Assalamualaikum....
Umumnya mengetahui bahawa rokok mengandungi bahan yang sangat berbahaya seperti TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA. Malah asap rokok mengandung lebih kurang 4,000 bahan kimia yang 200 antaranya BERACUN dan 43 jenis lainnya menyebabkan KANSER bagi tubuh manusia.
Juga dikatakan Yahudi Zionis mempunyai kilang rokok yang besar tetapi pemerintahnya melarang rakyat Yahudi Zionis menghisap rokok kerana rokok merupakan sebagai alat mereka untuk melemahkan bangsa lain di dunia ini selain dari pada menjana ekonomi negara haram Israel.
Berikut adalah penerangan tentang tiga bahan utama dalam rokok :
TAR :
Mengandungi
sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab
kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis
policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai
agen yang memulakan proses kejadian kanser.
NIKOTIN
Seperti najis
dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak
dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca
utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang
ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin
lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian
saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana
yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan.
Seseorang yang
kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan
akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu
terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan
merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan
ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko
serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa
pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di
Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
KARBON MONOKSIDA
Merupakan gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos
kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu
hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut
sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh
manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap
organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut,
tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman,
saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran
kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari
racun-racun itu dikeluarkan dari badan.