Assalamualaikum...
Pastinya salah satu perkara yang menjadi isu hangat dalam arena "pemblogan" ketika ini ialah masalah yang berlaku pada laman web "Gengblogger". Bagi yang masih belum kenal atau tidak pasti apakah "Gengblogger" itu, ianya merupakan satu laman web komuniti yang menghimpunkan pemilik laman web atau blog dari segala kategori dan mereka boleh melakukan "ping" artikel terbaru masing-masing ke dalam laman web berkenaan untuk dimaklumkan kepada pengguna dan pelawat laman web gengblogger yang lain dengan menggunakan facebook connect (cara untuk log masuk) untuk membolehkan para pemilik laman web dan blog menggunakan laman web tersebut.
Beberapa ketika sebelum ini, laman web gengblogger telah mengalami masalah apabila ada laman web yang berada di dalam pengkalan data mereka mengandungi skrip aturcara virus / malware. Ada juga kes yang dilapurkan bahawa laman web gengblogger dijadikan platfom untuk menyebarkan virus. Ini menyebabkan laman web berkenaan disekat oleh kebanyakkan "web browser" dari membenarkan pengguna internet meneruskan lawatan mereka. Ada juga anti virus/malware yang bertindakbalas pada laman web tersebut.
Saya sendiri telah cuba menyelesaikan masalah ini dan berusaha mencari cara untuk menghilangkan "popup menu authentication required " dari gengblogger yang muncul apabila laman blog saya diakses. Pelbagai cara yang dicadangkan oleh beberapa individu telah dicuba dan antaranya ialah seperti berikut :
A) betulkan jam di laptop/pc kepada waktu Malaysia (UTC +8.00 Malaysia, Singapore) dan restart browser (dah buat tapi tak berkesan)
B) Cara ini tidak pernah digunakan kerana kelihatan leceh bagi saya dan secara asasnya adalah sama dengan cara di atas :
(1) Cipta semula akaun komputer anda dengan status administrator
(2) Set time zone komputer anda seperti yang telah diterangkan di atas.
(3) Install semula internet browse di komputer/laptop
(4) Buangkan cache pada internet browser dan temporary files pada internet options/properties
(5) Login semula ke laman gengblogger
Dan alhamdulilah, setelah melakukan penelitian dan beberapa percubaan, makanya saya telah menggarapkan cara berikut dan ternyata ianya berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Caranya adalah :
1-Buang pautan link gengblogger application yang ada di facebook anda.
2-Buang segala kod dari gengblogger yang diletakkan sebagai wadget / gadget di blog atau laman web anda.
3-Periksa kod HTML laman web / blog anda untuk memastikan tidak ada satu barispun kod yang berkaitan dengan gengblogger tertinggal.
4-Untuk lebih menyedapkan perasaan anda, setelah membuat langkah-langkah di atas, tukarlah templet blog anda kepada yang baru.
Ada orang yang mengatakan langkah membuang aplikasi gengblogger dari facebook tidak mendatangkan kesan. Pada keadaan tertentu, ada kemungkinan kecil ya, namun pada pendapat saya, untuk mencapai penyelesaian secara total, kita perlu membuang segala kod atau pautan yang berkaitan dengan laman web gengblogger dari facebook, laman web dan blog.
Paling penting saya sendiri telah mencubainya dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah yang terjadi pada kebanyakkan blogger di Malaysia. Namun dalam keadaan tertentu, ada juga kemungkinan anda tidak mendapat hasil yang sama dengan apa yang saya perolehi. Nasihat saya perhatikan betul-betul kandungan kod HTML laman web atau blog anda...