Isu konfrantasi rakyat Indonesia terhadap Malaysia : Apabila rakyat terlalu miskin, ketirisan ekonomi semakin membarah...













Assalamualaikum...

Kemungkinan ada benarnya rakyat di Indonesia diupah untuk berkonfrantasi dengan Malaysia oleh pihak yang mungkin juga berkepentingan politik di sana.  Memang ianya menjejaskan keharmonian serumpun di Asia Tenggara ini, namun fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya.., kenapa perkara seperti ini boleh berlaku di zaman ketamadunan manusia semakin maju.

Walaupun dikatakan graf ekonomi di Indonesia semakin baik, namun sebenarnya mereka masih lagi susah dan sukar untuk mencari sesuap nasi.  Yang miskin bertambah papa, yang kaya makin menggila membina dan membolot kekayaan untuk diri mereka semata.  Namun apabila ada pihak yang menawarkan upah yang agak lumayan pada rakyat yang miskin, mereka tidak berfikir panjang kerana dalam fikiran mereka hanyalah untuk membeli bahan makanan untuk diri sendiri serta keluarga.  Ditambah lagi kemungkinan pihak berkepentingan politik di Indonesia mempergunakan semangat nasionalisme rakyat Indonesia untuk memprovokasikan hubungan serumpun Malaysia - Indonesia.

Saya menyarankan pada sahabat-sahabat sekalian agar merenung dengan dalam sambil bermuasabah diri atas perkara yang mendukacitakan ini.  Sesuatu yang berlaku itu, janganlah terlalu cepat kita membuat kesimpulan dan hukuman, tetapi fikirkanlah sebab-sebab ianya terjadi.  Adakah semua rakyat Malaysia betul-betul sayangkan Malaysia sedangkan kapal dagang dari negara Yahudi Zionis boleh memasuki perairan Malaysia dan berlabuh di dermaga negara kita?. Bagaimana pula dengan APCO? Undang-undang negara kita digunakan sepenuhnya dari ajaran Islam..?  Adakah dengan mengibarkan bendera Malaysia sudah menandakan semangat kebangsaan yang tulin rakyat negara ini?

Arwahyarham Din Beramboi 2 - Jauh Di Sudut Hati



Salam sejahtera...

Lirik lagu di bawah ini mungkin saja bermain di sanubari isteri arwah Meor Ahmad Fuad (Din Beramboi) iaitu Suhaini Che Man.  Namun jika tidakpun, saya merasakan bait-bait kata yang terkandung dalam rangkap lagu ini mempunyai nilai kenangan atas pemergian arwah Din Beramboi, seorang penghibur yang jujur sepanjang zaman.  Penghibur komedi yang bebas jenayah dan bebas dadah, yang paling saya minati...

Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
 
Nafas terakhirku...    

Arwahyarham Din Beramboi 1 - Dalam kenangan

Keadaan arwah ketika sedang nazak. Hingga ke hari ini saya mengharapkan ini adalah cuma mimpi, namun takdir penentu segala...


Assalamualaikum...

Selepas menonton siaran Astro 105, rancangan "Di sebalik Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad", saya lebih mengetahui mengenai sejarah dan sifat - sikap Allahyarham Din Beramboi yang sebelum ini tidak diketahui oleh kita.

Saya mengenali dan mengetahui kewujudan "Din Beramboi" sejak sekolah rendah melalui Majalah Ujang. Dan apabila menjadi DJ Radio di THR, saya amat meminati segment pagi di hari Ahad yang dikendalikan oleh beliau.  Allahyarham tidak mengambil masa yang lama untuk diterima pendengar kerana "watak" beliau sudah dikenali di Majalah Ujang serta pengisian lawaknya yang segar.

Namun Allah S.W.T mengambil nyawanya di kala beliau sedang meniti puncak kerjaya. Pada saya, biarlah Allahyarham pergi "bertemu" Ilahi semasa lawaknya masih diterima ramai, daripada pergi di kala orang membenci.  Namun walauapapun saya tetap dan akan terus meminati lawaknya selamanya..

Seperti yang pernah disiarkan dalam beberapa surat khabar serta dalam rancangan Astro 105 tersebut (malam tadi,11/08/2010), jenama "Din Beramboi" telah didaftarkan sebagai tanda niaga yang dimiliki oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad, yang kini diwakili oleh isteri arwah.  Namun ada blogger atau pengendali laman web yang menggunakan nama / jenama "Din Beramboi" sebagai identiti pengendali tersebut.  Apakah niatnya itu? Adakah untuk mendapat rank yg tinggi di internet?. Bagi saya, "Din Beramboi" hanya ada satu iaitu "Allahyarham Meor Ahmad Fuad" sahaja.

~p/s : Maksud "Beramboi" sebenarnya ada kaitan dengan sifat arwah yang "happy go lucky", periang serta gila-gila...

Karnival Jom Heboh TV3 Melaka 2010

Assalamualaikum...

Artikel ini agak lambat diterbitkan kerana saya "agak" sibuk dengan persiapan ramadhan dan juga urusan perpindahan kedai ke tempat baru.

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi suasana dan pengalaman saya menghadiri Karnival Jom Heboh Melaka anjuran tv3.  Saya hadir ke karnival tersebut atas kapasiti selaku AJK Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. (KUG Melaka). KUG Melaka dan GIATMARA Melaka diberi peluang berkongsi "booth Studio 3" yang menggabungkan program seperti Wanita Hari Ini dan Nona. Aktiviti kami bermula dari 7 Ogos hingga 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad).

Di booth berkenaan, GIATMARA Melaka dan KUG Melaka mengadakan demo membuat kek, kek cawan, "cookies" dan "fruit carving".  Selain itu, diadakan juga demo solekan serta dandanan rambut.  Acara selingan seperti kuiz dan karaoke turut diadakan semasa demo dijalankan.

Saya juga sempat bergambar dengan personaliti tv3 iaitu Halim Din, sebelum bateri kamera digital kehabisan tenaga... :-(

Bergambar bersama Halim Din di booth Aduan Rakyat

Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat

~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi

~Gambar diambil dari sumber internet
Assalamualaikum...

Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pentadbiran.  Seperti yang dipaparkan dalam berita tv3 pada malam hari Isnin (09/08/2010), masih ada lagi berlaku kes pembuangan bayi atau janin.  Dan masih lagi tidak kelihatan usaha-usaha untuk mengaplikasikan pemerintahan Islam sepenuhnya ke dalam "buku undang-undang negara.  Sebaliknya menggunakan syarikat milik "luar" untuk merangka imej baru negara.

Masyarakat semakin hari semakin dicengkam dengan pelbagai masalah yang didahulukan kepada rakyat.  Kos makanan harian makin meningkat, gas memasak meningkat, kos pengangkutan awam meningkat dan masalah sosial juga meningkat.

Jika makin lama dibiarkan negara tanpa undang-undang Islam sepenuhnya, masyarakat makin "sakit".  Usaha-usaha perlu dilaksanakan dengan serius bagi menyediakan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar Islam, tiada had, tiada hari.  Para ulama dan ustaz - ustazah yang benar-benar membawa Islam tanpa mengikut kepentingan peribadi serta politik, perlu diberi ruang dalam merangka dasar pemerintahan negara.  Bukannya menggunakan mereka hanya untuk tujuan kempen meraih undi.

~Membantah kemasukkan pengaruh luar ke dalam negara

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan