Assalamualaikum....
Beberapa bulan kebelakangan ini, dilihat trend syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan menggunakan ayat-ayat yang membawa "double meaning" atau dua maksud semakin galak dan menjadi-jadi, lebih-lebih lagi apabila iklan mereka itu disiarkan melalui siaran stesyen radio. Dari jenis makanan kesihatan (zulkifli...oh zulkifli...) hinggalah ke perkhidmatan siaran televisyen berbayar yang kononnya terunggul di Malaysia (macam-macam ada ke macam-macam hal...?).
Kedengaran iklan mereka itu bersadurkan kelucahan. Dah tak ada idea yang lebih "bersih" lagi ke sampai nak guna ayat-ayat yang ada unsur lucah?. Ada sesiapa yang dengar iklan dari stesyen televisyen berbayar di stesyen radio Sinar.fm atau lain-lain stesyen radio?.
Itu dari segi pengiklanan dari syarikat perniagaan, dalam bidang lainpun idea lucah menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi jika nak jatuhkan musuh politik. Pelbagai teknik dan kaedah digunakan untuk membikin video berkenaan. Kalau pemimpin yang sedang berkuasapun tersedia menggunakan idea lucah, terlangsungnya fikiran rakyatpun ikut lucah sama. Ini nasihat dari APCO ke?
Surat khabar lagi la tak boleh pakai, buat bungkus bangkai tikus dan kambus dalam tanah lebih baik. Kalau nak dekat pilihanraya, berita lucah je yang menjadi tajuknya. Orang lain kotor, "orang-orang" dia aje yang bersih. Surat khabar arus perdana kini dah jadi akhbar 18SX. Kanak-kanak, remaja dan dewasa yang tak matang-matang lagi tak boleh baca, nanti merosakan fikiran.