Selamat tiba tahun 2011 - suatu perubahan drastik perlu dilakukan

 

Assalamualaikum...

Tibanya tahun 2011, bermakna saya perlu menjalankan perancangan saya untuk "memformat" semula segala sistem yang ada dalam diri saya untuk menjadi yang terbaik di bumi Hang Jebat, Melaka.  Saya perlu membuat perubahan yang besar untuk saya lebih maju dalam perniagaan serta kehidupan peribadi.  Saya perlu melupakan perempuan yang telah banyak memberi kesedihan pada diri saya.

Ada yang mencadangkan bagi saya agar pada tahun baru ini saya dapat memiliki kenderaan sendiri. Ya, itu juga adalah perancangan yang amat baik namun saya masih ada lagi perkara yang lebih utama iaitu bisnes dan mencari jodoh @ teman istimewa.

Untuk bisnes dan teman istimewa telah saya jalankan usaha untuk memperbaiki dan mencari yang baru.  Pada tahun 2011 ini, jika mengikut struktur perjalanan yang dirancang, bakal dilihat penambahbaikkan serta pengembangan perniagaan ke tahap yang jauh lebih sempurna berbanding dengan tahun 2010.  Dengan menggunakan prinsip "kali ganda" pada perkhidmatan yang ditawarkan, diharap ia menjadi jawapan kepada kemajuan syarikat saya.

Soal jodoh merupakan soal kedua dalam hidup saya ketika ini.  Ya, allah SWT telah makbulkan doa saya untuk saya dapat mencari pengganti cinta saya yang telah hilang beberapa hari sebelum menjelang hari lahir saya pada 2.12.2010 yang lalu.  Tetapi usaha saya untuk mendapatkan gadis itu dan menjalinkan hubungan serius masih di peringkat cadangan dan "kertas kerja" sedang dibuat untuk dibentangkan serta dinilai oleh gadis berkeaan.  Diharap "kertas kerja" mengenai kehidupan semasa dan perancangan jangka masa panjang saya akan diterima dan dipersetujuinya.  Insya Allah, dengan kemurahan rezeki kurniaan Allah SWT.., cinta saya pada kali ini akan dimulai dengan ikatan pertunangan dan seterusnya ikatan perkahwinan. Atau juga terus sahaja kepada majlis akad nikah.

Soal membeli kenderaan jatuh pada keutamaan yang ketiga untuk tahun 2011 ini.  Saya tidak terlalu mendesak sangat untuk memilikinya.  Kerana sebagai seorang usahawan, saya perlu bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk maju dalam bidang perniagaan.  Percayalah tanpa ada memiliki kenderaan sendiri kita juga bisa mampu menjadi kaya dan juga bisa ke mana saja yang kita inginkan.  Semuanya bergantung kepada akal yang cerdas serta ketaqwaan kepada Allah SWT dan keimanan kepada Rasulullah, Muhammad SAW.

Saya akan buat contest, siapa nak join?



Assalamualaikum...

Selepas tamat perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010, saya berniat jika Malaysia menang, saya nak buat peraduan berkenaan dengan kejohanan tersebut.  Dan melihatkan Malaysia sudah memenangi piala itu, maka rancangan ini diteruskan.

Sesiapa yang berminat nak join, sila tinggalkan pautan ke blog anda dan komen pada artikel ini.  Sekiranya melebihi 10 orang yang bersetuju untuk sertainya, maka saya akan memberitahu bilakah tarikh mulanya contest dan penerangan mengenainya...

CARA DAN SYARAT PERTANDINGAN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN 

Piala Suzuki AFF 2010 : Harimau Malaya bisa mencakar Garuda


Assalamualaikum...

Apa lagi yang boleh dikatakan...selain mengucap syukur pada Allah SWT kerana Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan Peringkat Akhir Piala Suzuki AFF bagi edisi tahun 2010.  Walaupun kita kalah pada perlawan akhir pusingan kedua, namun secara agrigat Harimau Malaya mengatasi Garuda yang sebenarnya capek di pentas akhir ini dengan jaringan 4 berbalas 2.

Sepatutnya gawang gol Malaysia tidak dibolosi dengan dua jaringan itu kerana atas faktor tekanan yang dihadapi oleh Indonesia yang terdesak memerlukan jumlah jaringan yang besar, sekurang-kurangnya mahu memenangi perlawanan ini dengan 4 - 0.  Namun rata-rata pemain yang diturunkan oleh ketua jurulatih K.Rajagobal adalah muda.  Kebanyakkan mereka diserapkan dari skuad Harimau Muda A dan B.

Amri Yahyah seperlunya dimasukkan lebih awal, mungkin pada minit ke 50 atau 60 bagi memberi idea baru pada barisan serangan Malaysia yang sebenarnya telah mempelajari "tari langkah" penyerang-penyerang kita semasa bertemu di Bukit Jalil tempoh hari.  Jika Amri dimasukkan, Nurshahrul Idlan Talaha dilihat amat efektif bermain di "flanker" dan boleh sering bertukar tempat dengan Kunanlan kiri dan kanan bagi mengelirukan barisan pertahanan Indonesia.

Nafas saya seakan sesak dengan aksi yang dipamerkan kerana terdapat sedikit kerisauan apabila gerak hati saya nampak lebih awal gerakkan yang dilakukan oleh pemain Indonesia untuk gol pertama itu benar-benar berhasil untuk jaringkan gol.  Pertahanan Malaysia mungkin sedikit alpa dalam menyekat hantaran yang dilakukan oleh pemain Indonesia dan juga terlalu bergantung pada kecekapan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi (dia ni dah ada couple tau. Mantap habis awek dia, cantik dan cun...).

Antara lain kesilapan kecil pemain Malaysia ialah membiarkan pemain sayap Indonesia membawa bola jauh ke kawasan Malaysia dan pemain tengah Malaysia banyak "mengundur" apabila pemain Indonesia membawa bola.  Sepatutnya pemain Malaysia wajib menyekat gerakkan pemain Indonesia seawal mungkin sebelum sempat mereka masuk ke kawasan penalti ataupun sebelum mereka dapat membuat hantaran.

Laman web FAM jadi sasaran hacker's

Assalamualaikum..
Sebelum ini dikhabarkan laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia ) jadi sasaran penggodam dari Indonesia sempena perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia. Beberapa jam selepas itu masalah berkenaan telah di atasi.

Pada hari ini (29/12/2010), saya cuba untuk membuka laman web FAM dan inilah hasilnya :

 
 Apakah ini juga merupakan salah satu gangguan penggodam (hacker) Indonesia?  atau kadar trafik yang terlalu tinggi menyebabkan server tidak dapat menampung bebanan jalur lebar...? 


**Kemaskini (6.55ptg) : laman web FAM kini sudah boleh dibuka, namun masih terdapat beberapa masalah seperti gambar tidak dapat dipaparkan.

Piala Suzuki AFF 2010 - Peringkat Akhir Pusingan Pertama


Assalamualaikum....

Tahniah pada pasaukan bola sepak Malaysia yang telah bermain mengikut perancangan ketua jurulatih, K.Rajagobal serta menunjukkan kesungguhan.  Secara peribadi saya melihat permainan Malaysia kali ini lebih tersusun, kemas dalam melakukan gerakkan terancang dan tidak terburu-buru untuk menyerang gol lawan.

Kesungguhan para pemain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Nor Shahrul Idlan Talaha, Safee Sali, saf pertahanan dan lain-lain pemain begitu mengkagumkan.  Mereka kurang melakukan kesilapan dan cepat mengambil tindakan dalam memperbetulkan kelemahan semasa perlawanan tersebut berlangsung.  Jika dilihat dari segi peluang, seharusnya Malaysia mampu untuk menjaringkan lebih dari 3 gol.

Berikut adalah sorotan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil :

 
 
Babak perlawanan Malaysia "menganyang" lawannya...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan