Bergambar bersama Azrai Khor, Norhafiz Zamani, Idris Karim, S Kunanlan, Mohd Farizal Marlias di Tampin

 
 Azrai Khor Abdullah

 
 Norhafiz Zamani Misbah

 
Idris Abdul Karim


 
 Kunanlan Subramaniam

 Mohd Farizal Marlias

 Salam sejahtera...

Saya berpeluang bergambar dengan beberapa individu dalam pasukan bola sepak Negeri Sembilan semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Johor di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan pada 17/12/2011 yang lalu.  Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 2 - 2.


**p/s : tak dapat nak bergambar dengan Muhd Shukor Adan kerana dia dah masuk ke bilik persalinan sejurus selepas tamat perlawanan.  (angin tak baik agaknya time tu...)

Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Central Coast Mariners (menggantikan Newcastle Jets)

 
Malaysia ( Harimau Muda ) 4 - 1 Central Coast Mariners
Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun memberi persembahan yang memberangsangkan ketika menentang kelab tangga teratas Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC pada perlawanan persahabatan terakhir dalam Siri Jelajah Australia pada hari ini dengan kemenangan 4 gol berbalas 1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani (1), Ahmad Hazwan Bakri (2), dan Thamil Arasu (1).  
Pada perlawanan kali ini, Harimau Muda menunjukan mutu permainan yang lebih baik dan berjaya memperbaiki prestasi berbanding dengan perlawanan ketika tewas 0-1 sebelum ini dengan pasukan yang sama.
Perlawanan pada hari ini yang asalnya adalah bertemu dengan pasukan Newcastle Jets, namun ianya dibatalkan atas sebab jadual pasukan tersebut.

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor

 


Assalamualaikum....

Apabila mengetahui adanya perlawanan bola sepak persahabatan ini melalui Facebook, pada waktu petangnya saya terus menuju ke Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan kerana kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam yang berada di dalam daerah Alor Gajah, berhampiran dengan sempadan Tampin.

Perlawanan persahabatan ini adalah unik kerana Negeri Johor merupakan negeri kelahiran saya dan Negeri Sembilan pula adalah negeri yang dahulunya saya menuntut pelajaran di sekolah rendah dan menengah.  Tetapi saya lebih menyokong Negeri Sembilan kerana sudah sebelas tahun saya belajar di Tampin... :-)

Kesimpulannya perlawanan kali ini adalah memuaskan.  Maklumlah pasukan Negeri Sembilan baru sahaja dibentuk dalam masa sebulan setelah penghijrahan beberapa nama-nama penting dalam skuad "hoben jang hoben" ke pasukan Angkatan Temtera Malaysia. Jadinya keserasian belum sampai tahap maksimum.  Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain tempatan.  Persembahan permain import berada pada tahap biasa...


 
 Bergambar bersama ketua jurulatih, Azrai Khor Abdullah



 
Bersama Norhafiz Zamani Misbah

 
Bersama Kunanlan Subramaniam

 
Bersama Idris Karim
 
Bersama penjaga gol, Mohd Farizal Marlias

Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Central Coasts Mariners



Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun (Harimau Muda) mengulangi kecemerlangan dalam corak permainan seperti ketika bertemu dengan Sydney FC dengan menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan dan memberi saingan yang baik pada pasukan "tops five" Liga A Australia, Central Coasts Marines FC dalam separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama, kedudukan terikat 0 - 0.

Namun kemasukan pemain simpanan pada babak separuh masa kedua gagal mengimbangi kemantapan skuad utama Central Coasts Marines FC apabila ketua pasukan pada perlawanan ini iaitu Daniel McBreen, memisahkan jarak antara dua pasukan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 78.

Dalam perlawanan ini, aksi Ahmad Fakri Saarani turut dipuji oleh kelab berkenaan, seperti dalam penyataan berikut :  "In particularly, talented number 9 Ahmad Fakri Saarani did well leading the line against a Central Coast backline featuring Trent Sainsbury and Sam Gallagher...".


 
Kelihatan Mahali Jasuli jersi nombor 2 memberikan pengawalan yang ketat dalam perebutan bola 
dengan salah seorang pemain CCM FC yang juga berjersi nombor 2.

Sekali lagi laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam..!!

Klik gambar di atas untuk ke laman web FAM


Salam sejahtera...



Nampaknya serangan psikologi terhadap negara Malaysia melalui sukan bola sepak masih lagi berterusan walaupun kejohanan yang disertai oleh pasukan yang digelar "Harimau Malaya" ini telah lama berakhir.

Pada ketika artikel ini di taip, saya melihat laman web FAM masih lagi belum dibaikpulih dari kesan godaman.  Kali ini, grafik yang diubahsuai adalah sangat "simple" dengan niat mahu pengunjung laman web berkenaan memberi fokus kepada tulisan yang berunsurkan konfrantasi oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang berbunyi :  "MALAYSIA : ANJING, BANGSAT, MALING, BEDEBAH, BIADAB, TIDAK PUNYA MALU, BANGSA YANG HINA !!!".

Pada saya dari pandangan mata kasar pasti ramai yang menganggap ianya dilakukan oleh penggodam dari Indonesia  tetapi keseluruhan ayat penghinaan tersebut kurang "slang Indon", cuma perkataan "Maling" sahaja yang dapat kita rujuk sebagai perkataan yang biasa digunakan oleh rakyat Indonesia.

Namun kita jangan cepat melatah dn melenting dengan "usikan" seperti ini.  Ada juga kemungkinan ianya bukan dilakukan oleh rakyat Indonesia tetapi dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak puas hati dengan pemimpin tertentu dalam FAM.  Atau mungkin saja ianya dilakukan oleh sesuatu pihak yang mahu melaga-lagakan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia...


KEADAAN SEMASA

Laman web FAM pada pagi ini (14/12/2011) telah dipulihkan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan