Edit foto contest oleh Qaseh Dalia Adelia

 

 Assalamualaikum...

Peraduan ini adalah peraduan yang ketiga saya sertai.  Sesiapa yang menyertai peraduan ini, dikehendaki mengubahsuai apa-apa gambar asalkan tidak menjatuhan maruah dan gambar berkenaan sebaik-baiknya milik sendiri.  Peserta juga dikehendaki mengajak empat orang blogger lain untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2010.

Berikut adalah gambar yang saya pertaruhkan untuk penyertaan kali ini :

 
 SEBELUM

 
 SELEPAS
                                                            
~ p/s : keris berdiri itu bukan hasil edit. Ia benar-benar didirikan oleh saya.


Empat blogger yang di tag :

http://www.mummycute.com

http://effalalala.blogspot.com

http://fahiraferrarahman.blogspot.com

http://nurkaloi.blogspot.com

Apabila cikgu berinternet & berblog...

Assalamualaikum...

Semenjak ledakkan teknologi maklumat, semakin ramai rakyat Malaysia yang cuba mendekati bidang yang dianggap masih di peringakt pembangunan.  Semua orang sibuk mempelajari chatting, laman web dan segala macam aplikasi di internet.

Dunia revolusi internet semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan rakyat.  Malah, cikgu yang dibebani dengan tugasan mengajar di sekolah pun tidak ketinggalan dalam mencuba aplikasi-aplikasi dari internet ini seperti , Youtube, Facebook, Friendster, MySpace dan blog. 

Macam-macam ragam cikgu dapat dilihat. Ada yang nampak ketokohan menjadi warga pendidik, tak kurang juga ada yang "kurang mesra blogger" kerana blog dia sudah ramai pengikut dan menerima kehadiran trafik unik dalam kadar yang tinggi.  Komen yang ditinggalkan adakalanya dibalas, itupun kira nasib-nasib aje.  Merasakan diri sudah popular, dapat cek berkali-kali dari Nuffnang, lantaran itu komen dan jejak dibiarkan sahaja tanpa perhatian sewajarnya.  Namun masih lagi ada yang baik serta mesra blogger, tanpa "memilih" follower...

Dah ada cikgu yang ditegur oleh pihak-pihak tertentu agar tidak "bermain" Facebook semasa di sekolah.  Setakat ini belum lagi kedengaran teguran dibuat pada cikgu (guru) yang berblog.  Mereka ini berjaga lewat malam membawa ke pagi kerana asyik dengan kemaskini blog untuk mengejar jumlah pelawat unik.  Ada yang tidur lewat dan tak cukup tidur.  Dikuatiri mutu pengajaran menjadi lebih buruk dari yang sedia ada. Cikgu yang dikatakan bermasalah fikiran pun menggunakan Youtube, Facebook atau blog sebagai medan yang adakalanya digunakan bagi mencurahkan masalah peribadi...


Setakat ini guru perempuan sahaja yang nampak lebih menonjol dalam bhal-hal berkaitan blog dari guru lelaki.  Apakah guru lelaki lebih bersifat merahsiakan jawatan mereka sebenar...?  Apakah watak cikgu di dalam blog sama ketika di alam nyata...?

Tag dari K-Poh

Assalamualaikum...

Ini adalah tag yang pertama kali saya dapat sejak blog ini muncul di arena internet dalam tahun 2006.  Tag ini "hantaran" oleh bloggies "http://effa-k-poh.blogspot.com/2010/11/tag-lagi.html#links".

 

25 perkara berkaitan dengan saya :

1.   Nama Saya Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
2.   Lahir di Hospital Daerah Muar, Johor.
3.   Semasa masih dalam bedung lagi, saya tinggal dengan arwah nenek (sebelah keluarga ayah) di Melaka.
4.   Mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Tampin & Sekolah
      Menengah Kebangsaan Tampin, Negeri Sembilan
5.   Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur 2001 -
      2004.
6.   Kini berada di Melaka dan menjalankan perniagaan servis sistem komputer, print, laminate, binding dan lain2.
7.   Alamat blog perniagaan saya ialah ictniaga.blogspot.com .
8.   Saya merupakan AJK Kelab Usahawan GIATMARA Melaka selama 3 pentadbiran pengerusi yang berlainan.
9.   Suka membaca buku-buku motivasi terutamanya berkaitan perniagaan.
10. Hanya menonton berita tv apabila bermula berita ekonomi, bisnes dan sukan sahaja.
11. Tidak taksub pada warna yang mungkin berkaitan dengan parti politik tertentu.
12. TIDAK merokok.
13. Tidak boros atau cerewet dalam membeli pakaian asalkan nampak cantik dan selesa dipakai.
14. Tidak pernah curang pada cinta tetapi "cinta" itu selalu curang pada saya.
15. Duit dan segala harta persendirian dah habis dilaburkan untuk menjalankan perniagaan.
16. Sudah memasuki tahunh ke tiga bisnes, namun belum membuat pinjaman perniagaan.
17. Amat setia pada kawan (luka mu, luka ku jua...)
18. Mudah mengalirkan air mata apabila melihat kesusahan dan kesensaraan orang lain.
19. Prihatin terhadap kebersihan diri. Salah satu perkara penting ialah kebersihan wajah.
20. Kreatif, kritis dan ghairah apabila membuat sesuatu yang sangat diminati.
21. Menghargai kecantikkan perempuan. (kecantikkan fizikal dan pemikiran).
22. Suka membelai kucing.
23. Sukakan suasana pantai yang tenang, yang tidak ramai orang atau langsung tak ada orang lain.
24. Suka makan karipap, kuih seri muka dan donat.
25. Muka jarang senyum nak tapi tak bermakna saya sombong tak tentu pasal.                                                                                                       

Tugasan adalah sama iaitu menceritakan perihal diri sendiri dalam 25 perkara. Kalau ada yang pernah buat dengan jumlah yang sama, sila kongsikan link tersebut. Dan juga jika pernah buat tetapi tidak cukup 25 perkara, sila cukupkannya... Kemudian tag kan pula tugasan tersebut kepada 25 orang lain.

Tag telah diberikan pada bloggers dan bloggies berikut : 

1.   http://pakzue90.blogspot.com
2.   http://aenhidayah.blogspot.com
3.   http://syamdicni.blogspot.com
4.   http://sorrow-graphic-novel.blogspot.com
5.   http://pakzue90.blogspot.com
6.   http://www.afiqbukhari.com
7.   http://www.mummycute.com
8.   http://www.anastasyea.com
9.   http://www.bardbahtiar.com
10. http://sembilandecember.blogspot.com
11. http://effalalala.blogspot.com
12. http://akulahsikuning.blogspot.com
13. http://neidiyra.blogspot.com
14. http://bewiful0ve.blogspot.com
15. http://syok2u.blogspot.com
16. http://duniakushida.blogspot.com
17. http://lautanteh.blogspot.com
18. http://fahiraferrarahman.blogspot.com
19. http://syafiqaffandy.blogspot.com
20. http://salam1malay.blogspot.com
21. http://adiyahana.blogspot.com
22. http://www.ar-rifke.com
23. http://sayafaiz.blogspot.com
24. http://karyakuideaku.blogspot.com
25. http://cikgufiq.blogspot.com                                

Diluar Kemampuan ku - sinambungan dari "saat aku kehilanganmu..."

Memang saya sedang dalam kekecewaan terhadap seorang perempuan yang sangat saya sayang dan setia untuk dijadikan sebagai isteri, namun segala yang dibuat serba tidak mencukupi untuk mengikat cintanya pada saya sementara saya berkemampuan untuk mengadakan majlis pernikahan... Segala janji hilang entah kemana dan kasih sayang yang diberi telah terkubur tanpa nisan...


~ p/s : walaupun aku kecewa sangat dengan cinta, namun tidak sekali-kali aku berdendam dengan perempuan lain kerana arwah nenek yang aku juga ialah seorang perempuan yang sangat aku sayang walaupun dia semasa hayatnya garang dan suka mencubit aku semasa aku masih kanak-kanak...

Saat aku kehilanganmu...

update dengan video muzik di penghujung artikel

Salam sejahtera...

 

Selalunya kita dengar kes-kes putus kasih sayang ni akibat lelaki yang meninggalkan perempuan, terutamanya disebabkan atas faktor kecurangan lelaki terhadap perempuan.  Tetapi ianya berlainan dengan apa yang saya alami pada Jumaat lepas.  "My girlfriend" buat hal untuk kali kedua.  Sebelum ni kami pernah putus hubungan lebih kurang tiga tahun lalu. Dia juga yang minta "clash" dan dia juga yang minta nak sambung semula.  Kali ni dia mengulangi lagi perkara yang sama.

Saya dah buat apa yang dia suka, apa yang dia nak tapi hal seperti ini tetap juga berlaku.. Silap saya kerana menjadi lelaki yang terlalu sayangkan cinta, yang terlalu lurus, terlalu baik dan terlalu percaya. Sejak lebih beberapa tahun dahulu semasa saya mula-mula menjalinkan hubungan dengan dia, saya sudah berazam untuk memperisterikan dia.  Namun saya ini lelaki biasa yang serba kekurangan dari segi rupa dan harta.  Perniagaan yang saya usahakan ketika ini masih belum lagi mencapai tahap membanggakan. Bersusah payah saya cuba berjimat cermat sebaik mungkin dalam perniagaan semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup disamping dia selama-lamanya, namun itu masih lagi tidak dapat memuaskan kehendak dia.

Semasa dia minta sambung dahulu, pelbagai kata-kata penyesalan diucapkan, pelbagai janji setia disemaikan, namun apabila dugaan datang menimpa, seolah-olah dia melupakan segala kata-kata dan janji-janjinya itu..  Kali pertama dia minta putus dahulu saya merayu dan sanggup mengeluarkan "air mata lelaki" kerana tak sanggup kehilangan orang yang amat saya cintai.  Namun kali ini dia telah merosakkan kasih sayang yang saya simpan dalam kalbu ini.

Madah untuk insan yang kembali melukai hati ini :

"Az, hati ini seperti dah kebas dengan luka cinta yang kau berikan pada aku...  Kemungkinan besar selepas ini tiada lagi diriku di alam percintaan, hanya yang ada ialah jalan untuk aku teruskan hidup aku selagi Tuhan memberi kesempatan waktu untuk aku mengembara di bumi ini..."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan