Segmen Satu Gambar Bercerita : Basikal

 
Ultraman pun dah mula berbasikal..., anda bila lagi?

Assalamualaikum....
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas sehinggalah menjadi reka bentuk yang biasa dilihat pada hari ini.

Semasa zaman pendudukan Jepun suatu ketika dahulu, dikala mereka "mendarat" di Kota Bahru, Kelantan, tentera mereka bergerak untuk memulakan explorasi menawan Semenanjung Tanah Melayu dengan berbasikal secara konvoi.

Basikal juga terlibat dalam sejarah peperangan di Semenanjung Tanah Melayu


Suatu ketika dahulu perkhidmatan penghantaran surat oleh posmen menggunakan basikal

"Posto...posto" adalah teriakkan yang begitu dinantikan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1800 yang datang membawa surat dengan berbasikal. Manakala perkembangan Pos Malaysia sekitar 1820 hingga 1990. Awal pernubuhannya hanyalah di beberapa negeri selat sahaja seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Isu ciplak idea peserta Maharaja Lawak

 

Assalamualaikum...
Isu ciplak idea atau bahan lawak dari sumber lain ke dalam persembahan sendiri oleh peserta Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak sebenarnya adalah satu isu subjektif.

Kebanyakkan idea yang timbul asalnya juga dari pemerhatian mahupun penelitian terhadap pengalaman masing2 sama ada melalui pendengaran, pembacaan dan tontonan. Cuma yang membezakannya ialah cara serta mutu olahan hasil dari pemerhatian pengalaman itu ke satu bentuk "bahan baru" dalam persembahan.
 
Mungkin kita tidak tahu ada lawak peserta Maharaja Lawak menggunakan "story" jenaka / lawak yang pernah dibuat orang lain, tetapi kita sendiri tak tahu, lantas menganggap ianya persembahan idea yang asli, bukan cilok mana2...  Hakikat sebenarnya.....?

Contoh konsepnya ialah "nasi". Nasi adalah dari bermacam macam jenis beras. Bila ianya dimasak, lebih kurang sama je rupa. Tetapi dengan pengolahan yg pelbagai dan kreatif, maka terhasillah nasi ayam, nasi goreng dan bermacam macam jenis nasi lagi. Begitu juga dengan lawak para peserta...

Aim (R2) & Pak Cu (XN3) - undian masuk semula Maharaja Lawak 2011

 

 Assalamualaikum....

Sesiapa yang mengikuti perkembangan rancangan Maharaja Lawak, akan mengetahui bahawa bagi minggu ke 8, akan ada keputusan undian masuk semula yang tertinggi pada peserta Maharaja Lawak yang telah tersingkir pada episod sebelumnya.  Antara peserta yg menjadi perhatian ialah kumpulan R2 dan XN3.  Setakat pada masa artikel ini ditaip, kumpulan XN3 mendapat 2,646 undian dan kumpulan R2 mendapat 24,531 undian.  

Undian masuk semula sedang berlangsung dan dijalankan di akaun rasmi facebook Maharaja Lawak.  Cara membuat undian masuk semula Maharaja Lawak ialah dengan meng klik "LIKE" pada gambar peserta Maharaja Lawak yang tersingkir.  Undian terbanyak melayakkan peserta berkenaan untuk bertanding semula di atas pentas Maharaja Lawak.  Ada yang mempertikaikan keputusan pihak Astro membuat undian masuk semula ini.  Bermacam-macam kesimpulan dan tanggapan berkenaan dengan hal ini.  Namun bagi saya ianya mengingatkan saya pada apa yang pernah berlaku pada Mawi semasa beliau bertanding dalam program realiti televisyen Akademi Fantasia musin ke 3 dahulu.  It's all about the money....

Sebenarnya saya adakalanya terkeliru dengan anggota kumpulan R2 dan XN3 iaitu antara Aim serta Pak Cu.  Raut wajah hampir-hampir nak sama (ada lah sikit), saiz badanpun lebih kurang saja.  Kalau tak ingat dengan teliti, mesti penonton tersalah undi...

Sifat ehsan terhadap makhluk Allah S.W.T


Assalamualaikum...

Sudah lama saya simpan gambar ini.  Baru kini tergerak fikiran dan jari jemari ini untuk menerbitkan artikel mengenainya...

Terharu dan tersentuh sanubari saya melihat gambar ini yang menunjukkan seorang tua yang sanggup meredah banjir dalam usahanya menyelamatkan haiwan yang mungkin belaannya.  Orang tua itupun dah acup-acup je bergerak merentasi banjir tu.  Lalu teringatkan kisah semasa di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka.

Semasa di kampung, dalam tahun-tahun sebelum saya bersekolah rendah (kenangan sewaktu kanak-kanak), ada membela kucing, ayam dan angsa.  Semuanya jinak dan baik, walaupun ada masanya kucing tu tak menolak ikan...  Masa ada di kampung, suka nak beri ayam-ayam makan. ayam berkenaan akan mengekori saya bila terlihat saya membawa tin yang berisi jagung.  Adakalanya ayam itu akan naik ke atas bahu saya sewaktu mengcangkung (kerana waktu tu beri ayam makan atas tapak tangan).

Pernah menjadi kisah, seperti yang diceritakan oleh makcik saya, dahulu di rumah kampung saya tu ada satu pasangan haiwan yang bersahabat baik.  Haiwan itu ialah seekor kucing dan ayam, namun saya lupa jantina haiwan berkenaan.

Sewaktu tiba masa makan, kucing tu seringkali dilihat menjemput seekor ayam yang menjadi sahabat baiknya itu di pintu lalu membawa ayam tersebut ke dapur untuk makan bersama-sama.  Namun semasa arwah nenek nak buat kenduri, ayam tu pun disembelih untuk dibuat lauk jamuan.  Ini menyebabkan kucing itu sangat bersedih.  Tak lama lepas kenduri diadakan, kucing tu pun menghilangkan diri, membawa hati yang lara kerana sahabatnya telah tiada. Tidak pula kucing itu bersahabat dengan ayam-ayam yang lain. Saya sendiri yang mendengar kisah ini dari makcik saya pun berasa sedih dan bersimpati atas kucing tersebut.  Kejadian seperti kucing dan ayam ni jarang berlaku.  Angsa yang cacat kakinyapun ada kisahnya yang sempat saya alami sebelum angsa berkenaan mati kerana usia tuanya.  Mesti ada hikmah dan keistimewaan haiwan berkenaan yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Pengajarannya.., sedangkan haiwan berlainan jenis boleh hidup baik-baik, inikan pula kita sesama manusia, sama agama, sama negara.  Demi kekuasaan, kekayaan, kebendaan, manusia sanggup membuat fitnah demi fitnah untuk menjatuhkan manusia lain.   Kenikmatan dan rezeki kurniaan Illahi dibolot sewenang-wenangnya.  Sudahlah menuduh manusia lain dengan bermacam-macam variasi fitnah, sedangkan diri mereka sendiri sebenarnya adalah jahat yang mungkin menyamai tahap Jin Ifrit...

Maksud tersirat Hari Ibu : budaya dan resam orang kafir


Assalamualaikum...

Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat tanpa meneliti perkara yang terselindung disebaliknya.  Kenapa mesti ditetapkan hari sebegini, sedangkan ianya adalah sangat berbeza keadaannya dengan peristiwa besar yang lain seperti hari kemerdekaan atau ulang tahun perkahwinan.  Tidak patut diadakan hari ibu atau bapa kerana setiap hari mereka adalah ibubapa kita selama-lamanya.  Setiap hari kita harus mengenang usaha ibu bapa kita untuk menjadikan keluarga kita sesempurna yang mungkin.  Islam tidak mengajar umatnya mencipta dan menyambut hari sebegini.  Ini merupakan budaya yang dikosmetikkan oleh orang barat (kristian) bagi menyebarkan budaya mereka secara halus pada orang Islam yang naif.

Yang sedihnya ada orang Islam yang bermati-matian mempertahankan budaya yang dicipta oleh orang kafir, sedangkan banyak lagi isu-isu agama Islam yang tidak atau kurang diendahkan, apatah lagi mempertahankan Islam secara khusus.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diselaraskan dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan