Kadang-kalanya saya seperti nak buat perniagaan di rumah aje. Dapat jimatkan pelbagai kos pengurusan serta perbelanjaan syarikat. Bila masuk ke dunia perniagaan ni, pelbagai ujian dan masalah yang akan kita hadapi.
Sepanjang masa saya menyewa di bangunan Kompleks Hang Tuah ni, hal yang paling saya menyampah ialah persaingan yang tidak sihat dikalangan usahawan yang lain. Ada yang "main jatuh harga" sesuka hati, cakap besar, suka memperlekehkan orang lain, buat dan sebarkan fitnah dan "main letak kemeyan" dalam kedai orang lain..
Apahal Melayu ni..? Payah ke nak berubah? Apakah sistem pendidikan agama Islam di Malaysia tidak telus dan tidak berkualiti seperti yang diharapkan? Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya sejak mula saya berniaga, sikap dan sifat orang Melayu, masih banyak yang perlu dibaiki serta diselenggara.
Dengan menggunakan modal sendiri, tanpa pinjaman, berusaha sendirian dalam menjalankan perniagaan dan tanpa sokongan keluarga yang mahukan saya bekerja dengan agensi kerajaan, ditambah lagi dengan sikap sebilangan usahawan Melayu yang seperti tak beragama, apa lagi yang boleh saya harapkan dari pada situasi ini..? Berusaha sehabis baik dan bertawakal kepada Allah sahaja yang saya mampu...
Ketika ini saya perlu memikirkan sama ada untuk meneruskan perniagaan saya di kedai sewa milik MARA ataupun buat di rumah... Sukar juga nak berniaga di kalangan bangsa sendiri...