suci oleh Tuhan agar dapat belajar dan mempraktikkan ajaran Taurat tanpa gangguan, dan untuk mencapai tahap keimanan adalah sukar untuk di lakukan di luar Tanah Suci. Mereka mengakui kesilapan - kesilapan lampau dalam beberapa siri pengkhianatan ke atas Nabi - nabi. Itulah yang dikatakan semua orang Yahudi(ortodoks) dalam doa mereka pada setiap festival Yahudi, "Umipnay chatoenu mayartsaynu golinu" yang bermaksud "Kerana dosa-dosa kami, kami diusir dari tanah kami". 

Mereka juga menyatakan yang mana mereka telah berbohong dengan tuhan yang mana mereka telah bersumpah "tidak masuk Tanah Suci sebagai peribumi sebelum masa yang ditakdirkan", "tidak akan memberontak terhadap bangsa - bangsa lain di muka bumi", menjadi warga yang setia, tidak melakukan sesuatu yang menentang kehendak mana-mana negara atau kehormatan, tidak membalas dendam, perselisihan, atau perampasan; "tidak meninggalkan perintah pengusiran." 

Sebaliknya, Mereka mengakui yang Yahudi harus rendah hati dan menerima Takdir pengusiran. Untuk melanggar sumpah seumpama akan menghasilkan "daging anda seperti mangsa rusa dan kijang di hutan," dan penebusan dosa akan tertunda. 

Pada 1 Februari 1940, Henry Montor eksekutif wakil Presiden Amerika menolak Rayuan Yahudi untuk campur tangan dalam isu pelarian Yahudi terdampar di sungai Danube dalam muatan kapal yang menyatakan bahawa "Palestin tidak boleh dibanjiri dengan ... orang-orang tua atau dengan orang - orang yang tak diinginiIni adalah fakta Sejarah paling pentingsekali iaitu pada tahun 1941 dan 1942 Tentera Gestapo Jerman menawarkan perpindahan bangsa yahudi dari Jerman ke Sepanyol dengan bayaran pampasan sebanyak $1000 setiap keluarga.

Para pemimpin Zionis di Switzerland dan Turki menerima tawaran dengan pemahaman yang jelas bahawa pengecualian daripada Palestin sebagai tujuan untuk pelarian didasarkan pada kesepakatan antara Gestapo dan Mufti.
Dalam pada itu pemimpin Zionis memberikan komen - komen yang amat negatif iaitu:

a)Hanya Palestin Sahaja Destinasi bagi Pelarian Yahudi.

b)Orang - orang Eropah harus bertanggungjawab atas kezaliman yang telah di lakukan pada kaum yahudi,dan oleh itu negara sekutu yang menang dalam peperangan harus memperuntukkan atu wilayah jajahan buat Yahudi membina sebuah negara Israel.

c)Tiada Bayaran pampasan oleh tentera gestapo ke atas mereka(yahudi) yang di bunuh dalam bilik gas.
 Para pemimpin Zionis mengkhianati darah daging mereka sendiri. Zionisme tidak pernah menjadi pilihan bagi keselamatan Yahudi. Sebaliknya, hal ini merupakan formula buat umat manusia menentang kekuatan mereka. Bayangkanlah ia sebuah pengkhianatan yang tak dapat di gambarkan dan ini sama sekali tak dapat diterima oleh Yahudi Ortodoks.

Keputusan perlawanan akhir bola sepak England Carling Cup 2012

Keputusan Penuh


Liverpool berjaya memenangi perlawanan akhir England Carling Cup 2012 dengan jaringan penalti 3 berbalas 2, setelah menamatkan perlawanan dalam masa tambahan yang terikat dengan jaringan 2 sama.

Melihatkan para pemain Cardiff City yang gagal menjaringkan penalti, nasib mereka sedikit kurang baik kerana sepakan penalti yang tidak menerjah jaring semuanya "sipi-sipi" terkena tiang gol, berbanding dengan dua pemain Liverpool yang gagal menjaringkan sepakan penalti, semuanya tersasar.

Perempuan ibarat Wi-Fi, Lelaki seperti Bluetooth

 

Assalamualaikum...

Pelbagai isu yang sentiasa bercanang dalam masyarakat kini. Dari segi keutamaan, keADILan, kesaksamaan dan yang makin kerap berlaku ialah keterlanjuran... Segala isu dan perkara yang berlaku bukan hanya "orang muda @ remaja" sahaja yang melakukannya, orang tua lagi ganyutpun melebih-lebih lagi salah silapnya.  Siapalah ketam untuk mengajar anaknya berjalan lurus?

Dalam artikel ini saya berkongsi huraian kenapa Perempuan diibarat seperti "Wi-Fi" dan Lelaki pula seperti "Bluetooth".  Hal ini bukanlah saya menyatakan ia sepenuhnya betul, cuma sekadar berkongsi pada anda dan terpulang pada anda untuk membuat penilaiannya....

Dr. Badrulamin nafi khalwat, akan saman pemfitnah



Assalamualaikum.....

Seperti yang telah saya maklumkan pada artikel sebelum ini, apa yang sedang berlaku ini adalah salah satu tanda-tanda pilihanraya sudah hampir tiba (sudah ada bau....).  Dari apa yang diketahui, Dr. Badrulamin Bahron dijumpai oleh suami wanita berkenaan bersama 20 orang yang berlagak samseng, di luar bilik hotel.  Apa yang beliau buat di hotel?. Ikuti cerita sebenar seperti berikut :

Pengarah komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor, Dr Badrulamin Bahron menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), di sebuah hotel di Kuantan, awal pagi Sabtu.

Dalam satu kenyataan media, Badrul berkata beliau hadir ke Kuantan untuk program Temu rapat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berlangsung pada 24 Febuari sehingga 26 Febuari.

Bagaimanapun, pada petang 24 Febuari, beliau dihubungi oleh seorang wanita mangsa keganasan rumahtangga, yang menyatakan hasrat untuk melarikan diri kerana bimbangkan keselamatan dirinya terancam.

Pada awal pagi 25 Febuari, wanita berkenaan sekali lagi menghubunginya dan memaklumkan sudah berada di lokasi Temurapat KEADILAN itu.

Menurut Badrul, beliau cuba membantu mendapatkan penginapan untuk wanita tersebut dan anaknya, sebelum diserbu oleh suami wanita berkenaan bersama sekumpulan 20 samseng.

Dalam kenyataan medianya, Badrul menjelaskan beliau mengenali pasangan suami dan isteri itu yang pernah bersama menyertai rombongan umrah bersamanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit yang memfitnahnya ditangkap khalwat.

Berikut adalah kenyataan media daripada mangsa fitnah iaitu Dr. Badrulamin Bahron :


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temu rapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012.  Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya. - Dr. Badrulamin Bahron

Kapal kargo Israel mengembangkan operasi di Malaysia



Salam sejahtera kepada penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak...

Di blog ini, saya cuma menyampaikan berita yang tidak disiarkan di surat khabar dan stesyen televisyen arus perdana di Malaysia.  Saya tidak pandai berpolitik. Ini cuma sebahagian usaha saya menyemarakan lagi proses demokrasi berperlembagaan di negara ini.  Ikuti berita di bawah ini :

Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membantu syarikat perkapalan kargo Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd terus berkembang di Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri.

“Kapal-kapal kontena Israel berlabuh di seluruh dunia. Dengan membenarkan kapal mereka berlabuh di Malaysia, ini secara langsung membantu kelancaran operasi syarikat mereka.

“Syarikat kapal kargo dari Israel ini bukan sahaja dibenarkan berlabuh, malah turut dibenarkan memiliki pejabat mereka sendiri di West Port,” jelas Azmizam.
Beliau turut menambah, selepas syarikat perkapalan Malaysia MISC Berhad menghentikan operasi penghantaran kargo, syarikat tempatan yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport akan semakin kekurangan pilihan.

Pada November tahun lalu, MISC Bhd dalam satu kenyataan mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan perkapalan kontenanya pada akhir Jun depan, berikutan perubahan radikal dalam industri perkapalan serta kerugian besar dalam segmen berkenaan.

“Tidak dapat tidak, ada di antara syarikat tempatan yang akan mendapatkan khidmat kapal kontena Israel.

“Kerajaan mendakwa tiada kuasa untuk menyekat perdagangan oleh pihak-pihak lain dengan Israel, sedangkan pastinya ada prosedur yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana pihak dibenarkan berlabuh di sini”, kata beliau lagi.

Kerajaan Malaysia terus mendapat bantahan selepas pendedahan berkenaan kapal kargo dari Israel, Zim Europa dan Zim USA yang berlabuh di Pelabuhan Kelang terus dari Ashdod, Israel.

Kerajaan bagaimanapun menafikan wujudnya hubungan diplomatik dan politik dengan Israel dan mengatakan hubungan dagang terpaksa dilakukan atas ‘tuntutan globalisasi’.

Dalam pada itu, Azmizam berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menutup isu sebenar dengan mendakwa hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam kabinet.

“Dakwaan ini tidak relevan. Dokumen yang ada pada kita menunjukkan kapal-kapal mereka mula berlabuh pada tahun 2003″, kata Azmizam lagi.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan