Syarat wajib dan syarat sah puasa

 Assalamualaikum...

Sempena bulan puasa ini, saya akan menerbitkan artikel yang berkaitan dengannya.  Kita perlu tahu perkara-perkara penting dalam menjalankan ibadah puasa sebulan dalam setahun.

 Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan :

-Berakal/waras
-Baligh (cukup umur)
-Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

-Orang Islam
-Berakal * tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz (cukup umur)
-Suci daripada haid dan nifas
-Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Iklan perniagaan : pengisian double meaning jadi pilihan?


Assalamualaikum....

Beberapa bulan kebelakangan ini, dilihat trend syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan menggunakan ayat-ayat yang membawa "double meaning" atau dua maksud semakin galak dan menjadi-jadi, lebih-lebih lagi apabila iklan mereka itu disiarkan melalui siaran stesyen radio.  Dari jenis makanan kesihatan (zulkifli...oh zulkifli...) hinggalah ke perkhidmatan siaran televisyen berbayar yang kononnya terunggul di Malaysia (macam-macam ada ke macam-macam hal...?).

Kedengaran iklan mereka itu bersadurkan kelucahan.  Dah tak ada idea yang lebih "bersih" lagi ke sampai nak guna ayat-ayat yang ada unsur lucah?.   Ada sesiapa yang dengar iklan dari stesyen televisyen berbayar di stesyen radio Sinar.fm atau lain-lain stesyen radio?.

Itu dari segi pengiklanan dari syarikat perniagaan, dalam bidang lainpun idea lucah menjadi pilihan.  Lebih-lebih lagi jika nak jatuhkan musuh politik.  Pelbagai teknik dan kaedah digunakan untuk membikin video berkenaan.  Kalau pemimpin yang sedang berkuasapun tersedia menggunakan idea lucah, terlangsungnya fikiran rakyatpun ikut lucah sama.  Ini nasihat dari APCO ke?

Surat khabar lagi la tak boleh pakai, buat bungkus bangkai tikus dan kambus dalam tanah lebih baik.  Kalau nak dekat pilihanraya, berita lucah je yang menjadi tajuknya.  Orang lain kotor, "orang-orang" dia aje yang bersih.  Surat khabar arus perdana kini dah jadi akhbar 18SX.  Kanak-kanak, remaja dan dewasa yang tak matang-matang lagi tak boleh baca, nanti merosakan fikiran.

Keputusan perlawanan bola sepak kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

Assalamualaikum...


KEDUDUKAN PENUH
Malaysia 1  |  Singapura 1

** Singapura layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
dengan agregat MalaysiaSingapura 6

Ulasan Saya :
~ Pasukan Malaysia yang telah berhabis-habisan berusaha untuk mencapai kemenangan, tidak bernasib baik walaupun mendahului gol dengan Singapura.  Sedih tapi mereka dah cuba yang terbaik.  Kalaulah pemain-pemain harapan Harimau Malaya sebelum ini tidak cedera, insya Allah pasukan negara kita mampu mencapai kemenangan.  

Saya tidak marah pada pemain pasukan Malaysia ini kerana sejak dari zaman kejatuhan bola sepak Malaysia pun, saya masih lagi menyokong Malaysia dan Liga Malaysia.  Pada masa itu ramai rakyat negara ini mengherdik pasukan bola sepak Malaysia dan menyokong penuh liga luar negara....

Kini tinggal pasukan Harimau Muda untuk Kelayakan Sukan Olympik yang bakal berlangsung tidak lama lagi... Ayuh Malaysia...!!!

Salamfone, perkhidmatan mudah alih pertama yang berasaskan shariah

klik logo di atas untuk ke laman web Salamfone


Assalamualaikum...


Pernah tengok iklan di televisyen mengenai Salamfone?.  Adakah para pembaca tahu apa bendanya yang dibuat oleh "Salamfone" ini?.  Ok, artikel kali ini saya bercerita mengenainya.  Sokonglah perkhidmatan dan produk dari umat Islam dalam apa juga keadaan.  Jika kita dengan mudah menerima produk dari orang kafir, kenapa pula kita akan banyak "songeh" dengan produk dan perkhidmatan "orang kita" kan...

"Salamfone adalah perkhidmatan mudah alih pertama yang berasaskan shariah dari segi operasi ,  proses dan prosedur syarikat  ,dari segi produk produk dan servis yang kami tawarkan , dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti yang dikendalikan pihak  pengurusan.

Dengan panduan badan penasihat Shariah kami,
ZI Shariah Advisory Sdn Bhd, Salamfone telah mendapat pensijilan Shariah pada Disember 2010.

Untuk mengekalkan ketelusan dan menjaga keringkasan prinsip-prinsip Shariah asas, kami akan terus bekerjasama dengan badan penasihat Shariah kami. Ini supaya kami dapat menjamin yang terbaik buat anda
."



"Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan mudah alih mengikut piawaian industri yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga memberi jaminan ketelusan dan integriti dalam semua urusan yang kami jalankan.

Tanpa berselindung, kami menjelaskan dengan terang dan tepat segala yang kami tawarkan. Oleh itu, anda akan mendapat perkhidmatan yang adil dan sah, sesuai dengan keinginan anda untuk kemudahan mudah alih yang ringkas dan saksama
."

Senarai Frekuensi stesyen radio di Malaysia


Assalamualaikum...

Radio antara alat perhubungan dan sumber maklumat terawal dari televisyen.  Ianya serupa seperti pinggan dan cawan, setiap rumah pasti ada sekurang-kurangnya radio kerana ada juga antara kita tiada televisyen di rumah atas pelbagai sebab.  Selalunya penggunaan radio meningkat apabila tiba bulan ramadhan.  Pendengar lebih selesa untuk mengetahui waktu berbuka puasa melalui siaran radio khas untuk negeri masing-masing yang mana stesyen radio berkenaan jarang atau langsung tak pernah dibuka sebelum ini.

Di bawah ini merupakan senarai gelombang (frekuensi) radio-radio yang terdapat di Malaysia.  Ianya dikumpulkan berdasarkan maklumat semasa yang saya perolehi. Sebarang perubahan adalah bergantung pada syarikat pengendali stesyen radio berkenaan.

Senarai ini akan ditambah lagi seandainya ada perubahan atau penambahan pada masa akan datang.

Radio Rasmi Negeri dan swasta (frekuensi FM):

Melaka
102.3 MHz

Negeri Sembilan -
92.6 Mhz - Seremban / Kuala Lumpur
95.7 Mhz - Bukit Tampin / Melaka
107.7 Mhz - Gunung Ledang

Johor -
101.9 MHz Gunung Pulai (Johor Selatan dan Singapura)
92.1 MHz Bukit Tinggi/ Mersing (Johor Timur)
105.3 MHz Gunung Ledang (Johor Utara(Muar, Segamat dan Batu Pahat) dan Melaka
(Sejak kebelakangan ini siaran Johor FM tidak jelas di Melaka kerana gangguan dari Suria FM yang menggunakan Frekuensi yang sama iaitu 105.3FM. Hanya Bandar Jasin dan kawasan yang berdekatan dengan Gunung Ledang seperti Simpang Bekoh, Asahan sahaja yang masih jelas menerima siaran ini.)

Kuala Lumpur -
KL FM - 97.2

Selangor - 
100.9 MHz

Perak -
95.6 MHz Bukit Keledang, Ipoh (Perak Tengah dan Lembah Kinta)
104.1 MHz Bukit larut (Perak Utara, Taiping, Pulau Pinang Selatan dan bahagian selatan Kedah)
94.7 MHz Gunung Berinchang (Cameron Highlands, Pahang)
96.1 MHz dan 657 KHz (Gerik)
97.3 MHz Changkat Rembian, Tapah (Kinta Selatan)
89.6 MHz Bukit Asah tanjong malim (Perak Selatan)
94.2 MHZ Ladang Teh Lenggong (Perak Utara)

Pulau Pinang (Mutiara FM) -
95.7 MHz (Bukit Penara yang meliputi keseluruhan Pulau Pinang dan Seberang Perai)
93.9 MHz (utara Pulau Pinang)
90.9 MHz (Balik Pulau)

Kedah -
97.5 MHz Gunung Jerai (Alor Setar)
105.7 MHz Gunung Raya (Pulau Langkawi)
90.5 MHz Bukit Palong (Baling)
88.5 MHz Bukit Sungai Kecil Hilir (Bandar Baru Selama)
105.1 MHz Bukit Dedap (Sik)

Perlis -
102.9 MHz

Kelantan -
88.1 MHz Felda Paloh Gua Musang 
90.0 MHz Jeli 
92.0 MHz Bukit Chupot (Gua Musang) 
97.3 MHz Bukit Bakar (Machang) 
102.9 MHz Telipot (Kota Bharu) 
107.1 MHz Bukit Bintang (Besut, Terengganu)

Terengganu -
88.7 Bukit Besar (Kuala Terengganu)
96.2 Bukit Bintang (Besut, Kota Bharu)
97.7 Bukit Bauk (Dungun, Kemaman, Kuantan)

Pahang -
104.1 MHz  (Kuantan, Terengganu Selatan)
107.5 MHz (Temerloh, Bentong, Lembah Klang, Perak Selatan)
92.7 MHz (Jerantut)
91.9 MHz (Rompin)
100.3 MHz (Cameron Highlands)
92.0 MHz (Maran)

Sarawak -  
88.9 MHz (Kuching)
100.3 MHz (Sri Aman)

Sabah - 
89.1 MHz (Kota Kinabalu)
89.6 MHz (Tawau, Semporna, Kalabakan)
89.7 MHz (Lahad Datu)
89.9 MHz (Pantai Barat, Tuaran-Papar)
90.3 MHz (Tenom, Keningau)
92.9 MHz (Sandakan, Beluran, Bkt. Garam)
95.7 MHz (Tawau)
95.9 MHz (Kudat, Tandek, Pitas)
97.1 MHz (Kudat)
97.9 MHz (Sindumin, W.P. Labuan)
101.5 MHz (Kota Belud)
104.5 MHz (Pedalaman dan Pantai Barat)

Hot FM
Lembah Klang --97.6
Pulau Pinang /Alor Setar --88.2
Ipoh --104.5
Johor Bahru --90.1
Kota Kinabalu --87.7
Kuching --94.3
Melaka --104.3
Kuantan --92.4
Terengganu-- 105.0
Seremban-- 99.5
Singapura -- 90.1
Kota Bharu -- 105.1

Era FM
Kuala Lumpur --103.3
Johor Bahru / Singapura-- 104.5
Kota Bahru --103.3
Langkawi -- 90.7
Melaka -- 90.3
Negeri Sembilan-- 103.6
Kuantan --98.0
Kuching --96.1
Ipoh -- 103.7
Pulau Pinang --103.6
Kota Kinabalu --102.4
Taiping --95.2
Tapah--102.0
Kuala Terengganu --102.8

Sinar FM
Alor Star --97.1
Pulau Pinang --97.1
Kota Bahru --93.8
Kuala Terengganu -- 97.5
Taiping -- 96.4
Ipoh --96.9
Kuantan --97.2
Lembah Klang --96.7
Johor Bahru -- 87.8
Melaka --96.0
Seremban --96.9
Kuching --102.1
Kota Kinabalu --104.9
Astro --Channel 857

THR FM
99.3 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali memancarkan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat dan Perak Selatan
101.5 MHz dari tapak pemancar Gunung Telapak Burok memancarkan Negeri Sembilan.
99.7 MHz dari tapak pemancar Gunung Ledang memancarkan Melaka dan Johor Utara. Frekuensi asal 99.6 MHz, ditukar pada 1996
103.7 MHz dari tapak pemancar Gunung Pulai memancarkan Johor Selatan, Singapura dan Kepulauan Riau 
102.0 MHz dari tapak pemancar Changkat Rembian memancarkan Perak Selatan. Pemancar ini kini digunakan oleh Era.
97.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Keledang memancarkan Perak Tengah dan Lembah Kinta
102.1 MHz dari tapak pemancar Bukit Larut memancarkan Barat Laut Perak 
99.3 MHz dari tapak pemancar Bukit Penara, memancarkan Pulau Pinang 
102.4 MHz dari tapak pemancar Gunung Jerai, memancarkan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis 
101.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Raya memancarkan pulau Langkawi dan Perlis. Pemancar ini kemungkinan ditutup.
88.8 MHz dari tapak pemancar Bukit Pelindong memancarkan Pahang Timur dan Terengganu selatan.
106.8 MHz di Terengganu Tengah
88.1 MHz di Kota Bharu , pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Sebahagian Jeli Timur, Besut Dan Setiu. Kelantan



Suria FM
Lembah Klang --105.3
Melaka --88.5
Seremban, Negeri Sembilan --107.0
Johor Utara --88.5
Johor Baharu --101.4
Kuantan, Pahang --96.1
Perlis, P. Pinang, Kedah --106.9
Terengganu --102.4
Kota Bahru, Kelantan --106.1
Ipoh, Perak --96.0
Taiping --91.7
Kota Kinabalu --105.9


Muzik FM
Perlis / Kedah / Penang --100.5
Sik --102.7
Pulau Pinang --96.9
Ipoh --90.9
Cameron Highlands --93.1
Kuala Lumpur --88.5
Selangor --95.3
Kuala Pilah / Jelebu --91.7
Melaka / Johor Utara --96.6
Johor Selatan --105.7
Kuantan --107.1
Pahang --89.3
K.Terengganu --91.7
Gua Musang --91.1
Kota Bahru --101.9
Kuching --88.1
Sri Aman --98.9
Sarike --i90.3
Mukah --89.1
Kapit --91.9
Sibu --98.5
Betong --93.6
Bintulu --90.3
Miri --92.97
Limbang --98.1
Lawas --96.7
Pulau Labuan --88.5
Beaufort --96.5
Kota Kinabalu --88.9
Ranau --100.3
Kota Belud --100.7
Tenom --89.3
Kudat --94.9
Sandakan --92.1
Lahad Datu --102.9
Tawau --94.7

IKIM FM
Lembah Klang --91.5
Perlis/Kedah/Langkawi/ Pulau Pinang --89.0
Ipoh --102.7
Negeri Sembilan --102.7
Melaka --89.5
Johor Bahru --106.2
Kuantan --89.6
Kuala Lumpur --91.5
Kuala Terengganu --100.2
Kota Bharu --89.8
Kuching --93.6
Kota Kinabalu --93.9


Hitz FM
Klang Valley --92.9
Seremban --95.0
Malacca --93.0
Johor Bahru/Singapore --97.6
Ipoh --92.7
Alor Setar/Penang --93.0
Taiping --93.6
Kota Bahru --92.8
Kuala Terengganu --94.8
Kuantan --93.2
Kuching --95.3
Kota Kinabalu --100.8
Astro --Channel 852


FLY FM
Klang Valley --95.8
Penang -- 89.9
Ipoh --87.9
Seremban --98.6
Kuantan --87.6
Malacca --94.0
Johor Bahru --102.5
Singapore --102.5
Terengganu --107.5
Kota Bahru --107.4
Alor Setar --99.1


MIX FM
Penang / Alor Setar -- 91.0
Taiping --91.3
Ipoh --94.3
Klang Valley --94.5
Seremban --94.2
Melaka --91.1
Johor Bahru --99.1
Kuantan --94.1
Kuala Terengganu --98.3
Kota Bahru --94.6
Kuching --97.7
Kota Kinabalu --101.6
Astro Channel --855

XFRESH FM
Klang Valley --103.0
Penang/Kedah/Perlis -- 106.5
Ipoh --98.5
Taiping --104.9
Seremban --97.9
Kuantan --100.0
Melaka --107.3
Johor --103.3
Terengganu --104.0
Kota Bahru --99.8
Kuching --103.7
Kota Kinabalu --98.6
Astro --Channel 858

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan