Segmen Satu Gambar Bercerita : Kucing & Anjing


Assalamualaikum....

Kucing dan anjing adalah asalnya dari spesis yang sama, "berkeluarga" dengan suku sakat harimau.  Namun kucing dan anjing ini selalunya akan bermusuh dan menjadi kepantangan jika berjumpa mesti akan "berperang".  Dalam sesetengah laporan, ada juga kucing dan anjing yang boleh bergaul mesra.  Mungkin haiwan berkenaan sudah saling mengenali sejak kecil lagi.

Seperti gambar di atas, memperlihatkan keberanian seekor kucing yang melintas di hadapan 15 ekor anjing yang biasa digunakan oleh pihak polis dalam melakukan tugasan-tugasan tertentu.  Sempoi dan "selamber" je kucing tu melintas...  Anjing-anjing tu pula "cool" aje memandang...  Tapi disebabkan ianya adalah sebuah gambar, kita tak tahu apa yang berlaku selepas itu...

Belia Benci Pencuri

 

Assalamualaikum...

Antara para pembaca mesti ada yang pernah mengalami kehilangan selipar atau kasut ketika singgah bersolat di masjid ataupun surau, sama ada solat Jumaat, solat fardu ataupun solat hari raya.  Saya sendiri pernah alami masalah kehilangan kasut yang baru di beli.  Berlaku lebih 10 tahun lalu.  Tak sampai 24 jam dari tarikh pembelian, dah hilang.  Kaki ini masih belum puas "menikmati" kasut berkenaan.  Beli di karnival jualan di Bukit Jalil, hilang di Muar.  Hilang semasa saya singgah bersolat Jumaat di masjid Bandar Maharani,  Muar ketika dalam perjalanan balik beraya di Kampung Tengah.  Dan selepas solat Jumaat tersebut, buat pertama kali dalam sejarah, saya "menapak" di bandar dengan "berkaki ayam", menuju ke kedai kasut @ selipar.  Glamour seketika... tetapi orang di Bandar Maharani tu faham situasi saya...

Namun ada penyelesaian tertentu yang boleh diambil bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.  Antara cara yang boleh diguna ialah dengan :
  • meletakkan kedua-dua belah kasut atau selipar anda di tempat yang berasingan dengan harapan si pencuri kasut berputus asa untuk mencari yang sebelah lagi.
  • menyorokkan kedua-dua belah di bawah kereta yang di parking berhampiran dengan tangga masuk ke masjid.
  • kaki anda langsung tidak menyarung apa-apa. (apa2 hal boleh cuci kaki di tandas..)
Tetapi ada satu kaedah yang mungkin tidak ramai yang terfikir mengenainya.  Caranya adalah seperti dalam gambar di bawah :



 

Atau anda ada cara lain...? Sila nyatakan di sini....

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011 - Terengganu lawan Kelantan

 

Assalamualaikum...
Perlawanan Akhir Piala FA bagi tahun 2011 ini dimenangi oleh pasukan bola sepak negeri Terengganu dengan jaringan kemenangan di separuh masa kedua dalam masa tambahan yang berpunca dari sepakan sudut yang diperolehi oleh pasukan bola sepak negeri Terengganu.

Sebelum itu pasukan Terengganu mendapat gol penyamaan hasil dari tandukkan ke arah gawang sendiri oleh pemain pasukan Kelantan iaitu Daudsu Jamaluddin.

Berdasarkan pemerhatian saya, masih lagi terdapat pancaran laser dalam perlawanan ini iaitu yang dipancarkan kepada penjaga gol Terengganu (Mohd Sharbinee Allawee) pada separuh masa pertama semasa tendangan sudut diperolehi oleh pasukan Kelantan.  

Namun sehingga ke wisel penamat, ianya tidak mengganggu rentak permainan pasukan Terengganu yang bermain berhabis-habisan untuk menyayingi reputasi pasukan bola sepak Kelantan yang sebelum itu telah mengalahkan mereka dalam perlawanan Liga Super beberapa hari yang lalu.

Perlawan berlanjutan sehingga ke "masa kecederaan" pada separuh masa tambahan yang ke dua dan keputusan muktamad Piala FA musim 2011 untuk Liga Malaysia menjadi milik Terengganu yang menewaskan Kelantan dengan jaringan 2 berbalas 1.

Sejarah dan Rahsia Kesihatan Dalam Solat


 Assalamualaikum...

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk "memandu" manusia ke arah jalan kebenaran. Umat nabi Muhammad yang juga dikenali sebagai umat akhir zaman, telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad yang perlu direbuti, dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.

Di bawah ini saya nyatakan sejarah tiap satu waktu solat yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada Umat Islam untuk dikerjakan serta rahsia kesihatan yang tersirat disebaliknya:

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


 Terdapat beberapa kelebihan atau kebaikkan mengerjakan solat, antaranya ialah seperti dinyatakan dalam keratan artikel di bawah ini :

 
** keratan artikel ini diambil dari surat khabar Utusan Malaysia

Telefon eTouch :Touchberry Series, asal "berry" sudah...


Assalamualaikum...


Ini merupakan "handset phone" yang ke lima dalam sejarah hidup saya, menggunakan alatan elektronik ini. HP saya sebelum yang di atas ini ialah Nokia 1110 sesekali mengalami masalah kegagalan "membaca" kad sim. Jika dihantar ke kedai baiki hp pun, rasanya kos baikpulih mungkin hampir akan dapat membeli sebuah telefon baru.  Harga pasaran "telefon tangan" untuk kategori baru, yang paling murah setakat yang pernah saya jumpa ialah RM68.00.

HP di atas ini yang menggunakan jenama eTouch (bukan skrin sesentuh ye...) dihasilkan oleh Wireless Solution Limited (sebuah syarikat Malaysia yang pernah menjadi syarikat sokongan Samsung, seperti yang diceritakan oleh jurujual berkenaan) serta diedarkan oleh Matrix Calibre Sdn Bhd yang beralamat di Subang Jaya, Selangor.  HP yang saya beli ini merupakan model terbaru iaitu 212 Pro, dengan jalur kuning disekelilingnya.

Bagi pandangan saya setelah dua minggu menggunakannya (dah dua kali terjatuh dalam hari yang sama baru-baru ini), telefon siri "Touchberry" ini adalah sebuah telefon yang "compact", comel dan rekaannya menarik, setanding juga dengan saudara mara "berry" yang lain dengan disertakan kekunci "QWERTY ".  Paling best baterinya menggunakan bateri standart Nokia, malah selain dari charger nya yang asal, kita boleh guna charger Nokia juga.  Charger asal hp ni boleh juga mendapatkan bekalan elektrik dari port usb di komputer.

Ciri-ciri eTouch 212 Pro adalah seperti berikut :
  1. Dual SIM dual standby
  2. Dual band 900/1800
  3. Stereo earphone
  4. Hand free
  5. MP3/MP4 Playback
  6. FM Radio
  7. Audioa Recorder
  8. BL-5k battery compatible
  9. Memory Card
Lama juga saya duduk di kedai tu memikirkan hp mana yang patut dibeli kerana berlakunya "perang harga dan perang fungsi" yang ditawarkan oleh beberapa model, dah la tu bajet yang tak seberapa...  Akhirnya saya membeli model di atas setelah memikirkan bahawa hp ini boleh menggunakan kad memori, dua kad sim yang boleh dipasang dan digunakan serentak, rupa macam keluarga berry yang lain serta paling mustahak, bajet yang bersesuaian. "Asal nampak macam blackberry sudah...."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan