Sukan Bola Sepak dan Martial Art

Nampak bersungguh-sungguh mereka sampai tak jejak tanah...


Assalamualaikum...

Lihat gambar di atas dengan perasaan yang sama ketika anda sedang menonton filem "Karak" pada 25 minit pertama.

Aksi bola sepak ini adalah dilakukan oleh mereka yang berjiwa kental, berani dan "bersungguh-sungguh..."?, errmmm.... 

Agak mengerikan kerana seolah-olah sukan bola sepak kini diaduni dengan seni mempertahankan diri a.k.a martial art.  Ada pemain bola sepak yang kakinya patah dua pada bahagian keting kerana terjahan jurus keras.  Maka, dia masih boleh bermain "bola sepak" tetapi yang menggunakan tanganlah...

Gubahan lagu zaman kanak-kanak



Assalamualaikum...

Masih ingat lagu-lagu zaman kanak-kanak anda?  Lagu-lagu seperti "enjit-enjit semut", "rasa sayang", "Anak itik Tok Wie", "Bangau oh bangau", "Assalamualaikum" dan "Malam yang Sepi".  Entah siapalah yang menjadi "pencipta" lagu-lagu berkenaan.  Agaknya mereka itu terdiri dari "kanak-kanak" nakal @ hyper aktif  + kreatif.

Saya masih ingat lirik lagu yang diubah suai menjadi lagu versi lawak iaitu lirik dari lagu "Segalanya ku terima - Illusi". Liriknya begini :

"Aku yang kehilangan,
Kaki dan juga tangan,
Terlibat dalam kemalangan,
Ku pergi ke hospital,
Ku minta ubat gatal,
Ku balik naik kereta kebal
..."

Dan lirik lagu yang diubah dari lagu "Aduhai Seribu Kali Sayang - Iklim" :

"Seribu kali satu,
Cikgu menyoal aku,
Aku jawab tak tahu,
Cikgu tempeleng aku,
Aku jatuh ke simen,
Aku jadi ultraman,
Aku pergi ke planet,
Aku jumpa minah senget...
"

**p/s (untuk pengetahuan semua, minah senget itu ialah satu watak atau gelaran yang menjadi fenomena yang berpunca drama bersiri di TV1 suatu ketika dahulu dalam tahun 1990-an, lakonan Salleh Yaakob,Aby Yus, Jasmin Hamid dan lain-lain... minah senget tu Jasmin Hamid la pelakonnya yang membawakan watak "Minah" tu)

**artikel ini diterbitkan akibat dari "terangsang" setelah membaca artikel dari "Kotak Bulat"

Jozan memperlawakkan sejarah keagungan bangsa Melayu (video disertakan)

 
Tahniah pada kumpulan Jozan yang memenangi tempat ke dua Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum...

"Musuh-musuh" Melayu sudah lama mempersendakan dan menegelakkan orang Melayu atas setiap perlakuan orang-orang Melayu yang membuat perkara bodoh yang memalukan bangsa sendiri.

Yang paling utama dengki ialah sesama bangsa, yang merosakkan Melayu bangsa sendiri dan yang memfitnah orang Melayu paling banyak dari kalangan Melayu juga.  Di mana nilai sejarah orang Melayu yang patut dijadikan pengajaran untuk generasi kemudiannya menjadikannya sebagai pendorong bagi memperkasakan orang Melayu.  Sanggup gelakkan dan memperlekehkan bangsa sendiri?.

Contoh terbaik ialah dalam perhimpunan agung sebuah parti politik beberapa tahun sudah, semasa Tun Dr. Mahathir membaca rangkap sajak "dulu bangsanya haprak..".  Masa itu satu dewan gelak sakan...  Bila orang lain kata bangsa Melayu "haprak", yang gelak dalam dewan tu siapa, bangsa apa...?.  Pernah keluar tv beberapa kali sebelum rakaman video berkenaan ditarik semula dari siaran.  Dan kali ini, sejarah berulang lagi...  Di sini tidaklah saya kata elemen sejarah tidak boleh digunakan untuk melawak, namun ianya perlu ditangani dengan sewajarnya agar kita tidak dilihat mempersendakan bangsa sendiri.

Ada yang mengatakan ianya sekadar lawak dan Jozan ada beri nasihat, namun "matlamat tidak menghalalkan cara".  Cuba kita renung dan fahamkan dengan teliti, apakah kesudahannya pada persembahan kumpulan Jozan yang dimaksudkan itu?  Adakah si pencuri itu insaf setelah diberi nasihat oleh "Hang Tuah"?.  Lagi nak dijual dengan bingkai gambar dan Hang Tuah sekali adalah...

Hang Tuah lakonan Johan pun siap kata "jangan beritahu Hang Jebat" apabila dengar "cerita" juta-juta ringgit.  Kerana duit orang Melayu semakin tamak, ada yang sanggup memfitnah bangsa sendiri.  Ini permasalahan halus dalam lawak, masalah besarpun ada orang kita yang buat tak tahu je...  Tiada masalah bagi yang "akal panjang".  Mereka boleh memahami dan menapis baik atau buruk perkara yang ditonton.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai corak pemikiran yang masih "muda" ataupun yang tak faham maksud tersirat?.  Biarkan sahaja ke mereka dengan tanggapan yang salah?

PERHATIAN
Saya menerbitkan artikel ini sekadar berkongsi pemikiran dan pengetahuan saya pada yang sudi membacanya dengan fikiran yang terbuka.  Saya tolong anda semua berfikir di sisi atau sudut corak pemikiran yang berbeza.

Video persembahan kumpulan Jozan

Nabil dapat tempat ke 3 Maharaja Lawak Akhir 2011

 
Nabil dengan dua persembahan yang menggarapkan idea-idea beliau dari persembahannya yang terdahulu, 
menjadi persembahan yang baru dan segar.

Tahniah pada Nabil yang berjaya meraih tempat ke tiga dalam siri pertandingan Maharaja Lawak peringkat akhir.  Dari segi pencapaian keseluruhan, persembahan Nabil tidak mengecewakan memandangkan dia adalah peserta tunggal yang bergerak secara solo, sedangkan peserta lain mempunyai "partner".

Dari segi bahasa, perkataan "maharaja" adalah merujuk kepada seorang individu, bukannya berkumpulan.  Maharaja, raja, ketua kampung, hatta ketua darjah sekalipun hanya ada seorang sahaja untuk setiap tempat.  Satu kapal hanya ada satu nakhoda sahaja.  Jadinya walaupun Nabil dapat tempat ke tiga, namun dialah Maharaja Lawak yang sebenarnya, tetapi masih belum mencapai tahap seperti yang dilakukan oleh arwahyarham Din Beramboi.  Nabil memperolehi wang kemenangan berjumlah RM150,000.00 beserta dengan trofi Maharaja Lawak.
 
Untuk pertandingan edisi Maharaja Lawak 2011 ini, kumpulan Sepah berjaya memenangi Maharaja Lawak dan merangkul hadiah berupa mahkota maharaja lawak, wang berjumlah RM350,000.00 dan trofi.  Di tempat kedua pula adalah kumpulan Jozan membawa pulang wang berjumlah RM 250,000.00 serta trofi. Manakala kumpulan Jambu menduduki tempat keempat membawa pulang wang ganjaran berjumlah RM 50,000.00 dan trofi. 

**p/s :  siapakah indentiti misteri "spiderman" itu?.  Dari segi gayanya, nampak macam Zizan je tapi ketinggiannya nak sama macam Yasin...

Keputusan bola sepak perlawanan kedua pusingan ke dua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 - Malaysia & Lubnan

 

Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.  Namun pada masa separuh kedua, Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-61 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah (kad kuning kedua) kira-kira 10 minit sebelum itu.

Aksi perlawanan Malaysia dan Lubnan :

Pemain Malaysia, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) berebut bola di udara dengan dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


**sumber dari Berita Harian Online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan