Tutup aurat bukan sekadar bertudung...


Assalamualaikum...

Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram.  Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitarnya, ianya lebih dari itu.  Suara, gaya pergaulan dan tingkah laku serta adab percakapan juga merupakan aurat yang perlu dijaga.

Fesyen pada pakaian yang "sarung" oleh perempuan pada hari ini mempamerkan kejahilan wanita Islam tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Antaranya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Beranggapan aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Itu kisah perempuan yang bertudung.  Ada yang bertudung hanya kerana watak yang dilakonkan dalam drama atau filem mengkehendakkan si pelakon itu bertudung.  Juga ada yang bertudung kerana menjadi jurucakap atau model kepada jenama tertentu tudung.  Pemakaian sebegini "secara logiknya" sukar mendapat rahmat dan pahala kerana ianya semata-mata berkaitan dengan urusan dunia.

Ada blogger perempuan yang kononnya semakin popular lantaran pasangannya sedang cemerlang dalam sukan bola sepak (kini dah putus tunang), memberi maklumbalas pada komen saya mengenai dirinya yang tidak lengkap menutup aurat dengan kata-kata "dia hanya berpakaian biasa sahaja" dan maksud ayatnya yang lain ialah menidakkan teguran saya itu.  Sedangkan saya memberi nasihat agar dia menutup aurat dengan sempurna agar hubungan dia dan pasangannya itu mendapat lebih berkat dari Allah SWT.  Niat saya cuma mahu lihat mereka lebih berkeadaan baik, tapi "perempuan ini" seperti tidak mahu menerima teguran ikhlas saya.   

Apakah dengan tidak bertudung, berpakaian baju t-shirt yang menampakkan bentuk dada dan badannya serta memakai seluar jeans yang juga bisa menampakkan bentuk punggungnya itu adalah pakaian yang biasa dalam konteks Islam?.  Apakah blogger perempuan ini sudah rasa hebat sangat dengan kepopularannya itu hingga tidak mengambil berat tentang teguran orang lain mengenai auratnya itu?  Atau dia bangga mempamerkan saiz dadanya itu...?.  Kita tegur dengan baik, dia tak nak terima...


~ insya Allah, saya akan menaip artikel mengenai aurat lelaki pula...

Video gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan


Assalamualaikum...

Beginilah yang terjadi seandainya tidak diterapkan dengan kefahaman Islam sejak dari awal kanak-kanak.  Budaya keIslaman di rumah semakin sepi dari menjadi amalan.  Ditambah lagi dengan tiadanya hajat atau cita-cita pemerintahan sedia ada untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang Islam dalam sistem perundangan Malaysia.  Maka moleklah berbuat demikian dengan segera memandangkan Malaysia seperti diwar-warkan oleh "puak-puak" mereka iaitu sebagai sebuah negara Islam yang termaju.

Sumber ekonomi sudah bercampur haram sudah bercampur baur dengan yang halal menyebabkan rakyat juga memakan hasil dari sumber haram.  Makanan atau minuman yang telah menjadi darah daging rakyat akan menerima kesannya.  Lihatlah sekarang ini kes jenayah makin menjadi-jadi.  Tiadanya suasana dan roh keIslaman yang tulen dalam sistem pemerintahan negara memburukkan lagi keadaan keseluruhan rakyat.

Akibat dari kelalaian dan kepentingan persendirian pemimpin, maka rakyat Malaysia kini dilihat semakin mundur akhlak dan budi pekerti.  Rakyat negara ini dilihat semakin "ganas" dan tidak berperikemanusiaan.  Kerap dilaporkan di media arus perdana kes bunuh, rogol, buang bayi, rasuah dan yang sentiasa hangat kini iaitu kes fitnah bersiri.  Apabila panduan agama dijauhi, kepentingan politik mundur dan busuk diamalkan, maka negara semakin menghampiri kehancuran.  Rakyat terutamanya kanak-kanak, atas jasa beberapa pihak sudah mempelajari beberapa perkataan yang sebelum ini asing bagi mereka iaitu releven, rasuah dan liwat.  Mereka mempromosikan cerita lucah di surat khabar dan televisyen dan akhirnya pula menjadi bahan untuk serangan politik.

Penyebaran dan penyimpanan video "blue" - soal pilihanraya kah?


Assalamualaikum...

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muzik batu di Malaysia

 
 Kumpulan muzik rock yang bergambar dihadapan bukit "rock" (batu).

Assalamualaikum...

Gambar di atas merupakan zaman "pra sejarah" muzik "batu" di negara kita.  Adakah anda kenal mereka yang bergambar di atas ini?.  Adakah anda tahu nama individu-individu dan nama kumpulan mereka...?

Ada yang saya kenal, ada yang tak tahu menahu langsung.  Bermacam-macam ragam mereka ini. Semuanya pengaruh dari muzik luar.  Nak rock tak semestinya kena rambut panjang atau berpakaian "menakutkan".  Rock adalah lebih pada perkaitan dengan lirik dan muzik yang pada sesetengah "manusia" dianggap bingit bangat...

Kumpulan muzik mana yang sanggup guna gitar ini?


Assalamualaikum...

Rasanya ramai peminat muzik kumpulan rock, pop atau balada akan berdarah hidung dan menangis bila melihatkan kumpulan muzik kesukaan mereka menggunakan "Gitar Doraemon" yang canggih ini.  Rekaan yang menarik serta dengan bentuk yang unik membuatkan sesebuah kumpulan muzik yang dah nak "malap" tu bersinar dan terkenal semula sebagai "kumpulan pemuzik yang menghiburkan pengunjung majlis graduasi TADIKA dan TABIKA...".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan