Aduh, peritnya cabut gigi...!



Assalamualaikum....

Dalam dua minggu kebelakangan ini saya kurang sihat dan terpaksa mengambil cuti panjang. Maklumlah sekarang ini pun musim "gangguan kesihatan" tidak menentu. Salah satu gangguan kesihatan yang saya kena ialah sakit gigi.

Semasa artikel ini ditulis (Selasa, 12 Julai 2011), saya baru sahaja cabut gigi di Klinik Pergigian Tampin, Negeri Sembilan.  Mungkin ada yang akan bertanya kenapa di Negeri Sembilan sedangkan saya tinggal di Melaka?.  Ini kerana saya sedang bercuti di kampung saya di Melaka dan pekan yang paling hampir dengan kampung itu ialah di Tampin, Negeri Sembilan.  Kerana kesakitan yang berulang menyebabkan saya memberanikan diri untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi.

Seingat saya kali terakhir membuat pemeriksaan gigi ialah semasa di sekolah menegah dalam tingkatan 3. Kalau cabut gigi pula semasa di sekolah rendah.  Kini saya merasai semula pengalaman yang "mengerikan" tersebut.  Sebelum dicabut, saya disuntik dengan bius pada gusi gigi bahagian bawah sebelah kanan dan kemudian diminta untuk tunggu seketika sementara bius berkenaan berkesan.

Apabila doktor gigi berkenaan memanggil saya, perasaan menjadi semakin risau. Tangan menggigil dan tubuh mengejang walaupun doktor dan jururawat meminta saya "melembutkan badan" dan jangan "melawan".  Ada yang kata jika cabut gigi di bahagian bawah kurang sakit, namun saya tetap merasai keperitannya. Bius yang disuntik seperti tidak memberi kesan dalam mengurangkan kesan kesakitan mencabut gigi. Ramai juga yang kata kualiti ubatan di klinik dan hospital kerajaan adalah dari jenis yang rendah mutunya.

Mengikut kata doktor, ada dua gigi yang perlu dicabut, namun hari ini hanya satu gigi sahaja yang dicabut kerana kesakitan mencabut satu batang gigipun tak tertahan rasanya, inikan pula kalau dua batang gigi.  Untuk mencabut sebatang lagi gigi yang buat masa ini belum lagi sakit mungkin mengambil masa yang lama untuk saya buat keputusan.  Sakit gila wooo.....

Keputusan perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia vs China Taipei (Taiwan)

 
Pemain Malaysia, Badrol Bahtiar (kanan) melepasi kawalan pemain Taiwan, Lo Chi En dalam perlawanan 
Kelayakan Piala Dunia 2012 peringkat Asia di stadium Nasional Bukit Jalil.


Assalamualaikum...

Malaysia memenangi perlawanan pertama, pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi menewaskan China Taipei a.k.a Taiwan dengan jaringan 2 berbalas 1.  

Malaysia bermula agresif mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-28 menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.  Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng.

Pada minit ke-55, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak yang kembali menyarung jersi kebangsaan pada kali ini selepas pulih daripada kecederaan, menceriakan lebih 45,000 penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq Rahim.  Pada ketika ini para pemain Taiwan sebenarnya sudah nampak goyah dan kurang motivasi akibat dua gol ketinggalan, namun jurulatih Taiwan Lo Chih Tsung mula membuat percaturan baru dengan menukarkan beberapa pemain bagi cubaan merapatkan jurang jaringan tersebut.  

Usaha Taiwan tampak berhasil dengan gerakan pantas jentera serangan Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan "pintu gol" dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76.

Kesimpulan
Berdasarkan pengamatan saya, Taiwan memberi tentangan sengit pada 20 minit pertama separuh masa pertama dengan menyayingi baik setiap gerakan yang dilakukan oleh skuad "Harimau Malaya".  Malaysia yang masih dilihat mengalami sindrom "lambat panas" hanya mampu membelah pertahanan Taiwan apabila perlawanan menghampiri 30 minit.

Sekurang-kurangnya Malaysia mampu mencipta jaringan 4 gol ke atas Taiwan, namun setelah mendapat gol kedua, Malaysia dilihat "melonggarkan" kawalan permainan dan ini dapat dilihat dengan jelas pada pada 15 minit terakhir perlawanan, kawasan pertahanan Malaysia agak terkehadapan dan membiarkan banyak ruang di belakang mereka ketika pemain Taiwan mengambil kesempatan menjaringkan gol pertama.

Ketua jurulatih, K.Rajagobal nampaknya "menyimpan kuku" bagi skuad Harimau Malaya dengan meletakkan beberapa "key player" di bangku simpanan.  Semoga segala taktik yang direncana oleh saf jurulatih pasukan Malaysia akan sekali lagi berkesan dalam menghadapi perlawanan ke dua pada 3 Julai 2011 (Ahad) di Taiwan.

Sukan Bola Sepak dan Martial Art

Nampak bersungguh-sungguh mereka sampai tak jejak tanah...


Assalamualaikum...

Lihat gambar di atas dengan perasaan yang sama ketika anda sedang menonton filem "Karak" pada 25 minit pertama.

Aksi bola sepak ini adalah dilakukan oleh mereka yang berjiwa kental, berani dan "bersungguh-sungguh..."?, errmmm.... 

Agak mengerikan kerana seolah-olah sukan bola sepak kini diaduni dengan seni mempertahankan diri a.k.a martial art.  Ada pemain bola sepak yang kakinya patah dua pada bahagian keting kerana terjahan jurus keras.  Maka, dia masih boleh bermain "bola sepak" tetapi yang menggunakan tanganlah...

Gubahan lagu zaman kanak-kanak



Assalamualaikum...

Masih ingat lagu-lagu zaman kanak-kanak anda?  Lagu-lagu seperti "enjit-enjit semut", "rasa sayang", "Anak itik Tok Wie", "Bangau oh bangau", "Assalamualaikum" dan "Malam yang Sepi".  Entah siapalah yang menjadi "pencipta" lagu-lagu berkenaan.  Agaknya mereka itu terdiri dari "kanak-kanak" nakal @ hyper aktif  + kreatif.

Saya masih ingat lirik lagu yang diubah suai menjadi lagu versi lawak iaitu lirik dari lagu "Segalanya ku terima - Illusi". Liriknya begini :

"Aku yang kehilangan,
Kaki dan juga tangan,
Terlibat dalam kemalangan,
Ku pergi ke hospital,
Ku minta ubat gatal,
Ku balik naik kereta kebal
..."

Dan lirik lagu yang diubah dari lagu "Aduhai Seribu Kali Sayang - Iklim" :

"Seribu kali satu,
Cikgu menyoal aku,
Aku jawab tak tahu,
Cikgu tempeleng aku,
Aku jatuh ke simen,
Aku jadi ultraman,
Aku pergi ke planet,
Aku jumpa minah senget...
"

**p/s (untuk pengetahuan semua, minah senget itu ialah satu watak atau gelaran yang menjadi fenomena yang berpunca drama bersiri di TV1 suatu ketika dahulu dalam tahun 1990-an, lakonan Salleh Yaakob,Aby Yus, Jasmin Hamid dan lain-lain... minah senget tu Jasmin Hamid la pelakonnya yang membawakan watak "Minah" tu)

**artikel ini diterbitkan akibat dari "terangsang" setelah membaca artikel dari "Kotak Bulat"

Jozan memperlawakkan sejarah keagungan bangsa Melayu (video disertakan)

 
Tahniah pada kumpulan Jozan yang memenangi tempat ke dua Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum...

"Musuh-musuh" Melayu sudah lama mempersendakan dan menegelakkan orang Melayu atas setiap perlakuan orang-orang Melayu yang membuat perkara bodoh yang memalukan bangsa sendiri.

Yang paling utama dengki ialah sesama bangsa, yang merosakkan Melayu bangsa sendiri dan yang memfitnah orang Melayu paling banyak dari kalangan Melayu juga.  Di mana nilai sejarah orang Melayu yang patut dijadikan pengajaran untuk generasi kemudiannya menjadikannya sebagai pendorong bagi memperkasakan orang Melayu.  Sanggup gelakkan dan memperlekehkan bangsa sendiri?.

Contoh terbaik ialah dalam perhimpunan agung sebuah parti politik beberapa tahun sudah, semasa Tun Dr. Mahathir membaca rangkap sajak "dulu bangsanya haprak..".  Masa itu satu dewan gelak sakan...  Bila orang lain kata bangsa Melayu "haprak", yang gelak dalam dewan tu siapa, bangsa apa...?.  Pernah keluar tv beberapa kali sebelum rakaman video berkenaan ditarik semula dari siaran.  Dan kali ini, sejarah berulang lagi...  Di sini tidaklah saya kata elemen sejarah tidak boleh digunakan untuk melawak, namun ianya perlu ditangani dengan sewajarnya agar kita tidak dilihat mempersendakan bangsa sendiri.

Ada yang mengatakan ianya sekadar lawak dan Jozan ada beri nasihat, namun "matlamat tidak menghalalkan cara".  Cuba kita renung dan fahamkan dengan teliti, apakah kesudahannya pada persembahan kumpulan Jozan yang dimaksudkan itu?  Adakah si pencuri itu insaf setelah diberi nasihat oleh "Hang Tuah"?.  Lagi nak dijual dengan bingkai gambar dan Hang Tuah sekali adalah...

Hang Tuah lakonan Johan pun siap kata "jangan beritahu Hang Jebat" apabila dengar "cerita" juta-juta ringgit.  Kerana duit orang Melayu semakin tamak, ada yang sanggup memfitnah bangsa sendiri.  Ini permasalahan halus dalam lawak, masalah besarpun ada orang kita yang buat tak tahu je...  Tiada masalah bagi yang "akal panjang".  Mereka boleh memahami dan menapis baik atau buruk perkara yang ditonton.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai corak pemikiran yang masih "muda" ataupun yang tak faham maksud tersirat?.  Biarkan sahaja ke mereka dengan tanggapan yang salah?

PERHATIAN
Saya menerbitkan artikel ini sekadar berkongsi pemikiran dan pengetahuan saya pada yang sudi membacanya dengan fikiran yang terbuka.  Saya tolong anda semua berfikir di sisi atau sudut corak pemikiran yang berbeza.

Video persembahan kumpulan Jozan

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan