Jozan memperlawakkan sejarah keagungan bangsa Melayu (video disertakan)

 
Tahniah pada kumpulan Jozan yang memenangi tempat ke dua Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum...

"Musuh-musuh" Melayu sudah lama mempersendakan dan menegelakkan orang Melayu atas setiap perlakuan orang-orang Melayu yang membuat perkara bodoh yang memalukan bangsa sendiri.

Yang paling utama dengki ialah sesama bangsa, yang merosakkan Melayu bangsa sendiri dan yang memfitnah orang Melayu paling banyak dari kalangan Melayu juga.  Di mana nilai sejarah orang Melayu yang patut dijadikan pengajaran untuk generasi kemudiannya menjadikannya sebagai pendorong bagi memperkasakan orang Melayu.  Sanggup gelakkan dan memperlekehkan bangsa sendiri?.

Contoh terbaik ialah dalam perhimpunan agung sebuah parti politik beberapa tahun sudah, semasa Tun Dr. Mahathir membaca rangkap sajak "dulu bangsanya haprak..".  Masa itu satu dewan gelak sakan...  Bila orang lain kata bangsa Melayu "haprak", yang gelak dalam dewan tu siapa, bangsa apa...?.  Pernah keluar tv beberapa kali sebelum rakaman video berkenaan ditarik semula dari siaran.  Dan kali ini, sejarah berulang lagi...  Di sini tidaklah saya kata elemen sejarah tidak boleh digunakan untuk melawak, namun ianya perlu ditangani dengan sewajarnya agar kita tidak dilihat mempersendakan bangsa sendiri.

Ada yang mengatakan ianya sekadar lawak dan Jozan ada beri nasihat, namun "matlamat tidak menghalalkan cara".  Cuba kita renung dan fahamkan dengan teliti, apakah kesudahannya pada persembahan kumpulan Jozan yang dimaksudkan itu?  Adakah si pencuri itu insaf setelah diberi nasihat oleh "Hang Tuah"?.  Lagi nak dijual dengan bingkai gambar dan Hang Tuah sekali adalah...

Hang Tuah lakonan Johan pun siap kata "jangan beritahu Hang Jebat" apabila dengar "cerita" juta-juta ringgit.  Kerana duit orang Melayu semakin tamak, ada yang sanggup memfitnah bangsa sendiri.  Ini permasalahan halus dalam lawak, masalah besarpun ada orang kita yang buat tak tahu je...  Tiada masalah bagi yang "akal panjang".  Mereka boleh memahami dan menapis baik atau buruk perkara yang ditonton.  Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai corak pemikiran yang masih "muda" ataupun yang tak faham maksud tersirat?.  Biarkan sahaja ke mereka dengan tanggapan yang salah?

PERHATIAN
Saya menerbitkan artikel ini sekadar berkongsi pemikiran dan pengetahuan saya pada yang sudi membacanya dengan fikiran yang terbuka.  Saya tolong anda semua berfikir di sisi atau sudut corak pemikiran yang berbeza.

Video persembahan kumpulan Jozan

Nabil dapat tempat ke 3 Maharaja Lawak Akhir 2011

 
Nabil dengan dua persembahan yang menggarapkan idea-idea beliau dari persembahannya yang terdahulu, 
menjadi persembahan yang baru dan segar.

Tahniah pada Nabil yang berjaya meraih tempat ke tiga dalam siri pertandingan Maharaja Lawak peringkat akhir.  Dari segi pencapaian keseluruhan, persembahan Nabil tidak mengecewakan memandangkan dia adalah peserta tunggal yang bergerak secara solo, sedangkan peserta lain mempunyai "partner".

Dari segi bahasa, perkataan "maharaja" adalah merujuk kepada seorang individu, bukannya berkumpulan.  Maharaja, raja, ketua kampung, hatta ketua darjah sekalipun hanya ada seorang sahaja untuk setiap tempat.  Satu kapal hanya ada satu nakhoda sahaja.  Jadinya walaupun Nabil dapat tempat ke tiga, namun dialah Maharaja Lawak yang sebenarnya, tetapi masih belum mencapai tahap seperti yang dilakukan oleh arwahyarham Din Beramboi.  Nabil memperolehi wang kemenangan berjumlah RM150,000.00 beserta dengan trofi Maharaja Lawak.
 
Untuk pertandingan edisi Maharaja Lawak 2011 ini, kumpulan Sepah berjaya memenangi Maharaja Lawak dan merangkul hadiah berupa mahkota maharaja lawak, wang berjumlah RM350,000.00 dan trofi.  Di tempat kedua pula adalah kumpulan Jozan membawa pulang wang berjumlah RM 250,000.00 serta trofi. Manakala kumpulan Jambu menduduki tempat keempat membawa pulang wang ganjaran berjumlah RM 50,000.00 dan trofi. 

**p/s :  siapakah indentiti misteri "spiderman" itu?.  Dari segi gayanya, nampak macam Zizan je tapi ketinggiannya nak sama macam Yasin...

Keputusan bola sepak perlawanan kedua pusingan ke dua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 - Malaysia & Lubnan

 

Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik London 2012 selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.  Namun pada masa separuh kedua, Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-61 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah (kad kuning kedua) kira-kira 10 minit sebelum itu.

Aksi perlawanan Malaysia dan Lubnan :

Pemain Malaysia, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) berebut bola di udara dengan dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


**sumber dari Berita Harian Online

Segmen Satu Gambar Bercerita : Katil dan Tilam

 Assalamualaikum....
Para pembaca sekalian biasanya tidur atas apa? Jika ada katil dan tilam, saya suka tidur di atas katil @ tilam yang luas agar selesa untuk "menggeliat" dan "bergolek-golek" sebab saya ni kadang-kadang tidur lasak.  Tapi itu tidak bermakna saya begitu cerewet untuk memilih keadaan tempat tidur. Paling tidak dan paling kurangpun biarlah tempat itu bersih, selamat dan mempunyai alas tikar dan toto.

Tetapi andainya katil seperti gambar di atas ini diberikan atau dibelikan untuk anda..., apakah anda akan tidur di atasnya?

Segmen mengejut dari Kotak Bulat

 

Assalamualaikum...

Sedang saya merayau-rayau di internet, berjumpalah sebuah blog yang diberi nama "KOTAK BULAT".  Pemilik blog ni buat peraduan "bikin dialog" pada gambar yang disediakan.  Memandangkan tarikh tutup peraduan ialah pada hari ini juga (15/06/2011), terus je cepat-cepat saya bikin dialog pada gambar tersebut (gambar di atas).

Dialog pada gambar berkenaan menggunakan sedikit loghat percakapan "Negeri Sembilan".  Harap boleh fahamlah ye...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan